MAT DAN MEL - 6
Aku terserempak dengan Hamiza ketika aku ke perpustakaan untuk pulangkan buku kepunyaan Tamrin. Pada mulanya aku langsung tidak berniat untuk menegurnya, tetapi nanti apa pula dikatanya. Lagi pun dia kawan baik Melati. Takkanlah aku nak buat tidak nampak pula bila dia lalu depan aku tadi.

Jadi aku berjalan mendapatkannya apabila dia pergi ke meja di mana dia selalu duduk sambil menelaah pelajarannya. Aku nampak dia sedang duduk di situ keseorangan. Dia mengeluarkan peralatan tulisnya lalu membetulkan tudungnya. Aku menegurnya dengan mengucapkan salam. Dia menjawab salamku dengan lembut. Aku tanya dia di mana Melati. Dia kata Melati ada tutorial. Dia sempat memerli aku kerana aku tidak mahu ambil tahu tentang ini semua, maksud aku jadual belajar Melati. Aku hanya mampu tersenyum tawar. Jadual kelas aku pun aku tidak terjaga, inikan pula jadual kelas orang lain, ye tak Kalau Tamrin tak ada untuk selalu SMS aku untuk mengingatkan aku supaya hadir ke kuliah atau ke tutorial, alamatnya dah lama aku kena jumpa dekan dan berikan surat tunjuk sebab mengapa aku selalu sahaja ponteng. Sebab itulah aku pastikan setiap semester, aku dan Tamrin menghadirikuliah dan tutorial yang sama. Kalau macam ni lagi senang. Aku hanya perlu ikut ke mana sahaja Tamrin pergi di dalam kampus. Lagi pun sekarang ini dia sudah jadi macam pembantu peribadi aku. Jadual pembelajaran aku semuanya dia yang jaga.

Hamiza sempat tanya aku sejauh mana hubungan aku dengan Melati. Susah untuk aku jawab soalannya ini. Aku rasa macam nak ambil buku dari rak yang terdekat lalu buat-buat baca buku tanpa perlu menjawab soalannya itu. Apabila dia tanya sekali lagi aku kata Melati tu kawan rapat aku. Dia kata, TU JER KE Aku jawab, YE LAH. DAH TU

Aku pantang kalau orang tanya aku fasal benda ni. Kenyataannya, aku masih menganggap Melati sebagai kawan aku yang rapat. Mungkin lebih istimewa daripada kawankawan aku yang lain. Pendek kata, aku masih keliru dengan kedudukannya dalam hidup aku. Aku sendiri tak tahu kalau aku ada simpan apa-apa perasaan ke atas dirinya. Mungkin kerana kami baru sahaja