BANDUAN AKHIR - 6
Bab ini mengisahkan bagaimana seorang algojo atau tukang gantung menjalankan tugasnya serta catatan hidup hariannya. Hukuman gantung, mendengarnya sudah cukup menggerunkan. Bagaimana pula kalau bertugas sebagai tukang gantung Bagi Damien (bukan nama sebenar), telah berkhidmad selama 30 tahun di Jabatan Penjara Malaysia dan melakukan tugas khasnya sebagai tukang gantung hampir 20 tahun.

Beliau berpengalaman melaksanakan sendiri penggantungan seramai lebih 104 orang banduan, lelaki dan wanita termasuk kes-kes berprofil tinggi di Penjara Pudu, Penjara Kajang dan Penjara Taiping. Banduan terakhir yang beliau lakukan penggantungan ialah warganegara Nigeria, pada tahun 2002 atas kesalahan dadah. Cabaran cukup besar dalam melaksanakan tugas tersebut kerana bukan mudah hendak mengambil nyawa orang.

Begitulah kesimpulan awal yang diluahkan oleh beliau yang berpangkat Timbalan Penguasa dan berusia 48 tahun. Beliau cukup selesa ditemu ramah dan sepanjang kira-kira dua jam perbualan, Damien banyak berkongsi pengalaman tentang hukuman gantung serta pe-

laksanaannya. Beliau ialah generasi ketiga dalam keluarganya yang bekerja sebagai pegawai penjara kerana ayah dan datuknya juga merupakan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Damien tidak menganggap tugas sebagai tukang gantung sebagai