Setiap bulan, setiap kanak-kanak akan mengumpul duit sekolah, membantu ibu pergi ke kedai, berpuasa di siang hari, mengorek tabung, berbuat baik dengan kawan-kawan dan pelbagai lagi usaha supaya tidak terlepas dan dapat memperolehi majalah-majalah ini. Perkara yang sama akan lebih melampau usahanya apabila terdapat keluaran edisi bumper yang lebih tebal muka suratnya dan lebih mahal harganya. Terlepas edisi bumper merupakan satu kegagalan dalam hidup seorang kanak-kanak yang masa hadapannya pun belum tentu entah berjaya entahkan tidak.
Walaupun terdapat pelbagai jenis majalah yang dijual pada ketika itu, terdapat dua gergasi majalah yang berada di tempat paling atas dalam hati setiap