DIAGNOSIS: DELUSI - 6
Jom masuk dinung jap, aku mengajak rakan-rakanku, Farah dan Hazim, atau lebih dikenali sebagai hee (sebut : hair) ke wad psikiatri perempuan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Hari itu merupakan hari pertama kami berada di situ. Hanya kami bertiga yang memilih psikiatri sebagai posting elektif di hospital itu selama sebulan.

Berbeza dengan Farah dan Hazim yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini, aku memilih posting ini kerana aku ingin melihat kes-kes misteri seperti dalam drama Hollywood; kisah budak kecil yang membunuh kakaknya, multiple personality disorder atau pembunuh bersiri. Mungkin juga kerana terpengaruh dengan siri Sherlock Holmes dan The Mentalist.

Farah dan Hazim merupakan anak jati Kelantan manakala rumahku pula di Terengganu. Yes, aku anak jati Ganu. Bagiku sebulan