Apabila bunyi siren polis kedengaran, dia menapak sedikit ke belakang, menggelapkan diri dalam celahan bangunan yang kelam. Tangan kanannya kejap memegang pistol laser sebagai persediaan kepada setiap kemungkinan.
Sial! Bagaimana aku hendak keluar Polis ada di mana-mana! bisiknya dalam keresahan.
Sesekali dia menyumpah-nyumpah dirinya kerana bertindak melarikan diri daripada Mahkamah Jenayah Kota Migi siang tadi. Tetapi, dia memang tidak bersalah. Dia memang telah dijadikan kambing hitam kepada jenayah yang tidak dilakukannya.
Dia masih ingat siang tadi, dia berusaha menyakinkan pihak hakim bahawa dia tidak membunuh Tuan Presiden Kota Migi. Dia telah diumpan oleh seseorang agar datang ke pejabat Tuan Presiden.
Masakan awak tidak bersalah! Sudah terbukti cap jari awak ada pada alat pembunuhan. Awak juga telah merempuh masuk ke dalam pejabat Tuan Presiden tanpa sebarang sebab. Malahan, awak berada di tempat kejadian ketika awak ditangkap. Itu