ASKAR BERJALAN KAKI - 6
Dua minggu amat pantas berlalu dan aku terpaksa memulakan dunia pekerjaanku. Aku menaiki keretapi dari kuala Lumpur ke Kluang. Lebih kurang jam 1600 aku tiba di stesen keretapi Kluang untuk melapor ke 16 Rejimen Askar Melayu DiRaja.

Aku tidak perlu terburu kerana kawan aku yang akan melapor diri di pasukan yang sama masih belum tiba. Dia berasal dari Pulau Pinang dan merupakan skot aku bernama Zainal Abidin bin Ismail yang akan sama-sama memulakan tugas di pasukan yang baru.

Di stesyen keretapi itu aku bertemu dengan 2 orang gadis yang cukup sporting serta peramah. Mereka sedang menunggu kakak dan bertanya ke mana aku hendak pergi. Kamipun bertukar nombor talipon dan sejak hari itu seluruh keluarganya menjadi seperti keluargaku. Aku boleh datang dan makan di rumah mereka pada bila-bila masa.

Mereka dari keluarga yang bijak-bijak dan mempunyai pemikiran yang luas. Kami selalu keluar makan bersama dalam satu kumpulan. Ada ketikanya kami di jemput ke rumah mereka jika ada apa-apa majlis. Itulah keluarga pertama yang aku kenali di Kluang.

Kami dibawa dengan sebuah kenderaan tentera yang diiringi oleh saorang pegawai yang menyamar sebagai saorang pesuruh. Pandai dia berlakun.