Complete Me - 6
Bab 6

SEBUAH sampul surat berwarna coklat cair diserahkan pada Airish. Laju Airish menyambutnya. Wajahnya serius menghadap dokumen itu.

Nama: Nora Afiqa binti Mohd Daud

Jawatan: Tiada

Tarikh Lahir: 12 Disember 1988

Umur: 26 tahun

Status: Bujang

Alamat rumah: Lot 4, Jalan Dahlia, Seksyen 7, Shah Alam.

Pendidikan: Master in Psychology, Duke University. Nama Waris: Mukhriz Bin Mamat

Jadi, dia tak kerja Airish memulakan soal selidiknya. Agak pelik juga gadis itu tidak berkerja sebenarnya dalam umur sebegini rupa. Sudahlah ada kelulusan tinggi, tapi tak mahu berkerja. Sayanglah.

Woi!

Sejak bila aku mula ambil berat tentang perempuan ni Airish menegah akalnya dari terus memikirkan tentang Afiqa.

Sekarang ni, tak. Kenapa dia tak kerja tu saya tak pasti.

Dia anak yatim piatu ke laju Airish mengalihkan soalan seterusnya apabila terperasankan nama bahagian waris itu.

Ya. Macam mana dia boleh jadi anak yatim, penyebabnya semua saya memang tak tahu. Tapi, kalau bagi masa sikit lagi, mungkin saya boleh cari.

Cukup dulu buat masa ni. Ini bayaran untuk kerja kau!

Sekeping cek dikeluarkan dari poket jaket sebelum dihulur kepada penyiasat upahannya. Dia perlu cepat sebelum ada orang yang perasankannya. Restoran itu ditinggalkannya segera. Kaca mata hitamnya disarungkan terus sementara jaketnya dibetulkan dengan kolarnya diangkat tinggi sedikit. Dokumen di tangannya digengam kemas. Sekarang tugasnya adalah bersemuka dengan si Nora Afiqa binti Mohd Daud!

NORA Afiqa binti Mohd Daud

Afiqa cuba memerhatikan lelaki di sebalik kaca mata hitamnya. Siapa dia Mendengar nama penuhnya meniti di bibir, terus tubuh Afiqa bagaikan mahu mengeras tibatiba.

Ya, saya! debarnya Afiqa ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Tanpa sempat Afiqa bersedia apa-apa tangannya dikejutkan dengan rentapan kecil supaya gadis itu mengikutinya. Afiqa terdorong ke hadapan, mengikuti setiap langkah lelaki itu.

Eh, apa ni Lepaslah! marah Afiqa.

Diam! Ikut aku!

Afiqa menumbuk-numbuk dada bidang lelaki itu. Tapi, tindakannya langsung tidak memberi kesan. Afiqa tidak cepat mengalah. Kakinya menendang lelaki itu pula. Dalam mereka bergelut, Afiqa tertarik rambut lelaki itu. Kedua-duanya tercengang. Spontan, genggaman tangan lelaki itu pada tangan Afiqa terlerai sendiri. Rambut yang melorot jatuh itu ke atas lantai diambil Afiqa. Rambut palsu

Afiqa mendongak pandang pada lelaki itu. Kumis nipis dan