KEKASIHNYA QASEH - 6
SABAN hari Zed berlatih bersungguh-sungguh untuk membuktikan pada Jefri bahawa dia mampu membuat kejutan pada hari Pertandingan Memetik Gitar Amatur sempena Festival Muzik Malaysia, yang akan diadakah dalam masa beberapa minggu lagi. Dalam pada itu dia juga setia berlatih bersama band Jefri untuk persembahan di sebuah konsert besar di Kuala Lumpur seminggu selepas pertandingan itu. Zed kini bersemangat untuk menyertai pertandingan memetik gitar buat pertama kali dalam hidupnya.

Saban hari Qaseh juga tidak henti-henti mencuri waktu untuk bersama-sama menemani Zed berlatih memetik gitar secara solo di rumahnya, mahupun berlatih di studio dengan kumpulan band Jefri. Dua minggu sudah berlalu, kegigihan Zed berlatih tidak dapat dinafikan. Ada kalanya dia terpaksa ponteng sekolah kerana tidak cukup tidur. Asal Zed tidak ke sekolah, Qaseh pun akan curi-curi ponteng sekolah. Dia sentiasa di sisi Zed tanpa jemu menemaninya berlatih memberi sokongan moral. Qaseh sudah mula mengabaikan tanggungjawabnya di rumah, dan semakin membimbangkan ibubapanya Badri dan Sofia. Apa-apapun mereka berharap pekara ini tidak akan berlarutan, sehingga selesai pertandingan itu. Semoga Zed dan Qaseh kembali memberi tumpuan kepada persekolahan mereka.

Hari demi hari Zed mencatit di Scrapbook dan S Planner di dalam talifon bimbitnya untuk memastikan dia tidak akan terlupa perkara-perkara penting dan tidak ketinggalan tarikh pertandingan yang dinanti-nantikan itu. Dia sangat teruja dan bersemangat menunggu hari itu. Kebelakangan ini bakat Zed sebagai pemain gitar makin terserlah. Walaupun jari jemarinya masih kecil tetapi dia mempunyai gaya tersendiri memetik tali-tali gitar itu dengan pantas dan tebal berjiwa. Qaseh terus berada di samping Zed di setiap sesi latihannya.

Petang itu Jefri ingin menguji dan mencabar kehebatan Zed memetik gitar, kerana Jefri belum pasti sejauh mana kemampuan Zed selama ini. Memandangkan pertandingan sudah dekat, dan peserta-peserta lain kebanyakannya orang-orang dewasa yang jauh lebih berpengalaman. Apakah cukup bakat dan pengalaman yang ada pada Zed tika ini untuk diperjuangkan dalam pertandigan itu Jefri pun menghulurkan kepada Zed gitar akustik milik arwah ayahnya. Zed sambut gitar itu dengan penuh bergaya. Jefri pun mencabarnya mendendangkan lagu Malaguuena oleh Micheal Lucarelli, iaitu salah satu lagu klasik paling sukar dimainkan. Ternyata Zed boleh bermain gitar akustik dan mendendangkan lagu klasik tersebut. Walaupun tidak sehebat mana, tetapi Zed memainkannya dari mula sampai habis. Padahal itulah kali pertama Zed mendengar lagu itu. Jefri berpuas hati. Bagaimanapun, selera Zed lebih kepada rock dan metal.

Kemudian Jefri menduga Zed dengan sebuah lagu slow rock pula, Fireflies oleh Luke Walton. Pucuk dicita, ulam mendatang. Dengan senyuman Zed menyambut cabaran kedua itu. Tambahan pula kali ini Zed menggunakan gitarnya sendiri. Sungguh tidak disangka Zed benar-benar memeranjatkan Jefri. Boleh tahan hebatnya petikan gitar dari Zed untuk lagu kedua ini. Sekarang baru abang yakin nak hantar Zed masuk pertandingan. Kata Jefri pada Zed sambil menepuk-nepuk dinding tanda kagum dan gembira. Qaseh yang ada sama di situ turut melonjak gembira, walaupun dia tidak tahu menahu tentang lagu-lagu itu. Tanpa segan silu dan tanpa mereka sedari, dalam sekelip mata Zed dan Qaseh berpelukan, hingga Jefri tersengeh-sengeh menegur mereka. Sorry...tak sengaja. Semangat yang terlampau tadi tu, kata Zed sambil tersengeh dan lekas-lekas melepaskan pelukannya dengan Qaseh.

Bolehkah nak harap semangat aja...pengalaman apa hal pulak Ternyata persoalan yang terkeluar dari bibir Qaseh di saat itu telah mengundang bala. Perasaan Zed tersinggung, nadinya berdenyut kencang. Qaseh diusirnya dari rumah ketika itu juga. Qaseh pula tersentap jantungnya apabila Zed menengking.

Seminggu lagi pertandingan akan bermula. Bayang Qaseh tidak lagi kelihatan menemani Zed berlatih. Merajukkah Qaseh Zed seolah-olah sudah lupa pada sahabat karibnya itu yang banyak memberi dorongan padanya selama ini.

INT. RUANG DAPUR RUMAH QASEH / PAGI.

DI MEJA MAKAN; QASEH BERUNIFORM SEDANG TERMENUNG TIDAK MENJAMAH SARAPAN. SOFIA SEDANG MELAYAN MILA MAKAN.

TIDAK JAUH DARI MEJA MAKAN; BADRI BERUNIFORM POLIS SEDANG MEMAKAI KASUT; SAMBIL ITU MEMANDANG KE ARAH MEJA MAKAN.

BADRI

Qaseh...abah nak pergi kerja dah ni. Kenapa termenung jer dari tadi

QASEH LANGSUNG TIDAK PEDULIKAN AYAHNYA. DILENYEK-LENYEK KUIH DI MUKA PIRING. MUKA QASEH MAKIN KELAT.

SOFIA MALAS NAK LAYAN QASEH. SOFIA MENGIRINGI BADRI BERJALAN KE ARAH PINTU. MILA MENGEKORI DARI BELAKANG.

SOFIA Abang out station berapa hari

BADRI

Mungkin seminggu.

(berbisik)

Kenapa anak kita tu

SOFIA Hemm...period kut. Heehee...

BADRI DAH SEDIA NAK BERANGKAT; SOFIA BERPALING KE ARAH QASEH YANG MASIH MURUNG.

BADRI TAK MAHU BURUKKAN KEADAAN; DIA PUN BEREDAR PERGI. SOFIA PUN MEMBIARKAN SAJA QASEH YANG PELIK PADA PAGI ITU.

KEESOKKANNYA permohonan cuti Zed untuk beberapa hari diterima oleh pihak sekolah. Berita itu sangat mengembirakan Zed hingga dia terlupa bahawa Qaseh masih merajuk hati dengannya. Pada lusanya Zed dan Jefri pun berangkat ke Kuala Lumpur tanpa Qaseh. Hari pertama pertandingan Zed mendapat perhatian daripada para juri dan para penonton kerana menjadi perserta paling muda menyertai pertandingan memetik gitar itu. Pada hari kedua Zed mendapat perhatian daripada para juri dan penonton apabila dia berjaya menyaingi beberapa orang pemain dewasa. Dan Zed berjaya melayakkan diri di peringkat separuh akhir.

Masuk hari ke tiga iaitu hari persaingan separuh akhir, Zed berkesudahan di tempat ke 6 dan sekali gus gagal menempah tempat ke peringkat akhir yang memerlu 5 orang perserta teratas. Walaupun Zed tidak menjuarai pertandingan itu, sekurang-kurangnya dia tidak berada di tempat paling curut. Dia berkesudahan di tempat ke 6 daripada 70 penyertaan. Dan itu sudah cukup cemerlang bagi pendapat Jefri, untuk orang baharu dan masih muda seperti Zed.

Hakikatnya kata-kata Qaseh