SAYA BUKAN FANATIK - 6
Saya teringat semasa kecil dahulu arwah nenek selalu cakap yang saya ni degil macam lembu. Memang tak dinafikan semasa kecil dahulu memang saya amatlah degil. Saya akan hanya buat apa yang dimahukan dan bukan apa yang disuruh. Tak hairanlah I was not amongst the favorite with the uncles and aunties!

Kadangkala, kalau saya lalu depan uncle atau aunty saya, mereka akan mengucap Auzubillah Minasyaitan Nirajeem. Begitu nakal sekali saya semasa kecil. Kenapa saya degil sangat

Well, Wise Owl selalu berkata bahawa setiap dari kita harus membuat post-mortem hidup setiap hari. Ini supaya kita boleh menilai dan mengetahui kesalahan yang telah dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak. Tapi, biasalah. Lumrah manusia, kata-kata Wise Owl tu kadang-kadang masuk telinga kanan keluar telinga kiri!

Tetapi akhirnya, saya akur dengan nasihat Wise Owl dan membuat post-mortem terhadap sikap dan kehidupan saya selama ini. Ya Allah! Memang saya tak suka dengan keputusan dan rumusan yang dibuat.

Saya sedar bahawa sikap degil itu sebenarnya kerana merasakan diri selalu betul dan orang lain salah. Perasaan itu sebenarnya ada nama lain untuknya. Ia dipanggil angkuh atau riak. Keduadua perasaan ini amat merbahaya untuk dimiliki oleh sesiapa pun. Ianya merupakan satu penyakit di dalam hati yang boleh menular atau merebak seperti kanser.

Kadangkala kita tak sedar telah berkelakuan angkuh atau mempunyai perasaan riak di dalam hati. Saya pernah terbaca di dalam sebuah buku bahawa para ulamak pada zaman dahulu amat takut kepada perasaan angkuh atau riak dalam hati mereka sehingga jika terasa setitik perasaan tersebut, mereka