Aristotle bukanlah seorang warga Athens, seperti Plato. Dia lahir di Stageira, sebuah bandar di Macedonia. Ayahnya, Nichomachus merupakan seorang doktor kepada raja Macedonia ketika itu. Aristotle mula belajar di Akademi Plato pada umur 17 tahun dan seperti yang sudah dikatakan, hanya meninggalkan Akademi selepas kematian Plato, 20 tahun kemudian.
Pekerjaan ayahnya banyak mempengaruhi falsafah Aristotle dan memang amat jelas pengaruh biologi dalam falsafahnya (manakala Falsafah Plato lebih menjurus kepada teori matematik). Dan selain bidang falsafah, Aristotle juga boleh dikatakan sebagai seorang ahli biologi/botani (ahli sains semulajadi) dimana dia telah mengkaji dan mengklasifikasikan pelbagai organisme-organisme. Aristotle juga selama beberapa tahun menjadi guru kepada putera raja Macedonia yang berumur 13 tahun, di mana kemudiannya putera ini menjadi seorang pemerintah hebat, dikenali sebagai Alexander the Great. Aristotle kemudiannya kembali ke Athens dan menubuhkan sebuah lagi sekolah, yang dinamakan Lyceum ( kalau kau nak tau, sekolah menengah di Perancis atau negara-negara yang dibawah pengaruh atau pernah dijajah Perancis dipanggil Lycee, dari perkataan Lyceum ). Di sini, seperti juga di Akademi, bukan hanya bidang falsafah yang diajarkan, tetapi juga sejarah, sivik, biology, sastera, retorik dan puisi.
Karya-karya yang dihasilkan oleh Aristotle sangat banyak sekali dan meliputi banyak bidang dan untungnya, tidak seperti Plato, ceramah-ceramah Aristotle ditulis dan masih boleh didapati. Cuma, masih banyak lagi tulisan Aristotle hilang, belum ditemui.
Teori Bahan (Substance) dan ciri (properties)
Aristotle tidak bersetuju dengan Teori Idea yang diusulkan oleh Plato. Aristotle berpendapat bahawa Plato meletakkan Idea di suatu tempat yang lain, independen, terpisah dari bahan-bahan atau objek-objek yang boleh didapati di dunia ini. Aristotle juga tidak bersetuju dengan pendapat Plato yang mana bagi Plato, ilmu pengetahuan yang menggunakan panca indera adalah tidak sempurna, hanya dengan menggunakan akal dan proses penaakulan untuk