TRAGEDI TSUNAMI DAN GEMPA BUMI - 6
Kebanyakan gempa bumi disebabkan dari pelepasan energi yang dihasilkan oleh tekanan yang dilakukan oleh lempengan yang bergerak. Semakin lama tekanan itu kian membesar dan akhirnya mencapai pada keadaan di mana tekanan tersebut tidak dapat ditahan lagi oleh pinggiran lempengan. Pada saat itu lah gempa bumi akan terjadi.

Gempa bumi biasanya terjadi di perbatasan lempengan lempengan tersebut. Gempa bumi yang paling parah biasanya terjadi di perbatasan lempengan kompresional dan translasional. Gempa bumi fokus dalam kemungkinan besar terjadi kerana materi lapisan litosfer yang tersepit ke dalam mengalami transisi fase pada kedalaman lebih dari 600km.

Ombak laut kebiasaanya disebabkan oleh pergerakan angin yang menghasilkan ombak yang menghempas ke pantai, tetapi gelombang tsunami merupakan gelombang laut yang teramat kuat yang terhasil oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh bawah laut, gempa bumi, dan hemtaman oleh asteroid atau komet pada permukaan laut.

Gelombang tsunami mampu bergerak sejauh 900 batu merentasi lautan dan masih mampu menghancurkan bandar berhampiran laut, memusnahkan dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira jumlahnya.

Hentaman komet atau asteroid juga mampu menyebabkan tsunami gergasi. Walaupun tiada sesiapa pernah melihatnya, simulasi komputer menunjukkan bahawa gelombang tsunami gergasi yang mampu menghapuskan pencakar langit Manhattan boleh dan sudah tentunya pernah berlaku pada masa lalu.

Pakar sains di Los Alamos National Laboratory di New Mexico menjangkakan bahawa sekiranya asteroid sebesar tiga batu lebar menghentam pertengahan lautan Atlantik, gelombang tsunami akan menengelamkan pantai Barat atas sehingga pergunungan Appalachian