SAAT AKU BERPALING - 6
HAI Kak Indah. Selamat pagi. Cantik hari ni. Faliq menegur setiausaha abangnya

seperti selalu.

Selamat pagi. Tak cantik mana pun, biasa aja lah. You are such a sweet talker. Hairan Akak bila tak ada lagi yang sangkut dengan Encik Faliq ni.

Itu la pasal. Saya pun hairan, semua orang macam tak berkenan aja dengan saya. But sincerely, you look glowing today. Nah, ini sarapan untuk Akak.

Apa ni

Sarapanlah for you and the twin. Saya tengok macam sedap aja benda ni tadi dan terus teringatkan Akak, jadi saya belikan ajalah. Faliq menyuakan bungkusan berisi pai daging dan buah betik potong yang sengaja dibeli untuk setiausahanya yang sedang sarat mengandung anak kembar.

La, buat susah-susah aja. Encik Faliq selalu belikan makanan untuk Akak. Segan lah kalau selalu sangat macam ni. Ujar Indah. Selalu sangat dia mendapat makanan dari bosnya ini sejak kebelakangan ini.

Tak ada susahnya. Akak tak payah nak segansegan dengan saya, lagipun benda ni semua saya beli bukannya untuk diri sendiri. Selama ni pun asyik saya aja yang belasah kek dengan puding yang Akak selalu bawa ke pejabat. Sekarang ni bila Akak dah sarat macam ni, giliran saya la pula yang belanja.

Terima kasih. Beg Encik Faliq mana

Beg Ada dekat bilik saya. Kenapa

Encik Faliq datang dari mana sebenarnya ni Saya ingatkan Encik baru je sampai dari rumah.

Saya keluar sekejap. Tertinggal pula telefon bimbit dekat dalam kereta jadi saya terus pergi beli sarapan. Beg saya dah letak dalam bilik masa sampai tadi lagi.

Awalnya Encik Faliq datang.

Tak adalah awal sangat. Macam biasalah Kak. Duduk dekat rumah pun bukannya ada sesiapa. Baik saya datang sini, ada juga benda nak dibuat. Faliq yang baru sahaja menapak terus memerhati kawasan pejabat yang masih lagi lengang.

Encik balik dari pejabat pun dah dekat pukul 9 semalam, hari ni pukul 7.30 pagi dah ada dekat sini. Tak bosan ke

Duduk rumah saya lagi la bosan. Lagipun ada banyak lagi kes yang saya nak kena review. Tak senang duduk saya selagi kes-kes ni tak selesai.

Indah sekadar menggeleng mendengar kata-kata bos keduanya ini. Pada Indah, Encik Faliq terlalu workaholic. Matahari belum terbit dia sudah sampai ke pejabat dan hampir setiap hari lelaki ini akan pulang selepas matahari terbenam. Langsung tak ada life.

Fail-fail tu memang takkan habis direview selagi Encik Faliq tak bersara. Kadang-kadang kagum pula Akak dengan Encik Faliq ni, cuti tak pernah ambil, emergency leave pun tak ada. Sakit pun, sanggup tidur di pejabat daripada duduk di rumah. Tegur Indah pada majikannya.

You should try to have fun, barulah tak tertekan sangat. Sambung Indah lagi.

Faliq berfikir sejenak, benar juga kata-kata yang diluahkan Indah. Lama sudah rasanya sejak kali terakhir dia mengambil cuti. Tak sangka pula dia yang hidupnya dianggap membosankan oleh setiausaha abangnya ini.

Well, hidup saya ni tak lah bosan sangat Kak Indah oii. Lagipun saya tak tertekan dengan kerja saya. Semua still under control. Bila saya dah rasa tertekan sangat nanti, saya ambil cuti. Jangan risau. Faliq mengenyitkan matanya.

Faliq merupakan antara peguam yang berkhidmat di firma milik bapanya. Sudah hampir tujuh tahun dia berkhidmat di firma ini sebaik sahaja dia menamatkan pengajian. Kebanyakan staff di firma ini mempunyai latar belakang perundangan yang cemerlang serta pengalaman luas dalam pengamalan undang-undang.

Helmi Mazlan &