waktu terus berlalu
terluka dalam mimpi yang indah
akan menunggu
takkanku lepaskanmu
sehingga dua hati menjadi satu
tak mampu mengukir janji dalam impianmu
akan tetap menunggu
aku harap
aku berdoa
aku berusaha
sampai bila
sampai lautan kering
sampai matahari kehabisan cahayanya
sampai udara kehilangan punca
Jumaat.
Hari terakhir sebelum cuti pertengahan semester. Ramai yang dah angkut beg balik kampung. Tak kurang yang sibuk mengemas sebab kena kosongkan bilik. Nasib badan, bilik diorang terpilih untuk digunakan oleh peserta kursus masa cuti nanti. Aku Aku masih di sini. Tak buat apa-apa. Tak kemas bilik. Tak kosongkan bilik. Tak angkut beg. Belum terfikir pun nak balik kampung lagi. Alhamdulillah, rezeki aku. Bilik aku tak kena kosongkan. Jadi aku tak payah nak bersusah payah kemas bilik. Lagipun aku balik kampung esok, hari Sabtu. Jadi taklah nak rush kemas barang. Malam karang pun boleh kemas. Sempoi.
Jadi apa yang aku buat
Kau nak ikut aku tak Qiu
Pergi mana wey Aku
Cheras. Stadium bola. Aku ada nak jumpa orang kejap dekat sana Qiu
Lama tak Okay jugak. Aku pun tak buat apa ni. Ramai dah balik. Bosan pulak nanti Aku
Ha, jomlah. Siap-siap Qiu
Jap aku siap-siap Aku
Memanglah aku pergikan. Bukan ada benda nak buat pun duduk dekat bilik. Boleh jalan-jalan KL. Sampai stadium, hujan. Nasib baik dah sampai baru hujan. Kalau hujan dulu baru aku sampai, lain nanti jadinya.
Bila sampai, ada panggilan alam pulak. Aku terus pergi toilet. Qiu pulak terus pergi office. Bila aku keluar, dia dah takde. Aku pun bukan biasa sangat dengan stadium ni. Nak call, tak payahlah. Dia jumpa orang pun sekejap je tu. Sekarang pukul 3.30. Aku turun balik. Aku jalan-jalan sekitar stadium. Aku pergi grandstand. Boleh nampak keseluruhan stadium. Cantik. Cuma satu je yang mencacatkan pemandangan. Keadaan padang yang dah macam padang pasir. Aku rasa DBKL kena panggil Yun Nam datang tengok keadaan padang ni macam mana. Mungkin diorang boleh lebatkan balik rumput dekat stadium ni. Okay, lawak hambar.
Aku keluar, pergi tengok KFC. Nak online pun bukan aku guna smart phone. Bosan. Aku duduk dekat bus stand. Tengok HUKM. Tengok kereta keluar masuk. Ish, lambatnya