CARTA HATI - 6
SYAKILA singgah sarapan di restoran berdekatan sebelum masuk ke tempat kerja. Kawan-kawan di pejabatnya turut ikut serta. Sewaktu sedang menjamah makanan di meja, tiba-tiba dirinya dikejutkan dengan sesuatu.

Syak, cuba kau buka Instagram kau, suruh Alisa. Mata terhala ke arah gadis itu. Dahinya sedikit berkerut.

Kenapa pula Aku malaslah nak buka. Buat habis data aje, balas Syakila. Dia sambung menjamah makanan semula.

Buka ajelah! Kau kena tengok sendiri! arah Mariana pula. Sedikit tegas nada suaranya. Dia dan Alisa begitu teliti menghadap telefon pintar masingmasing.

Mahu tak mahu Syakila keluarkan juga telefon pintarnya. Dia swipe skrin telefon kemudian tekan aplikasi Instagram.

Matanya sedikit terjegil apabila menerima follower hampir tiga ribu! Komen