Dia mengira wang di dalam mesin juruwang sambil sesekali melirik ke luar tingkap dan melihat hujan yang seperti tidak mahu berhenti. Sambil berbual-bual dengan Nenek Kim, dia mengeluh tentang cuaca yang tidak menentu. Orang tua itu cuma tersenyum saja mendengarkan ocehan Abriel. Tiba-tiba loceng pintu berdenting. Secara automatik Abriel berdiri dan menunduk hormat sambil mengucapkan selamat datang. Selalunya hujan-hujan begini akan ada yang datang membeli payung atau baju hujan.
Yang datang itu seorang lelaki yang memakai baju hujan warna hitam yang dizip sampai ke atas untuk melindungi diri daripada hujan. Kepalanya juga bertutup. Saat lelaki itu menurunkan tudung kepalanya, Abriel tersentak. Jaejoong! Dah nak balik ke Baguslah. Saya ingatkan awak dah baik sebab sekarang dah pukul sepuluh. Tapi tadi masa lalu saya nampak kedai masih buka. Jadi saya cuba-cuba singgah. Tak sangka awak masih ada kat sini.
Nada suara itu mesra dan ramah, namun tetap saja membuat Abriel rasa marah dan jengkel. Apatah lagi saat melihat Jaejoong membongkok sopan sambil menyapa Nenek Kim. Nama saya Park Jaejoong. Kawan Abriel, ujarnya santun.
Nenek Kim tersenyum walaupun riaknya agak terkejut. Kawan Abriel Dia tak pernah cakap pun dia ada kawan lelaki, ujarnya.
Memang tak ada, bidas Abriel agak kasar. Jaejoong hanya tersenyum mendengarnya.
Nenek Kim memandang Jaejoong yang masih berdiri di hadapannya. Pengalaman hidupnya mengajarnya cara menilai perwatakan seseorang melalui air muka dan sinar matanya. Dia serta-merta tahu yang pemuda di depannya itu seorang yang tulus dan baik hati. Manakala Abriel sudah dianggap seperti cucunya sendiri. Dengan berteman dengan lelaki ini, mungkin Abriel akan lebih bahagia. Dia tahu, lelaki ini pasti akan sanggup melakukan apa saja untuk Abriel.
Berapa umur kamu soal Nenek Kim ramah.
23 tahun, nek, sahut Jaejoong sopan.
Maknanya lebih tua dua tahun dari Abriel. Sudah kerja atau masih belajar
Jaejoong senyum. Sekarang dia tahu usia Abriel. Sudah bekerja, nek Jadi apa
Penyanyi.
Mata Nenek Kim membulat. Terkenal
Bolehlah jawab Jaejoong merendah diri. Walaupun sebenarnya perkataan bolehlah itu langsung tidak tepat untuk menggambarkan karier Jaejoong. Penjualan albumalbumnya selalu lebih dari sejuta unit. Peminatnya ada di mana-mana dan jumlah penghasilan yang sudah diterima dia dan ahli kumpulan Blue yang lain hampir tidak terkira. Tetapi baginya, saat berbicara dengan orang tua, dia harus merendah diri.
Kalau nak pulang sama-sama, kena pakai payung besar, kata Nenek Kim. Tunggu sekejap nenek ambilkan, katanya sebelum bersedia untuk beredar ke belakang.
Nenek! seru Abriel sebal. Tadi dia berharap Nenek Kim akan menghalau