PANGGIL AKU MELAJU - 6
Ini kali kedua, Pengarah IMN tidak mempengerusikan mesyuarat tergempar. Mesyuarat itu bukanlah mesyuarat biasa, mingguan atau bulanan. Agenda mesyuarat kali ini berkisar tentang isu keselamatan sahaja. Sejauh mana selamatnya pesakit-pesakit mental di IMN. lni isu mustahak sekali. Tetapi, pengarah tidak juga hadir. Dulu-dulu, dia rajin sekali mengendalikan sebarang mesyuarat. Tidak kira besar atau kecil. Hinggakan mesyuarat Persatuan Rekreasi Kakitangan Am IMN pun dihadirinya. Maklumlah dia diminta menjadi penaung. Apalagi apabila Yang di-Pertuan Agong dijadualkan merasmikan bangunan IMN, setiap jenis mesyuarat dia ada. Hingga ke mesyuarat jawatankuasa kecil pun dia terlibat. Ada yang mengatakan dia mengejar gelaran. Memang benar pun, tidak lama selepas itu, pengarah pun bergelar Datuk. Tetapi, apabila terjadi tragedi di tingkat 14, semua urusan mesyuarat diserahkan kepada timbalannya.

Hanya Dr. Shukri seorang yang tahu sebab pengarah tidak dapat menghadirkan diri. Sukar bagi Dr. Shukri untuk membocorkan sebab sebenar kerana dia telah berjanji tidak akan memberitahu sesiapa. Pada mesyuarat pertama, dia mengatakan pengarah ada urusan peribadi yang penting. Ada staf senior yang menyoal dalam hati, apakah kejadian pembunuhan di wad D14S itu tidak lebih penting daripada kepentingan peribadi. Namun, soalan itu tidak muncul keluar dalam mesyuarat pertama dan kedua. Rasa hormat pada pengarah di luar kebiasaan. Hampir semua orang di IMN, pernah terhutang budi kepada keprihatinan pengarah. Baik dalam urusan naik pangkat, surat sokongan biasiswa pascasarjana, sampai kepada pelantikan pengarah-pengarah hospital mental di seluruh negara, pengarah pasti ikut terlibat.

Tempoh hari semasa Dr. Shukri membuat ronda klinikal bersamasama Dr. Bala dan Dr. Lufti, dia dipanggil pengarah ke pejabatnya. Dr. Shukri menunggu cukup lama sebelum pengarah memulakan perbualan. Dia tahu mesti ada perkara yang penting mahu dikatakan oleh pengarah. Tetapi, pengarah bertanya soalan-soalan yang tidak bersangkutan dengan sifat-sifat urgency; mengapa dia dipanggil ketika membuat ronda klinikal. Bagaimana anak anak Dia bertanya. Soalan-soalan pembuka bicara agak pelik-pelik. Hows life Hows your son doing Is he in Glasgow No, hes Liverpool, balas Dr. Shukri.

Pengarah tampaknya tenggelam punca. Semua pemula bicara tidak berkembang menjadi sembang yang diingini.

lm dying, you know, kata pengarah perlahan.

Apa, Datuk tanya Dr. Shukri menuntut kepastian.

Yes, Im dying.

Dr. Shukri tergamam. Cuba-cuba berfikir Datuk mungkin melawak. Tetapi, Datuk tidak tahu bergurau.

Ya ketanya Dr. Shukri dalam bahasa Inggeris.

Ya, saya menghidap Ca paru-paru.

Pasti Datuk

HPE dari sampel bronkoskopi mengesahkan Adeno-Ca.

Siapa pakar penyakit respiratori yang buat Skop

Datuk Dr. Rajan.

Tak minta pendapat kedua

Dah.

Datuk minta siapa yang baca semula HPE

Dr. Rafidah hantar sampel ke UMMC. Dia hantar satu sampel ke

Australia. Dua-dua beri keputusan yang sama.

Tiada metastasis lagi bukan

Ya, tapi hilar node ada aktiviti dengan MRl. Tiada bukti ada metastasis di bawah diagfram.

Jadi Datuk nak buat resection

Datuk Dr. Rajan nak buat ujian lanjut. Kerana dia suspek paru-paru kiri pun terlibat. Saya harap kau jangan beritahu sesiapa.

Bagaimana dengan Datin

Dia belum tahu. Dia tahu saya buat bronkoskopi, tapi saya kata Datuk Dr. Rajan beritahu tak ada apa-apa. Kaulah orang pertama saya beritahu.

Dr. Shukri tidak berkata apa-apa. Kelu. Apakah itu suatu penghormatan atau sekadar ingin mengurangkan tanggungan stres dan tidak bersedia membuat stresnya bertambah apabila seluruh keluarganya tahu. Dr. Shukri berasa dia perlu menjadi kusyen yang empuk untuk mengurangi magnitud stres itu. Barangkali impak stres boleh dikurangi dengan berkongsi derita dengan bercerita.

Pengarah mengatakan dia akan mengambil cuti panjang.Tetapi, sekali-sekala akan datang ke IMN. Dia mahu Dr. Shukri mengambil alih tugas, semasa dia bercuti untuk berubat.

Minggu lalu kita dah bincang, kata Dr. Roslan, Ketua Jabatan Psikiatri Kanak-Kanak.

Memang kita dah bincang. Tetapi, kita belum memperoleh input keseluruhan mengenai aspek keselamatan bangunan ini, mencelah Ketua Jabatan Pengimejan, Dr. Mahsur.

Biarlah polis menyelesaikannya, tambah Dr. Roslan lagi.

Justeru, pihak polis masih memerlukan maklumat lanjut tentang kemungkinan kebocoran sistem keselamatan, jelas Dr. Shukri.

Kita jangan lupa, di tingkat 15 kita ada banduan tegar, penjenayah psikopat dan pembunuh-pembunuh impulsif, tambah Puan Juwita, Ketua Jabatan Farmasi.

Memang benar. Tapi tingkat 15 itu diurus macam penjara. Mereka ditahan di situ untuk tempoh satu dua bulan atas perintah mahkamah. Tiap kali penjenayah dibawa keluar untuk pemeriksaan di aras lain, mereka digari dan ada warden penjara yang mengiringi. CCTV mengawasi pergerakan teliti semua pita pada hari kejadian, Malah, saya tunjukkan