Tika Cinta Berbisik - 6
Bab 5

NURUL terus pulang ke rumah selepas habis waktu pejabat. Selalunya, dia akan singgah ke warung Mak Gayah untuk mengambil bakul kuih yang diletakkan pagi tadi. Warung itulah menjadi rezeki tambahan bagi mereka dua beradik sejak kedua ibu bapa mereka meninggal dunia. Hari ini dia berasa terlalu letih dan terus pulang sahaja.

Biarlah. Nanti tahulah Mak Gayah nak sim-pan duitnya, fikir Nurul.

Nurul merapati Anis yang sedang menulis di meja kecil yang baru dibeli bulan lepas.

Anis dah mandi tegur Nurul.

Belum, kak.

Eh, dah pukul berapa ni Dah petang, nak masuk maghrib ni kan. Pergi mandi dulu.

Tapi.... Anis menundukkan kepala.

Kenapa ni, Anis Nurul mengusap-ngusap rambut Anis.

Anis takut kak, semalam Anis jatuh kat bilik air.

Nurul terkedu. Dia terus berasa cemas, Habis, Anis tak apa-apa Kenapa tak cakap pada akak semalam

Anis mengetap bibir. Menahan esak tangisnya.

Nurul menyelak baju Anis. Di pahanya, terdapat birat biru yang masih baru. Nurul berkata dengan menahan geram, Masya-Allah, sampai lebam macam ni pun Anis tak bagitahu akak. Kan akak boleh sapu minyak panas.

Anis takut akak marah. Lagi pun semalam kan akak balik lewat. Anis dah tidur.

Nurul menyesali sikapnya. Memang semalam dia balik agak lewat kerana menyiapkan tugasan yang perlu dihantar pagi tadi. Balik sahaja dari pejabat, dia terus tidur tanpa menjenguk Anis di biliknya.

Maafkan akak, dik. Sakit lagi tanya Nurul dengan penuh kesal.

Anis menganggukkan kepala.

Nurul berlari ke bilik mengambil minyak panas. Dia menyapu minyak itu perlahan-lahan di bahagian yang berbirat biru.

Nurul kemudiannya menyorong kerusi roda Anis ke bilik air. Hari itu, dia memandikan Anis dan membantu gadis kecil itu berpakaian.

Mulai esok, pagi-pagi sebelum akak pergi kerja, akak akan mandikan Anis. Nanti, dah petang tunggu akak balik baru akak mandikan. Anis jangan mandi sendiri lagi, okey

Anis hanya menganggukkan kepala. Dia kemudiannya menyambung kerja-kerja menulisnya. Nurul mengusap kepala adik kesayangannya itu dan menciumnya sebelum berlalu ke biliknya sendiri.

Nurul terduduk di birai katil sambil meraup wajahnya dengan telapak tangan. Sampai bilakah kehidupannya akan terus begini Dia tidak sanggup membiarkan Anis tinggal seorang diri di rumah lagi. Namun, apalah dayanya Hendak mengupah orang untuk menjaga Anis, dia tidak mampu. Berapa sangatlah gajinya yang masih tinggal setelah ditolak duit api air, makan minum dan sewa rumah. Separuh daripada gajinya telah disimpan awal-awal lagi untuk membiayai perubatan kaki Anis. Itulah impian Nurul. Dia mahu melihat Anis berjalan kembali.

Pukul 9.30 malam, Nurul mengarahkan Anis masuk ke kamar. Buku-buku