MY DARLING ANGEL - 6
PULANG dari sekolah, dia menjejak bilik Elfira. Kamar warna baby pink ini diperhatikannya.

Bilik Elfira yang sentiasa berbau wangi diperhatikan segenapnya.

Akak, adik rindukan Akak. Rindu sangat-sangat. Kenapalah dunia ni kejam sangat ragut Akak daripada adik Elzaara mengongoi sambil memeluk bingkai gambar Elfira yang terletak di atas meja solek.

Diari Elfira di dalam rak buku yang tersusun rapi dan mula membaca. Dia tahu hobi Kakaknya itu yang suka sangat mengumpul diari dan bahan bacaan terutamanya novel-novel cinta. Dahulu dia sering mengejek Elfira kerana hobinya yang suka membaca novel-novel jiwang yang entah apa-apa.

Diari milik Elfira diselaknya sehelai demi sehelai dan dia mengambil beberapa keping gambar yang terselit di dalam diari tersebut. Dia melihat ada sekeping gambar mereka berdua, sekeping gambar mereka satu keluarga, gambar Kak Elfira bersama bekas suaminya berserta sekeping gambar ultrasound sewaktu dia mengandungkan Haziq. Gambar mereka dua beradik diusap dengan penuh kasih sayang.

Argh! Lelaki jahanam! Tak guna! Kau menyusahkan hidup Kakak aku dan keluarga aku. Kau jahat! Kau memang syaitan yang bertopengkan manusia! Pekik Elzaara. Dia mengoyakkan gambar Kakaknya bersama bekas suaminya itu dan mencampakkan diari tersebut ke atas lantai. Amarahnya mula menguasai dirinya semula.

Air mata yang bergenang tidak mampu lagi ditakung. Deras juraian air