TRAVELOG FAGHUZI - 6
Jakarta, Indonesia

Do they not travel through the land, so that their hearts (and mind) may thus learn wisdom and their ears may thus learn Truly it is not their eyes that are blind, but their hearts, which are within the bosoms,

that grow blind.

- Al Hajj 22:46

Pagi 16 Disember, sekali lagi aku bangun awal sebelum alarm berbunyi. Aku sudah dapat biasakan diri dengan suasana baru. Kalau mak bapak aku ada pasti mereka terkejut dengan prestasi aku. Hari ini kami akan bertolak ke Bandung. Pagi ini juga kelihatan lebih ramai wajah-wajah baru orang bule (orang putih dialek Indonesia) yang sedang bersarapan. Tiada lagi kelibat Stefan.

Usai bersarapan serta check-out di kaunter receptionist, Haeri kembali ke bilik untuk mengemas barang. Aku melepak di ruangan tengah. Kami akan keluar dari premis ini pada jam 2 petang nanti. Aku tak perlu kemas apa memandangkan tak keluarkan segala macam benda dari backpack. Maka aku bersantai menghisap rokok sahaja.

Ketika ini matahari sudah tegak di atas kepala. Mujur meja yang aku lepak ini masih terlindung di balik teduhan bumbung. Namun orang bule yang lain masih kekal di meja masing-masing. Mungkin mereka memang suka berjemur. Sinaran matahari itu bagaikan sesuatu yang indah mengenai kulit putih mereka yang bertukar menjadi kemerah-merahan.

Sedang aku duduk termenung itu, aku disapa oleh seorang gadis bule. Is this seat occupied tanyanya merujuk kerusi di depan aku. Mungkin kerana aku seorang dan meja-meja yang lain sudah dipenuhi orang, dia bertanya kepada aku. No, you can have a seat. Do you mind that I am smoking aku membalas dengan bersopan. I dont mind, balasnya tersenyum.

Bila jumpa orang baru, seperti biasalah perbualan pertama adalah perbualan tipikal. Gadis itu bernama Sabrina Siebenstein. Berasal dari Frankfurt, Jerman. Rambut bewarna kuning keemasan. Mengembara untuk tempoh 6