Dia akui agak terhibur semasa acara menari dan berebut kerusi. Malah dia dan Khairul Rasheed pun ikut sama makn. Sepuluh orang berkumpul di tengah ruang, sembilan kerusi diletakkan. Kemudian muzik berkumandang dan semua orang mulai menari. Apabila muzik berhenti, mereka berebut untuk duduk di kerusi. Sesiapa yang tidak dapat duduk akan terkeluar. Begitulah setiap pusingan, sebuah kerusi diambil dan seorang peserta terkeluar. Akhirnya tinggal satu kerusi dan dua orang peserta berebut kerusi yang sama. Situasi jadi lucu dan gamat apabila masing-masing ingin berebut kerusi yang itu. Malang bagi peserta akhir apabila berebut dan terjatuh ke lantai. Sementara peserta wanita menang dalam acara itu.
Awak seronok tak kat majlis tu tadi tanya Khairul Rasheed semasa mereka dalam perjalanan pulang.
Kharlissa tersenyum. Dia akui belum pernah menghadiri mana-mana majlis hari jadi yang meriah begitu. Namun dia tidak dapat melupakan wajah Dato Emmer. Wajah itu kini menari-nari di ruang matanya.
Ya, saya terhibur. Pertama kali menghadiri majlis hari jadi yang meriah. Selain tari-menari, acara berebut kerusi tu memang lucu.
Sebelum ni awak tak pernah pergi party tanya Khairul Rasheed tidak percaya.
Bukan tak pernah tapi party tadi tu memang berbeza sikit dari majlis-majlis yang pernah saya hadiri, jawab Kharlissa, Awak kenal rapat ke dengan Dato Emmer
Kharlissa sudah terlalu ingin tahu mengenai lelaki itu. Alang-alang Khairul Rasheed mengenalinya, jadi tak salah jika dia cuba mengorek sedikit maklumat.
Dia kawan keluarga kami. Saya kenal seluruh keluarganya. Dia hebat.
Ya, memang saya tahu dia hebat. Sekali pandang saja saya tahu dia orang yang berkarisma, elegen, bijaksana dan kaya. Pasti dia bukan sebarang orang. Betul tak first impression saya ni tanya Kharlissa.
Wow! Melambung tingginya pujian awak untuk