Jangan Baca Novel Ni - 6
Bab 6 (10/4/2014)

Pukul 12 tengah malam. Di tengah-tengah jalan di tengah hutan yang tiada penempatan berdekatan. Seorang wanita. Bersendirian. Hanya duduk berdiri keras di tengah jalan yang gelap gelita. Apa penjelasannya Apa yang dia buat di situ, dan kemana pula dia menghilang selepas itu Setiap soalan hanya terawang dalam minda Munir tanpa sebarang jawapan.

Ah tentu ada penjelasannya kata Munir dalam hati untuk memujuk dirinya sendiri. Pun begitu, hatinya tetap tidak termakan dengan pujukannya sendiri. Otak berkata lain, naluri