MY SWEET ARISSA - 6
ARISSA nampak comel dengan wajah terkejutnya. Bibir nipisnya yang sedikit terbuka tanpa senyuman membuat wajah gadis itu kelihatan seksi. Wajah itu mirip kepada seorang pelakon Hollywood tetapi siapa ya

Encik sihat ke tidak ni soal Arissa.

Hakimi ketawa kecil. Sihat.

Soal nikah kahwin tak boleh buat main-main Encik. Saya... saya takut ni! akui Arissa bersungguh.

Kahwin betul-betul! Kena akad nikah, bukan tiputipu atau olok-olok. Terasa jantung sudah tercabut entah ke mana hilangnya. Perlahan-lahan dia duduk di sofa di ruang keluarga di tingkat satu itu tidak jauh dari Hakimi.

Ya, saya tahu tapi ini untuk memudahkan kita sebagai suami isteri bila berdepan dengan Umi saya nanti. Kalau kita tak ada apa-apa hubungan, susah saya nak pegang tangan awak dan sebagainya. Ternganga Arissa.

Hakimi senyum. Memek wajah Arissa yang pelbagai benar-benar membuat dia tidak mampu untuk mengalihkan pandangannya. Kalau dahulu, dia tidak hirau langsung gadis itu dan hanya melihat wajah itu sekali-sekala, itupun di dalam mesyuarat. Apa yang penting, kerja jalan.

Arissa senyap. Matanya beralih ke pintu balkoni yang terbuka. Angin malam yang sejuk menyapa lembut. Namun hatinya tidak sejuk seperti angin itu. Dadanya terus panas dengan topik yang semakin hangat segenap penjuru tubuhnya.

Hakimi tunduk memandang tangannya. Tiba-tiba dia merasa bersalah terhadap Arissa. Mungkin ada jalan lain yang tidak melibatkan gadis itu.

Saya faham kalau awak tak setuju. Saya tak paksa awak.

Saya setuju! spontan Arissa menjawab.

Hakimi pula ternganga lalu terbatuk-batuk kecil. Terasa perit pula tekaknya sebaik mendengar jawapan spontan Arissa.

Kalau kita nikah...

Semua nafkah awak, saya akan tanggung, pantas Hakimi memintas kata-kata Arissa. Semua macam biasa, dari makan, pakai awak saya akan tanggung. Semua tu awak jangan risau. Toyota Harrier saya pun awak boleh guna.

Wah, hebat tawaran Hakimi! Kalau ikutkan memang itulah keinginannya namun dia sedar siapalah dia. Ukur baju di badan sendiri. Lelaki itu hanya mengupahnya untuk menjadi isteri sementara bagi menyelesaikan masalahnya sahaja.

Itu semua nafkah zahir je kan Batin tak ada kan