Kamu terkebil-kebil tidak percaya. Hebat, sudah kali ketujuh. Siapa mangsa terbaru si black widow ini
Engkau tak tahu betapa sukarnya hidup menjanda. Cinta mempertahankan diri.
Kamu melopong. Professor Cinta terima tawaran sebagai pensyarah kontrak di Universiti Auckland. Witi Ihimaera, novelis New Zealand ( menulis The Matriarch, kisah perang Maori dengan peneroka-peneroka tanah inggeris); jadi saing mengajar kursus penulisan kreatif; dia dinobatkan New Zealand.soc.culture antara sepuluh manusia terkemuka di negara Kiwi. Witi anjurkan parti hujung minggu. Ramai kawan rapat hadir, makan-makan dan kalau larat boleh menari. Pesan Witi bawa kuih atau kek untuk tambah memeriahkan temasya kecil.
Perhaps something special, really special from Malaysia. Prof., bakar karipap Kamu bertanya tidak sabar.
Huh, kita tak main karipap lagi. Ada orang tak gemar. Ramai tak reti makan. Terlalu pedas, kata mereka. Kali ini aku uli dan hidangkan gendang kasturi. Cinta senyum manja.
Kamu beliakkan mata.
Gendang kasturi ada lemaknya, ada manisnya, ada rangupnyaitulah cinta yang barucinta penuh rasa!
Witi Ihimaera jadi laki Prof. Cinta
Hisy, bukan dia.
Habis siapa
Tamatea Taketake. Iskandar Tamatea hun
Jantan Maori Ya Allah, prof, apa lagi
Hei, peduli apa kata orang!
Kamu terbelalak. Cinta merebus kacang hijau hingga empuk, siap dengan kelapanya. Gendang kasturi mini penuh lemak dan masih hangat dijamu. Tamatea kala itu bercerita soal kejadian