Kristal Berdarah - 6
BAB 5

Ramlan dan Suhaili terus mencari jalan keluar. Sudah lama mereka berada di lorong tersebut. Setiap kali mereka berasa mampu keluar, penghujung lorong itu tersekat jalan mati.

Suhaili telah beberapa kali menghela nafas panjang. Ramlan tahu, wanita itu tidak berpuas hati tetapi tidak tahu bagaimana hendak melepaskan kemarahannya.

Hanya ada satu cara. cari jalan mula kita datang tadi. Orang ramai tentu masih mengerumuni mayat pe minta sedekah itu sebelum polis datang, kata Suhaili. Matanya melilau ke merata arah.

Mungkin juga polis dah sampai, kata Ramlan dengan kecewa.

Jangan memperlihatkan kebodohan kau. Kau adalah peguam. Kau tentu tahu, setiap kali polis datang untuk satusatu kes, mereka akan datang dengan siren. Dan kalau ada siren, bermakna kita boleh mendengarnya, marah Suhaili.

Ramlan terdiam. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia jadi begitu benak. Sedangkan dia pernah dipuji kerana kehebatannya mengendalikan kes di mahkamah.

namun adakah kedatangan polis di sebuah bandar ke cil yang hanya dihuni oleh beberapa ratus orang pen duduk itu akan mengeluarkan sebarang siren Tambahan pula ti dak banyak kenderaan di bandar itu yang boleh meng halang laluan polis. Dan yang paling penting, polis di band ar itu besar kemungkinan tidak memiliki kereta peronda bersiren.

Suhaili dan Ramlan tidak berbual lagi. Mereka terus ber jalan. Kepenatan telah menyerang hampir segenap pelusuk tubuh mereka. Penat lelah mereka terbayar juga akhir nya. Mereka telah menemui suatu tanda. Petanda yang membolehkan mereka keluar dari tempat itu tiang lampu berwarna merah!

Ramlan menarik nafas panjang. Kelegaan; hampir se pa ruh daripada tenaganya telah hilang. Mereka mungkin telah berjalan sejauh sepuluh kilometer.

aku yakin, jalan inilah yang menuju ke banglo kita, kata Suhaili. Kita cuba jalan ini.

Ramlan merenung jalan yang kelihatan gelap dan lengang dengan perasaan serbasalah. nampak lain macam saja. Kenapa pula Ramlan berpaling.

Takkan orang ramai dah balik Lagipun tiang lampu merah tu, kita jumpa berhampiran dengan kawasan ber pagar zing. Tapi pagar zing tu...

Mungkin tak jauh dari sini, Suhaili memotong katakata Ramlan dengan pantas.

Mungkin untuk mengelakkan daripada bersoal jawab lebih panjang dengan peguam muda itu, Suhaili me lang kah. Meninggalkan Ramlan yang masih berdiri sambil memandang sekeliling.

Ramlan tidak mempunyai pilihan lain. Dia terpaksa juga melangkah, walaupun bukan itu yang dia mahu. Perasaan serbasalah masih menyerang segenap pelusuk hatinya.

Siapa yang tidak serbasalah kalau terpaksa berhadapan dengan situasi ganjil seperti sekarang

Mereka berjalan sehingga tiba suatu selekoh di sebuah ba ngunan. Dan di sebalik selekoh bangunan yang tegak berdiri itu, suasana bertukar menjadi suram. Lampulam pu jalan yang menjadi ganti fungsi matahari, tidak mampu mem bantu memberikan cahaya yang mencukupi. beberapa orang yang ada di situ memandang