KEMBARA PENIAGA JALANAN - 6
AKU jadi blur dan tak tahu mahu mulakan bisnes apa apabila masuk ke kampus UIA Gombak. Di sini aku rasa seolah-olah dunia pengajian itu lebih luas, mungkin kerana suasana kampus itu sendiri yang sangat besar berbanding di kampus Petaling Jaya. Aku suka dengan suasana menghijau yang ada di situ, terasa tenang setiap kali kita melangkah kaki masuk ke UIA. Bagaikan masuk ke sebuah resort untuk bercuti pula. Tapi itu semua sekejap sahaja. Selepas beberapa ketika aku mula bosan. Otak terus ligat berfikir apakah peluang bisnes yang boleh dimulakan di sini. Di UIA, semua pelajar diwajibkan tinggal di dalam kampus.
Asrama kami dipanggil sebagai Mahallah. Jadi, setiap pelajar tiada pilihan lain selain tinggal di bilik yang ditetapkan di Mahallah m a s i n g - m a s i n g .
Memandangkan semua pelajar tinggal di dalam kampus dan kemudahan