Arissa Daniel - 6
BAB 6

ARISSA menapak perlahan ke arah makmal yang tersergam besar di Serdang. Bangunan dua tingkat yang lengkap dengan peralatan makmal yang canggih itu memang cukup megah berdiri di kawasan yang agak besar di pinggir UPM.

Tak sangka aku dapat kerja kat sini. Peralatan semua lengkap. Lagi hebat dari makmal yang aku selalu guna masa kat UK dulu. Arissa senyum.

Hari ini dia perlu jumpa Syed Faizal tentang surat perlantikan itu. Syed Faizal yang memegang jawatan pengurus makmal merangkap Qaulity Manager di JN Biotech itu.

Cik Arissa, sila masuk ke bilik bos.

Arissa tersedar dari lamunan. Dia menapak mengikuti wanita tadi menuju ke sebuah bilik.

Ada Tan Sri cakap apa-apa tak

Arissa mendongak. Err..cakap apa Encik Syed Faizal

Awak ni..dari dulu lagi saya pesan jangan panggil saya encik. Panggil je Faizal. Maksud saya tadi, ada tak Tan Sri suruh awak kerja di bahagian mana

Err..tak rasanya. Dia hanya cakap..saya akan jadi ketua pegawai penyelidik saja.. Arissa menutur lembut.

Oh...sebab mana tahu bila dah naik pangkat ni, awak ditempatkan di bahagian admin sahaja dan tak perlu buat semua ujian tu.. Syed Faizal angguk-angguk.

Arissa senyum. Faham maksud Syed Faizal tadi.

Ada bawa surat perlantikan

Ni surat perlantikan saya. Arissa hulur surat yang diberi oleh Tan Sri Johari.

Syed Faizal melihat seketika dan dia mula mengukir senyum.

Awak memang layak untuk jawatan ni. Projek Bioremediasi tu pun dah berjaya dan sekarang ni Tan Sri cukup berpuas hati dengan hasil kerja awak. Puji Syed Faizal.

Tapi saya pun masih dalam proses belajar. Banyak lagi yang perlu saya belajar Faizal.Arissa merendah diri.

Syed Faizal mula menunjukkan peralatan makmal yang baru tiba kepada Arissa selama Arissa bercuti dua minggu.

Okey..saya rasa dengan adanya semua ni, awak akan lebih bersemangat untuk memajukan makmal ni. Syed Faizal senyum lagi. Dia