SUATU HARI NANTI MANUSIA AKAN MELUPAKAN TUHAN - 6
Kemustahilan adalah satu perkara yang mustahil.

Tamadun kuno manusia pada tahun 2016 menyaksikan perbalahan di antara negara Israel dan Palestin merebut sekeping tanah yang dijanjikan, juga perseteruan di antara negara Amerika Syarikat dan Rusia. Namun kemustahilan adalah satu perkara yang mustahil; malah tidak mustahil suatu hari nanti, manusia akan melupakan Tuhan.

Suatu hari itu ternyata adalah hari ini.

Manusia-manusia (neo-Human) antarabangsa

(atau digelar foreign-neo) adalah manusia yang bertuhankan material kerana kepercayaan kepada Tuhan menurut mereka hanya akan memecah-belahkan keindahan perpaduan dunia seperti yang terjadi seratus tahun, malah sejak dua milenia yang lalu. Kesatuan Israel-Palestin (Isratin) kini (yang diperintah oleh foreign-neo) telah lama menembok proto-human (yang berbangsa yahudi dan palestin), dan pemenjaraan itu merupakan satu rahmat buat Isratin.

Malah perkataan Zionis mahupun al-Qassam sudah lama dikuburkan; semua itu menjadi puing-puing sejarah yang menyaksikan nyawa manusia diperlakukan seperti sisa buangan yang tidak berharga. Malangnya, bangsa Yahudi dan umat Islam ketika itu masing-masing beragama, lalu apakah Tuhan itu sendiri yang menganjurkan keganasan dan pembunuhan atas nama-Nya

Justeru foreign-neo kini sudah menghapuskan jejak-jejak Tuhan demi perpaduan manusia sejagat. Memanglah kemustahilan itu adalah satu perkara yang mustahil.

Tinta Pujangga adalah delegasi neo-Kuala Lumpur yang dihormati di persada antarabangsa; malah pernah kesatuan Isratin cuba-cuba melobi untuk mendapatkan khidmatnya di kesatuan mereka. Ketokohannya mula diangkat apabila dia berjaya membina dasar-dasar pentadbiran baru untuk neo-Kuala Lumpur selepas tragedi Gempa Mega dan Tsunami Raya yang celaka itu. Kali ini dia hadir mengenakan Kebaya Merah dan berselendang nipis di bahu, ditemani Laksamana Jaafar sebagai delegasi ketenteraan Neo-Kuala Lumpur.

Persidangan tahunan ini sebetulnya perlu dihadiri oleh Mama Juwita (malah mereka bertiga kadangkala digelar The Holy neo-Trinity) namun Juwita terpaksa menarik diri di saat-saat akhir. Pujangga tahu, Juwita perlu berada di Makmal Keabadian Kubah Gemawan untuk bertarung dengan Alif Lam Lam Ha yang acapkali mengganggu tidur anak tunggalnya (atau barangkali dia rasa tercabar kerana ciptaannya tidak lagi sempurna).

Kemustahilan adalah satu perkara yang mustahil.

Bumi yang didiami kini telah tenat; ke-tenat-an itu tidak lain adalah berpunca daripada tangan-tangan protoHuman yang berleluasa mengikut hawa nafsu mereka, yang meruntuhkan ketamadunan alam yang tercipta sejak sekian lama. Kali ini delegasi-delegasi kesatuan