KAMU SANG PENCULIK - 6
BAKUL yang hampir penuh kuangkat dengan muka yang berkerut. Ingatkan tadi hendak beli sedikit sahaja barang, tetapi banyak pula yang kuambil. Dari rak coklat, aku beralih pula ke rak biskut. Tinggi pula biskut jagung disusun. Bakul yang sarat aku letakkan di lantai dan aku mula mencapainya namun tidak sampai. Terpaksa aku jungkitkan kaki namun masih gagal.

Boleh saya tolong Suara yang cukup lembut tiba-tiba menegurku dari belakang.

Terus aku menoleh dan kelihatan seorang wanita berniqab sedang memandangku. Dari gerakan matanya aku tahu dia sedang tersenyum jadi aku balas senyumannya dengan cukup manis.

Terima kasih puan. Aku tundukkan sedikit kepala dan beralih ke tepi.

Dia terus mengambil biskut jagung. Begitu mudah sekali untuknya kerana ketinggiannya yang mencecah 170cm. Biskut jagung dihulurkan kepadaku.

Terima kasih banyak-banyak puan, luahku sambil tersenyum mesra ke arahnya.

Sama-sama. Saya minta diri dulu. Dia tundukkan kepalanya sedikit sebelum beredar.

Aku turut meninggalkan rak biskut dan terus ke kaunter bayaran bersama bakul saratku. Ketika aku melintasi deretan kereta yang memenuhi tempat letak kereta pasaraya, kelibat seseorang mencuri perhatianku. Wanita berniqab tadi sedang berdiri menghadap bonet keretanya yang terbuka. Tanpa berfikir panjang aku terus menghampirinya.

Assalamualaikum puan, sapaku dengan penuh sopan dan dia terus berpaling.

Waalaikumussalam. Anak yang dekat rak biskut tadi, kan Wanita itu menyoal ramah.

Ya, saya. Kenapa dengan kereta puan Soalku sambil meletakkan plastik-plastik baranganku ke tepi dan turut sama meneliti enjin keretanya.

Saya pun tak pasti. Tak boleh nak start enjin. Tak tahu apa masalahnya. Maklumlah kurang mahir tentang enjin ni. Dia ketawa perlahan. Aku balas dengan senyuman.

Itulah masalah kita kaum perempuan ni, kan Bab kereta memang selalu gagal. Kebetulan adik kawan saya ada workshop berhampiran kawasan ni. Saya cuba telefon dia untuk datang tengokkan, boleh Mujur aku teringatkan Mukhriz, adik Munirah.

Tak susahkan anak ke Teragak-agak dia