SANG PENGUASA - 6
Terdapat tiga cara untuk mengendalikan wilayah yang hidup dalam undang-undang mereka sendiri setelah ditakluk. Pertamanya, menghapuskan undang-undang tersebut dan mengambil alih tampuk pemerintahan. Keduanya, tinggal bersama mereka. Ketiganya, biarkan mereka mengendalikan pemerintahan, mengutip ufti dan membangunkan pentadbiran oligarki untuk mengekalkan hubungan baik dengan penduduk. Mendirikan sistem oligarki menunjukkan kepada penduduk bahawa mereka perlu