DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 6
Ini kisah salah seorang daripada kaum kerabat aku. Umurnya dah lebih 45 tahun. Dia anak sulung daripada 6 adik-beradik. Antara ramai-ramai adik-beradiknya, pelajarannya paling rendah. Dia jarang bercakap dan lebih banyak mendiamkan diri. Ketika adik-beradiknya yang lain sibuk bekerja dan berumah tangga, dia hanya duduk di rumah emaknya menolong memotong buah kelapa sawit di kebun bapanya. Dia jarang berhibur atau keluar mencari kawan. Dia takda kawan perempuan dan perkahwinannya diatur oleh saudara-maranya. Rasanya dia cuma lulus darjah 6 dan kerja yang layak untuknya adalah menjadi buruh kasar sahaja.
Tapi orang baik macam dia, hidupnya sentiasa dipermudahkan oleh Allah. Selepas berkahwin, dia dapat kerja di FELDA dan dapat pula duduk di rumah kuarters. Walaupun berkahwin ketika umur