AYAH EDY PUNYA CERITA - 6
Hampir setiap minggu saya menjalankan kursus parenting, iaitu sebuah program yang bertujuan melatih ibu bapa agar boleh memahami dan mendidik anaknya dengan cara yang lebih tepat sehingga kelak mereka akan menjadi ibu bapa yang dicintai oleh anaknya manakala anaknya pun akan mencapai potensi terbaik yang dimilikinya.

Dalam program parenting biasanya saya selalu menyampaikan, dengan cara kita mendidik maka kita bebas untuk menentukan apakah kita akan menjadi ibu bapa yang ditakuti atau menjadi ibu bapa yang dicintai oleh anak kita. Secara peribadi saya katakan, jika saya menjadi anak, tentunya saya mahu cara mendidik yang boleh menjadikan saya patuh kepada ibu bapa kerana saya mencintainya bukan kerana saya takut kepadanya.

Jenis peserta program parenting pula bermacam-macam. Ada yang pasif tetapi ada pula yang kritis dan berani berkata jujur. Pernah seorang peserta menyelar pembentangan saya dan mengatakan, Ayah Edy, maaf ya ... menurut saya program ini tak perlu. Jujur sahaja, ibu bapa saya dulu tidak pernah ikut program parenting seperti ini tapi saya juga