Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar yang cuba menyembunyikan dirinya dengan memakai selendang perempuan. Dr Azmin menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka selendang yang dipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata lelakinya bergenang. Ditahan sekuat hati agar tidak tumpah. Sahabat-sahabatnya datang menghampiri. Fika berdebar melihat lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya sambil cepat-cepat berlalu pergi.
(Pegawai pencegah maksiat ke ni Baik aku lari. Padan muka kau, Umar. Kau hadapilah seorang diri!)
Antum semua dah nampak. Ana jahat!!! Umar meluahkan. Suaranya sebak.
Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia berada dimana sahaja! Dr. Azmin bersuara.
Umar, nta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari hidayah Allah, Dr. Azmin bersuara lagi.
Ana rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah Allah! luah Umar penuh kesalan.
Kita tak layak atau tak nak Itulah hebatnya kita ada Allah dalam hidup kita. Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan kita. Kembalilah Umar.kembali bersama kami, Banna memujuk.
Ya, Umar. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan sia-siakan potensi diri nta. Kami masih menaruh harapan tinggi pada nta, lembut kata-kata Hizbi.
Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad ke-21 yang bertunas di Taman Islam dulu Banna mengingatkan saat kegemilangan Umar, Ketua Pengawas Sekolah Taman Islam yang berwibawa.
Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat Umar agar kembali di atas jalan dawah dan tarbiyyah.
Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang ana buat. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Allah bila Allah nampakkkan semula maksiat tu di padang mahsyar