CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - 6
ADWAN tersenyum-senyum sewaktu masuk ke lobi Hotel Amazon. Macam manalah seluar kecil milik gadis itu boleh meloncat keluar. Gadis itu pula naf sangat. Baru usik sikit, dia punya angin dahsyat betul.

Selamat pagi Encik Adwan, tegur penyambut tetamu yang bertugas.

Selamat pagi. Adwan membalas.

Dia menanggalkan cermin mata hitam jenama Ray-Ban yang dipakainya. Diletakkan di atas meja penyambut tetamu. Beg bimbitnya turut diletakkan di tempat yang sama.

Ini surat-surat yang baru sampai.

Adwan menyambut beberapa pucuk surat yang dihulurkan kepadanya. Dibelek setiap satu. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya.

Errr Encik Adwan okey ke Tanya si penyambut tetamu.

Kenapa Adwan mengangkat wajah. Mata membaca tanda nama pada baju si penyambut tetamu.

Ter senyum dari tadi, jawab si penyambut tetamu takut-takut.

Senyumkan satu sedekah. Kira awak beruntunglah, Mashita. Adwan kenyit mata. Kembali mengenakan semula cermin mata hitamnya sebelum berlalu dari situ. Surat-surat yang dibeleknya tadi turut dibawa bersama.

Dia melangkah masuk ke dalam lif. Sempat melambai pada pekerjanya. Si penyambut tetamu tersenyum. Sampai di aras yang menempatkan pejabatnya, Adwan melangkah penuh bergaya keluar dari lif dan menuju ke bilik kerjanya.

Sewaktu mahu melewati meja pembantu peribadinya, dia berhenti seketika. Senyuman nakal tersungging di bibirnya. Melihat si gadis yang sedang membongkok di bawah meja seperti mencari sesuatu.

Sesekali mengusik sedikit si gadis apa salahnya.

Selamat pagi, Rina, tegur Adwan.

Ouchhh! Si gadis yang dipanggil Rina kelihatan terkejut bila namanya dipanggil. Hinggakan kepalanya terhantuk pada meja. Kalut dia berdiri tegak.

Adwan tergelak. Lucu dengan tindakbalas pembantu peribadinya ini.

Assalammualaikum, Encik Adwan. Rina memberi salam sambil membetulkan sedikit tudungnya yang senget.

Errr waalaikumussalam. Adwan mengurut perlahan tengkuknya. Malu.

Ucapan salam si pembantu peribadi sedikit sebanyak mengusik nalurinya. Ucapan yang telah lama dia tinggalkan.