FIZIK-LAH! - 5
Jirim (matter) adalah apa-apa saja yang memenuhi ruang. Manusia adalah jirim kerana keperluan kita kepada ruang. Ciri lain bagi jirim ialah mempunyai berat. Sebarang objek yang memenuhi kriteria ini adalah jirim. Ini termasuklah atom-atom dan molekul.

Walaupun atom dan molekul tersangat halus, mereka mempunyai berat. Berat mereka tersangat kecil sehingga tak ada unit fizikal seperti gram dan kilogram yang boleh mengukur berat mereka. Namun mereka tetap mempunyai berat dan memenuhi ruang, justeru dikategorikan sebagai jirim.

Secara umum, jisim adalah kandungan jirim (matter) dalam objek ataupun jumlah atom-atom dalam badan. Jika kita menkalikan jisim dengan faktor graviti, maka kita dapatlah berat (weight).

Penting diketahui jisim tak bergantung kepada posisi objek dalam ruang. Ia tetap. Sama ada objek berada di bumi ataupun di bulan, nilai jisim tak sekali-kali berubah. Yang berubah hanyalah berat. Keduaduanya, berat dan jisim adalah berbeza walaupun berkait.