INSECURE - 6
[Zee]

Loceng menandakan waktu rehat sudah berbunyi lima minit yang lalu. Semua orang sudah keluar dari kelas. Cuma ada Vini yang sedang menulis di mejanya di barisan paling hadapan. Dan aku di barisan tengah sedang makan. Aku membawa bekal dari rumah. Bekal yang disiapkan mama.

Baru sahaja aku mahu menyuapkan nasi goreng ke mulut, pintu kelas yang tadinya tertutup terbuka dengan dentuman yang agak kuat. Aku terkejut, sehingga sudu terlepas dari tangan dan butirbutir nasi goreng bertaburan di atas mejaku.

Sam berdiri di depan pintu, merenungku tajam. Dia kemudian berjalan mendekatiku sambil bercekak pinggang. Jika renungan matanya itu diibaratkan seperti pedang, mungkin kepalaku sudah putus.

Apa soalku kebingungan.

Apa masalah kau dengan Cikgu Imari soalnya agak kasar.

Masalah apa Aku tak faham, jawabku.

Kenapa Cikgu Imari tak nak ambik kisah pasal kau lagi suara Sam mula meninggi. Sampai dia tak peduli pun cerita aku pasal kau diseksa Mama kau sendiri

Heh! Siapa yang menyeksa aku jeritku. Seluruh tubuhku menggigil menahan marah. Aku berdiri dan merenung matanya. Tak perlulah buat-buat sibuk hal aku. Jangan masuk campur!

Aku cuma nak tolong kau.

Tak perlu! Rahangku kuketap. Aku tak pernah mintak bantuan kau! Hari tu aku accident! Bukan diseksa! Jangan pandai-pandai buat cerita! ujarku separuh menjerit.

Eh, apa masalah korang ni sampuk Vini tiba-tiba.

DIAM!!!

Sam mengangkat tangannya dan menuding jari ke wajahku. Aku ini memang bodoh, Zee. Tapi aku sendiri nampak dengan mata kepala aku sendiri. Badan kau luka-luka. Mama kau tolak kau sampai jatuh tersungkur depan pintu. Dia pegang gunting macam nak bunuh kau. Rambut kau macam kena gunting sesuka hati. Aku memang bodoh, tapi mata aku, otak aku semua masih normal. Aku tau apa yang aku nampak!

DIAM! jeritku. Boleh diam tak

Tak boleh! balas Sam. Mesti kau pernah cakap sesuatu dekat Cikgu Imari sampai dia tak nak ambik peduli pasal kau lagi. Sekarang baik kau mintak maaf dekat dia! Lepas tu mungkin dia akan tolong kau keluar dari masalah kau ni!

Kau siapa nak arah-arah aku, hah

Aku Sam terdiam. Dia merenungku lama. Kemudian dia mengeluh berat. Okay, betul apa kau cakap. Aku memang bukan siapa-siapa untuk kau. Sepatutnya aku tak masuk campur urusan kau. Aku ni cuma orang bodoh, miskin, tak tau apa-apa.

Sam, aku..

Sam mengangkat tangannya. Cukup! Tak payah cakap apa-apa lagi Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sekeping kertas berlipat. Ni slip exam kau, katanya. Dan mulai esok, aku tak akan susahkan kau lagi. Kau boleh duduk sorang-sorang kat sini macam masa kau mula-mula masuk kelas ni dulu. Aku terdiam.

Aku pantang sangat kalau tau orang yang aku sayang, orang yang aku ambik berat pasal dia, kena pukul, kena caci atau diapaapakan. Kau mesti pernah dengar kisah aku belasah Theo sampai kaki dia tempang, kan Nafas Sam makin kencang. Kau mesti pernah dengar cerita aku tumbuk PK HEM sebab dia kata emak aku tak pandai didik anak. Aku berani pukul ayah aku sendiri kalau dia pukul emak dan kakakku. Sam mengeluh. Aku peduli, aku masuk campur, semuanyan sebab aku sayang. Aku cuba nak protect kau pun sebab alasan yang sama. Aku ingat kau ni lain dari yang lain. Tapi rupanya kau sama je dengan orang lain. Anggap aku budak nakal yang tak guna. Samaku Air mataku menitis.

Tak payah menangis depan aku. Aku paling benci orang nangis. Tiap-tiap hari aku tengok orang yang mata bengkak sebab menangis. Aku muak tengok orang menangis. Tak perlu buang air mata kau depan aku. Aku tak berminat!

Selepas menuturkan itu, Sam berpaling dan terus meninggalkanku. Selepas keluar, dia menghempas pintu kelas. Aku terhenyak di kerusiku sambil menahan tangis. Air mataku bercucuran. Seharusnya aku mengejar Sam dan meminta maaf darinya tetapi aku tak mampu melakukannya.

Vini datang dan duduk di sebelahku. Dia mendepangkan lengan, dan spontan aku memeluknya. Aku menangis di bahu Vini. Vini tidak berkata apa-apa, hanya mengusap belakang tubuhku sehingga akhirnya aku berhenti menangis sendiri.

Jangan ambik hati dengan kata-kata Sam tu, ujar Vini perlahan. Dia tengah emosi. Dia pun tengah ada masalah dengan ayahnya.

Aku yang sedang mengesat hidungku dengan tisu terhenti. Pandanganku terangkat. Maksud kau

Keluarga Sam tu bermasalah jugak. Ayah dia selalu pukul emak dengan kakaknya. Dulu masa Sam kecik-kecik, dia selalu dipukul jugak. Aku selalu sorokkan dia dalam rumah aku time ayah dia mengamuk. Tapi kebelakangan ni, dia dah makin berani lawan ayah dia. Dia nak protect emak