MOLOTOV KOKTEL - 6
Ketika tulisan ini ditulis, pilihan raya kampus yang telah hampir berbulan-bulan tertangguh baru sahaja membuka tirainya. Maka sekali lagi, tradisi sejak AUKU diperkenalkan diteruskan kembali. Pilihan raya untuk memilih wakil pelajar bagi menghiasi kabinet kosong di bangunanbangunan Majlis Perwakilan Pelajar di IPTAIPTA seluruh Negara akhirnya berlangsung. Pilihan raya kampus sejak dari dahulu lagi seringkali mendapat perhatian khusus oleh pemain-pemain politik sebenar di luar sana. Apa sekalipun keputusan pilihan raya kampus bakal menjadi refleksi kepada pilihan raya umum yang lazimnya berlaku tidak lama selepas pilihan raya kampus.

Suatu masa dahulu, ketika pilihan raya kampus dijangka bakal berlaku sebelum dibatalkan gara-gara OPS 2020, saya gusar bilamana pilihan raya kampus hanya menjadi tapak eksperimen buat pemerintah untuk mengukur populariti mereka di kalangan pengundi muda yang kebanyakannya adalah pelajar universiti. Hari ini, kegusaran saya bertambah serius. Perkembangan terbaharu bukan lagi hanya berkenaan dengan eksperimen pemerintah, sebaliknya telah