Apabila sakit itu perlahan-lahan mereda, kekaburan memudar. Berganti pula dengan arca yang berbayang-bayang, namun belum begitu jelas seingin otaknya mengenali persekitaran. Jiwa cekal itu tiba-tiba menggugah hiba apabila arca-arca getir dilambung ombak ganas, mencelah di benak separa sedar. Selamatkah mereka Semangat dalamannya mahukan mereka bebas daripada segala malapetaka dan bencana. Lantaran itu, dia harus cepat ingin mengetahui kedudukannya.
Semakin terang penglihatannya, semakin membingungkan. Wajahwajah yang berada di hadapan pandangan begitu asing dalam simpanan ingatannya. Apabila penglihatannya kembali pulih seperti sediakala, dia menyedari dia diselamatkan oleh orang-orang yang tidak dikenali. Namun, orang-orang itu bertutur dalam bahasa Ma yang difahaminya. Belum sempat dia bertanya, Pa Lu dan Ma Lu muncul di hadapan mata. Tangan lembut yang memegang bahunya ialah tangan yang pernah menggendongnya ketika kecil. Bau dan hangat ibu cepat dikenali kerana bertahun-tahun dia digendong di belakang ibu ketika menuai padi dan barli di Ilha Formosa. Lu Zon sungguh gembira mengetahui semua orang terselamat, termasuk kanak-kanak yang menyertai pelayaran ke pulau idaman. Akhimya dia diberitahu, kapal layarnya itu terdampar di pantai. Nasib baik ribut itu membawa kapalnya ke Pulau Lanyu. Pulau itu dihuni orang-orang Ma Lanyu. Mereka telah banyak menolong saudarasaudara mereka dari Gua Arku.
Di tengah-tengah kegembiraan itu, sepasang tangan mulus menghulurkan semangkuk bubur jagung yang masih panas. Bau bubur itu menusuk enak ke deria yang sedia menerima. Apabila Lu Zon memandang wajah penghulur, dia terpegun akan kejelitaan wanita Ma Lanyu itu. Sentuhan tangan yang meskipun sekejap, telah membuat dua hati saling menawan. Cinta pandang pertama lahir daripada jiwa yang suci. Jiwa suci itulah yang telah menjaga Lu Zon sejak dia ditemui tidak sedar diri di tepi pantai. Lu Zon diberitahu nama wanita itu sebagai Ma Teh.
Wanita mana pun kalau memandang Lu Zon akan terpikat. Bentuk badan yang sasa, wajah jantannya begitu ketara akibat terlalu lama dimamah mentari, rambutnya hitam pekat menjurai ke bahu, pandangan mata yang tajam dan berani, tatu kebesaran yang melakari tubuhnya, dadanya berisi daging kipas yang beralur-alur menyaluti tulang dada sehingga ke pangkal Iengan, Iengan-lengannya yang berotot pejal, otot-otot betis dan tangan-tangan yang kejap itu mampu menggenggam buruan besar dan mudah mengalahkannya. Itulah ciri-ciri yang dicari Ma Teh daripada seseorang lelaki.Semua ciri-ciri itu ada pada Lu Zon. Di mata Pengkhayal, pemilihan Ma Teh tidak lain daripada suatu seleksi seksual yang lumrah.
Ma Teh dan Lu Zon saling mengisi. Di mata Pengkhayal, mereka sama padan bagaikan pinang dibelah dua. Pengkhayal juga mendapati orang-orang Ma di Pulau Lanyu dan Ilha Formosa ialah pengunyah pinang sama seperti nenek moyang bangsa Pengkhayal. Ma Teh pula di mata Lu Zon seperti bidadari yang turun dari langit. Macam cerita-cerita dongeng yang disampaikan oleh tukang cerita penghibur lara. Kulit tangannya yang halus masih terasa-rasa di tangan Lu Zon. Kemiripan wajah Ma Teh dengan ibunya Ma Lu, mempererat daya tarikan yang sukar dinafikan. Dalam waktu yang singkat, ketara sekali keserasian antara mereka berdua di mata Pengkhayal dan mata penghuni Pulau Lanyu. Mungkinkah ribut itu ingin menemukan mereka tanya Pengkhayal. Teori People of the Wind seolah-olah berlaku di sini. Semuanya atas kekuatan khayalannya atau khayalannyalah yang menguasai peristiwa. Pengkhayal tidak dapat menjawab. Dibiarkan halusinasi itu menceriterakan segala-galanya tanpa suntingan minda sedamya.
Sementara itu Lu Zon semakin pulih, apalagi dengan kehadiran Ma Teh itu sendiri. Bagaikan cahaya yang menyinari dirinya, kekuatan dalaman bertambah dengan semangat untuk kembali membina kapal yang lebih kukuh. Itulah yang diceritakan Lu Zon pada Ma Teh. Pengkhayal turut berbangga dengan keinginan bersungguh-sungguh untuk maju walaupun sedikit banyak, Lu Zon ingin memberitahu orang-orang Ma Lanyu bahawa dia seorang pembina kapal layar yang boleh membawa mereka mengharungi lautan luas ke pulau idaman. Pengkhayal boleh berbangga dengan nenek moyang silamnya yang mampu membina kapal layar, ketika bangsa-bangsa di benua Iain telah membangunkan monumen kekal dan tamadun canggih. Tamadun-tamadun itu telah menemukan logam-logam keras dan logam-logam berharga. Globalisasi sudah wujud pada zaman kuno. Globalisasi kuno membawa pengetahuan pandai logam ke segenap penjuru dunia melalui karavan keldai dan unta. Dan, kemudian melalui jalan laut, globalisasi ala kuno memungkinkan nenek moyang bangsa Pengkhayal mengharungi Lautan Teduh sejauh Pulau Easter membawa logam gangsa dan besi Ialu mengukir gua-gua dengan lakaran grafik daripada perkataan keramat itu. Sumpahan keramat itu sentiasa menempik di pendengaran Pengkhayal apabila serpihan batu gua itu termasuk ke mata pengukir. Gemanya bergetar di segenap penjuru. Aura itu masih terasa segar. Ingatan itu kekal tercetak di benaknya ketika Pengkhayal mengunjungi pulau itu semasa cuti semester universitinya di Manoa.
Di universiti, Pengkhayal selalu mempertikaikan mengapa hanya batu menjadi rujukan. Pengkhayal hairan mengapa tidak pernah disebut Zaman Kayu, ketika kayu mendominasi kehidupan. Biarpun manusia menggunakan peralatan batu pada Zaman Neolit, tamadun kayu sudah bermula pada Zaman Paleolit dan Mesolit. Mengapakah sumbangan kayu dan tamadunnya tidak mendapat pengiktirafan kalangan ahli arkeologi tanya Pengkhayal. Keadaan tersebut amat menyedihkan Pengkhayal. Dia menjadi sensitif dan sayu terhadap ketidakadilan intelektual di dunia akademia. Hanya kerana kayu tidak mendapat pengiktirafan selayaknya, dia menjadi sebal. Dalam mindanya dia mahu Zaman Kayu ikut diiktiraf sebagaimana ais, batu, gangsa dan besi memiliki zaman masing-masing. Pengkhayal mampu melihat sumbangan besar kayu terhadap peradaban manusia. Apalagi perkataan kayu ialah perkataan asli bahasa Pengkhayal. Kayu-kayu itu datang dari hutan belantara yang mula diterokai apabila manusia mulai meninggalkan gua-gua untuk memulakan revolusi pertanian. Orang-orang Ma telah lama meninggalkan gua-gua sebagai penempatan. Gua hanya dijadikan makam keramat untuk semangat nenek moyang yang telah mati. Dengan kapak batu yang lebih tajam seperti yang terdapat pada Zaman Batu Baru, orang-orang Ma meneroka hutan untuk kegiatan pertanian dan pentemakan. Pengkhayal lebih mengagumi orang-orang Ma itu daripada orang-orang Han Gao kerana Pengkhayal menganggap bangsa yang mampu membangunkan revolusi pertanian dan penternakan ialah bangsa yang lebih bertamadun dan memiliki budaya peradaban yang lebih tinggi. Bangsa pemburu sentiasa memilih keganasan walaupun dalam usaha mencari makanan. Bermula dengan lontaran-lontaran batu ke arah haiwan buruan, berganti dengan tombak batu, anakanak panah, mereka bukan sahaja pemburu haiwan, bahkan juga pemburu manusia. Mengganas dan membunuh manusia sebangsa dengan mereka menjadi kebiasaan. Apalagi manusia di luar sukusakat mereka. Sebab itu orang-orang Han bertindak kejam Iagi ganas. Mereka tidak henti-henti mengusir orang-orang Ma sama ada di Dataran Besar dan Dataran Naga mahupun di tanah subur mereka di Ilha Formosa. Mungkin kerana warna kulit orang-orang Ma yang agak gelap. Orang-orang Han menjuluki mereka sebagai Orang-orang Hitam. Akibat keganasan terhadap orang-orang Ma, terpaksalah orang-orang Ma mengungsi ke pantai santuari, berdekatan Gua Arku. Pengkhayal menaruh simpati terhadap perjuangan orang-orang Ma yang tidak jemu-jemu mencari bumi dan pulau impian agar mereka tidak lagi diganggu suku-sakat orang Han. Justeru, seingat Pengkhayal, Lu Zon dan Lu Ji diamanahkan untuk menjelajah ke selatan unfuk mencari tanah pertanian yang baru. Pulau impian yang menjanjikan suasana tenteram, sentosa, aman dan damai. Tetapi sayangnya, Lu Ji tidak kembali. Hanya Lu Zon meneruskan perjuangan.
Orang-orang Ma di Pulau Lanyu menurut pemerhatian Pengkhayal lebih maju daripada orang-orang Ma di Ilha Formosa. Memang benar orang-orang Ma Lai Wu ialah orang pelarian. Dalam pelarian itu, mereka tidak berupaya membawa bersama-sama tamadun mereka kerana nyawa dan keselamatan mereka jauh lebih penting.
Buat sementara waktu, tamadun mereka terpaksa ditinggalkan di tanah air mereka yang telah ditakluki. Mereka tidak dapat bercucuk tanam dan mentemak haiwan di pantai Gua Arku yang terhad keluasan tanahnya. Lantaran itu, mereka tampaknya seakan-akan mundur, masih menggunakan peralatan batu. Sedangkan orangorang Ma Lanyu sudah menggunakan logam gangsa menggantikan peralatan-peralatan batu. Menurut orang-orang Ma Lanyu, mereka memperoleh peralatan gangsa daripada orang-orang Ma dan Utsul di Pulau Hainan. Orang-orang Ma Lanyu mahir menjahit. Bukan sekadar menggunakan jarum gangsa untuk menjahit, mereka memiliki alat pemintal bulu untuk membuat benang. Benangbenang itu ditenun untuk membuat pakaian yang bercorak-corak. Mereka sudah pandai mewarnakan dengan pigmen berwarna daripada tumbuh-tumbuhan hutan. Alat-alat tenun pula dibeli daripada pedagang-pedagang Utsul. Mereka datang dengan perahu layar untuk membawa barang dagangan lalu menukarkannya dengan kulit-kulit binatang, buah pinang dan hasilan buah nyiur, Orang-orang Ma Lanyu sangat berminat dengan barang-borang logam dari Pulau Hainan. Pengkhayal nampak dalam halusinasinya, bapa Ma Teh, Pa Lang menghadiahkan sebilah parang gangsa di majlis perkahwinan antara Lu Zon dengan Ma Teh. Pada upacara yang sama, Ma We berkahwin dengan Ta Galog.
Meriah sekali upacara perkahwinan itu. Beberapa ekor babi hutan dipanggang merah. Semua orang memakai pakaian tradisional adat orang-orang Ma. Rakyat biasa menggunakan pakaian adat yang merupakan sulaman daun nyiur. Pokok nyiur banyak sekali di Pulau Lanyu. Pengkhayal mendapati perkataan nyiur adalah juga perkataan purba bangsa Pengkhayal yang mengembara ke seluruh Nusantara dan Kepulauan Lautan Teduh, termasuk di Manoa, tempat dia mendalami ilmu filologi.
Pakaian adat orang biasa diperbuat daripada kain belacu dengan hiasan anyaman daun nyiur. Daun hijau berselang-seling dengan bilah daun nyiur yang muda. Cantik dan rapi sekali anyamannya. Manakala, orang-orang berada dan pembesar Ma Lanyu memakai sulaman-sulaman kain yang dibeli daripada pedagang-pedagang Utsul. Ketua suku, pawang-pawang dan pembesar-pembesar memakai hiasan bulubulu burung. Ada bulu-bulu burung yang disusun menyerupai sayap, menghiasi megah kepala mereka. Pemuda-pemuda Ma berambut panjang hingga menjilat bahu. Semua pelaut Ma mengenakan tanjak yang melilit kepala. Mereka menari sepanjang malam dengan minuman yang mengkhayalkan jiwa raga ke alarm semangat nenek moyang mereka.
Lu Zon berjaya meyakinkan orang-orang Ma Lanyu untuk membantunya membina kapal dengan kapak dan peralatan gangsa yang dimiliki mereka. Tukang-tukang kayu Ma Lanyu juga sama mahir dengan kerja-kerja pembinaan perahu dan kapal. Mereka juga berkongsi cerita-cerita penghijrahan ke selatan seperti yang termaktub dalam cerita-cerita dongeng yang menghiburkan mereka dari sejak kecil. Lu Zon pula begitu teruja dengan pulau impiannya itusehingga orang-orang Ma Lanyu memanggil pulau itusebagai Pulau Luzon. Lu Zon juga memberitahu mereka mengenai Gua Musang di pulau impian itu. Terdapat banyak sekali musang dan lain-lain binatang buruan di sekitar gua tersebut. Hutan Pulau Lanyu tidaklah luas. Penduduk di pulau itu bertambah ramai. Binatang buruan semakin sukar diperoleh. Jadi, gagasan mencari tanah penempatan baru ialah suatu ajakan yang menggoda setiap minda pemuda-pemuda Ma Lanyu. Mereka sentiasa dibuai ceritacerita pelayaran ke laut selatan untuk berhijrah ke pulau impian.
Ramai orang Ma Lanyu turut membantu Lu Zon. Mereka bersamasama orang-orang Ma dari Ilha Formosa masuk hutan mencari bahan kayu untuk pembinaan semula kapal layar yang masih terdampar di pantai. Malah, orang-orang Ma pendatang itu diterima baik dan dianggap sama seperti orang-orang Ma Lanyu. Bahasa mereka sama, budaya mereka hampir serupa, paras rupa juga sukar dibezakan, maka dalam beberapa purnama sahaja terdapat banyak perkahwinan antara orang-orang Ma Ilha Formosa dengan orangorang Ma Lanyu seperti yang dialami oleh Lu Zon dan Ma Teh. Kawan-kawan Ma We, Ma Cun dan Ma Run pun mengikat tali perkahwinan dengan pemuda-pemuda Ma Lanyu.
Dalam kalangan orang Ma di Pulau Lanyu itu, ada seorang pawang angin. Namanya Pa Ngin. Dia mahir mengenai hal ehwal angin. Pengetahuan dan kemahiran mengenai angin sukar ditandingi. Lu Zon telah berguru pada pawang angin di pantai Gua Arku, dan tentunya daripada bapanya Pa Lu, tetapi tidak sehebat Pa Ngin. Pengetahuan Pa Ngin sungguh hebat melampaui deria biasa. Malah, dia mampu merasa arah dan kekuatan angin dengan hanya berdiri dengan kedua-dua tangan mendepa jauh. Dia akan menjilat kesepuluh jarinya dengan Iidah. Dengan gerakan jari-jemari yang halus dalam tarian semangat angin, Pa Ngin mampu memberitahu secara rinci dari mana datangnya angin. Dengan tepat, dia mengesan sama ada angin itu datang dari selatan atau utara. Tarian semangat angin itu memungkinkan dia membezakan kepala angin dari selatan atau tenggara. Pa Ngin menggunakan bulu burung, arah lambaian daun di pokok-pokok, arah gugurnya daun-daun tua yang kering, bentuk awan, malah Pa Ngin menghafal bentuk-bentuk awan dari pagi hingga senja. Lu Zon berbaik-baik dengannya. Lu Zon berhasrat memujuk Pa Ngin mengikuti pelayarannya ke pulau impian. Walaupun Pa Ngin tidak memberikan jawapan segera yang jelas, tetapi dia berjanji akan berbincang dengan isterinya dulu sebelum membuat keputusan. Lambat laun, Lu Zon pun terpaksa menerima julukan pulau impiannya sebagai Pulau Luzon. Semua orangorang Ma menyukai nama itu. Lu Zon tidak pula keberatan. Ta Galog pun memanggil pulau itu Pulau Luzon kerana dia sendiri tidak tahu apakah nama sebenamya pulau itu. Malah. dia tidak pasti tempat kelahirannya itu sebuah pulau atau tidak. Ta Galog mengakui dia tidak pernah mengitari pantainya untuk mengesahkan ia sebuah pulau.
Dalam setiap pertemuan, Lu Zon selalu bertanya hal ehwal angin pada Pa Ngin. Pa Ngin tidak lokek ilmu. Dia memberitahu tentang kesilapan-kesilapan Lu Zon dalam pelayaran yang lalu. Menurut Pa Ngin, kapal layar Lu Zon meninggalkan llha Formosa terlalu awal. Angin dari utara yang dingin dan kering itu belum bermula. Kapal layar Lu Zon bertembung dengan ekor angin selatan yang menuju ke utara. Ekor angin selatan membawa hujan lebat dengan iringan ribut taufan yang menggelorakan gelombang taut. Lu Zon memahami apa yang dimaksudkan Pa Ngin. Dia sendiri menyedari tentang musim-musim angin. Dia sepatutnya menunggu isyarat kepala angin. Kepala angin dari utara menuju selatan mempunyai ciri-ciri dingin dan kering yang berbeza dan lembap dari selatan menuju ke utara mengakuri kehebatan Pa Ngin dengan menilai ciri-ciri angin sakannya, tetapi tidak mampu bih tepat. Penjelajahan sulung mengajarnya tentang kewujudan dua itu. Itulah yang diceritakan dalam centa orang-orang Ma. Menurut Pengkhayal, yang bergelar dongeng diterima benaran pada zaman lampau. Hanya pada kemudian zaman, cerita-cerita itu dianggap dongeng.
Dengan mendalami ilmu mengenai pada Pa Ngin, Lu Zon menjadi lebih arif daripada dahulu. Dia akan kembali mengharungi lautan yang sama dengan bekalan ilmu dan yang lebih. Lu Zon yakin dia dapat pulang semula ke Ilha Formosa apabila memilih masa untuk pelayaran balik. Mungkin dia tidak sabar-sabar menunggu kedatangan angin dari sebelah utara. Pa Ngin juga memberitahu bahawa angin menuju ke selatan mempunyai dua kepala. Satu kepala angin menghala ke arah terbitnya matahari. Ia akan membawa perahu dan kapal layar ke arah laut yang digelar Lautan Teduh. Kepala angin ini dapat muncul meniup dengan garang. Namun secara tiba-tiba sahaja menjadi perlahan dan kemudian mati. Laut menjadi tenang dan anginnya tidak membawa pelayar ke manamana. Jika bekalan makanan dan air tidak mencukupi, pelayarpelayar akan mati kebuluran dan kekeringan air. Lu Zon difahamkan oleh Pa Ngin, dia harus mengemudikan kapal layamya ke arah matahari terbenam. Kalau tidak, kepala angin dari utara menuju selatan mungkin memesongkan ke arah Lautan Teduh yang tidak berangin itu. Dengan kepala angin yang satu lagi, anginnya kencang dan arah tiupan mudah dibaca. Jika layar dan kemudi dikendalikan dengan tepat, destinasi pulau impian menjadi kenyataan.
Pada kesempatan Iain, Lu Zon berguru dengan pawang langit. Dia belajar mengenai bintang-bintang yang memberitahu arah belayar pada waktu malam. Memang Lu Zon diajar oleh bapanya Pa Lu mengenai bintang-bintang rujukan untuk pelayaran malam hari. Tetapi, dia masih ingin mendalami ilmu bintang-bintang malam daripada Pa Ngit, pawang langit dari Pulau Lanyu. Banyak yang dia pelajari daripada Pa Ngit. Apa yang telah diketahui, baik daripada Pa Lu atau daripada pengalaman peribadinya digabung dengan ajaran Pa Ngit menjadi satu badan ilmu yang bertakhta di benaknya. Pada setiap kesempatan, dia mengamalkan ilmu bintang-bintang malam. Dia menjadi perajin yang mengamati langit dan bintangbintang. Kadang-kadang Ma Teh menemaninya. Mereka berbaring di tepi pantai, mengimbas langit yang Iuas terbentang. Lu Zon akan menunjukkan bintang-bintang yang berkerdipan, yang bakal membawa mereka ke pulau impian. Menjauhi segala keramaian, di pantai itulah mereka memadu kasih dalam gulatan sanggama dengan disaksikan segala bintang di cakerawala, Kadang-kadang ada malam yang mereka terserempak dengan Ta Galog dan Ma We. Esok malamnya, mereka mencari tempat yang lebih sunyi lagi dan berbaring menghitung bintang di langit telanjang sepolos tubuh mereka. Mata tajam Lu Zon kerap merenung langit, dia senantiasa mencari bintang selatan yang berkelip-kelip sambil menggamitnya.
Tiada malam yang tidak menjadi siang, dan tiada siang yang tidak berakhir malam. Hari-hari berlalu, bulan baru berganti-gantian, perut Ma Teh membusung lima pumama. Ikut membusung ialah perut Ma We. Kapal layar yang dibina Lu Zon hampir siap. Malah mereka, Lu Zon dan orang-orang Ma Lanyu, membina sebuah lagi kapal layar. Kedatangan perahu layar dari Pulau Hainan memungkinkan Lu Zon mempelajari bingkai layarya. Seorang pedagang Utsul dari Pulau Hainan memberikan tunjuk ajar mengenai rincian yang perlu dibuat terhadap kapal layar. Pengkhayal melihat adanya pemindahan teknologi pertukangan kapal dalam memperhalus reka bentuk layar dan pemantapan kemudi. Kemahiran bangsa Pengkhayal membina kapal dan bahtera di Pulau Duyong, rupa-rupanya mempunyai sejarah silam yang berakar umbi ribuan tahun di Ilha Formosa dan di Pulau Lanyu. Apabila Pengkhayal mengamati rumah-rumah yang dibina di Pulau Lanyu hampir serupa dengan rumah-rumah orang kebanyakan di kampung-kampung tanah kelahirannya pada awal abad yang lalu. Rumah-rumah di Pulau Lanyu bertiang rendah, mempunyai beranda, tingkap dan tangga. Pengkhayal dan rakannya pernah ke Pulau Lanyu, Pulau Anggerik yang indah dengan pelbagai kembangan pada musim bunga. Berjalan di belukar hutannya pada musim bunga merupakan nikmat pembauan yang tidak terucap. Wangian bunga-bunga mengharumkan udara segar laksana berada dalam kilang minyak wangi semula jadi. Bau harum yang menusuk kalbu dihiasi pula dengan pelbagai warna kembangan yang terang dan riang pada musim bunga. Sayangnya, wangian dan keindahan taman bunga semula jadi di Pulau Lanyu dicemari bahan-bahan beracun. Mereka pergi ke pulau itu meninjau kegiatan pembuangan sisa-sisa toksik dan nuklear. Menyertai World Environmental Watch Group, mereka mengumpulkan fakta dengan menyamar sebagai pelancong. Betapa Pengkhayal melihat orang asli Pulau Lanyu mempunyai biometrik, ciri-ciri antropologi dan warna kulit yang sama dengan bangsanya yang bermastautin di pesisir pantai timur. Cara mengikat tanjak dan Iilitan tidak ubah nelayan Terengganu yang turun ke laut.
Pengkhayal berasa yakin dengan apa yang tampak dalam mindanya. Keyakinan itu dikukuhkan dengan pengalamannya sendiri ketika mengunjungi Pulau Lanyu sekali gus menjalani penelitian. Pengkhayal mendapati bahawa orang-orang asli di Pulau Lanyu mahupun di Ilha Formosa ialah nenek moyang bangsa Pengkhayal yang belayar merentas lautan luas. Berpindah-randah dari pulau ke pulau di seluruh Nusantara hingga Pulau Easter di Lautan Teduh, dan ke Madagaskar di hujung Lautan Hindia, membawa bersama benihbenih bahasa yang berkembang menjadi bahasa Malayonesia yang majmuk sifatnya. Perkataan keramat yang kerap bergema di halwa pendengaran Pengkhayal, dibawa bersama-sama menyeberangi selat, laut dan lautan sebagai tanda dan simbol kesatuan asal usul. Kekal menjadi sumpahan agung di setiap pulau sebesar-besamya Kalimantan dan sekecil-kecilnya Pulau Easter di Lautan Teduh. Malah, di Pulau Easter diabadikan dalam bentuk grafik di dinding gua.
Di Pulau Lanyu, Pengkhayal begitu yakin bahawa apa yang tertera di mindanya ialah nenek moyang purbanya. Apalagi apabila melihat wanita-wanita Ma Lanyu mengunyah biji pinang. Bukan sahaja di Pulau Lanyu. Wanita-wanita Ma di llha Formosa juga bermulut merah kerana mereka juga pengunyah pinang. AmaIan mengunyah pinang sering dikaitkan dengan bangsa Pengkhayal. Sebab itu orangorang Utsul di Hainan membeli biji-biji pinang dari Pulau Lanyu sebagai barang dagangan sampingan. Malah, kaum lelaki Ma pun suka mengunyah biji pinang untuk menguatkan gigi. Orang-orang Utsul itu pula memperkenalkannya pada orang-orang Khemer dan Campa.
Apabila Pa Ngin dan Pa Ngit memberitahu Lu Zon telah tiba masa untuk belayar, Ma Teh dan Ma We sudah enam bulan mengandung. lbu Ma Teh, Ma Dah cuba melarang. Tunggu sehingga Ma Teh melahirkan anaknya. Nasihat Ma Dah pada Lu Zon setelah pujukannya terhadap Ma Teh dibalas dengan diam sambil matanya melirik ke arah Lu Zon. Apabila Lu Zon tidak juga menjawab, Ma Teh merayu pada ibunya agar merestui. Kerana cintanya pada Lu Zon, Ma Teh sanggup berbuat apa saja. Pengkhayal terkenang akan pepatah budayanya, buang emak buang saudara, kerana kekasih aku turutkan. Betapa realisasi pepatah itu digunakan Pengkhayal untuk menjustifikasikan kesanggupan Ma Teh meninggalkan emak dan saudara demi kekasih dan suaminya. Ketegangan adegan itu diredakan dengan ungkapan Ma Lu yang meyakini Ma Dah, dia akan menjaga Ma Teh seperti Ma We, anak perempuannya sendiri.
Dua buah kapal layar telah siap dibina orang-orang Ma. Penerimaan total orang-orang Ma Lanyu terhadap orang-orang Ma pendatang, baik dari Ilha Formosa mahupun dari Pulau Hainan memperlihatkan sifat-sifat orang Ma Lanyu yang toleran dan akomodatif. Kemahiran orang-orang Ma memahat kayu memang terpuji di mata Pengkhayal. Baik untuk membina kapal atau kemudiannya untuk mengukir hulu dan sarung parang. Sifat-sifat ini begitu ketara pada Lu Zon.
Bagaimana Lu Zon menerima kebiasaan dan kaedah orang-orang Ma Lanyu membina orang-orang Ma sudah memperagakan sifat-sifat yang membenih bangsa yang menginginkan kemajuan. Lu Zon tidak keberatan tentang rombakan terhadap reka bentuk kapal kedua yang menggunakan dua puluh sembilan bahagian kayu, dibandingkan dua puluh empat keping kayu seperti yang beliau bina. Kapalnya sendiri dibaiki dalam bentuk dan hiasan asal. Keakraban antara Ma asli dengan Ma pendatang terjalin kerana keserasian dalam banyak segi. Lu Zon dan orang-orang Ma ialah orang-orang berjiwa besar yang mudah menerima perubahan. Keinginan merantau menuju selatan merupakan cita-cita bersama yang tersingkap dalam mitos silam, terulang setiap malam daripada Iidah tukang cerita, Lantaran itu, misi pelayaran mencari pulau impian menjadi agenda bersama. Dan, dengan mudah sebutan pulau impian bertukar menjadi Pulau Luzon.
Kedua-dua buah kapal layar itu meninggalkan Pulau Lanyu selepas upacara memanggil semangat dilakukan oleh pawang roh. Dengan Pa Ngin menemani Lu Zon di kapal layamya dan Ta Galog menjadi nakhoda di kapal layar baru yang dibina di Pulau Lanyu. Dia dibantu oleh Pa Ngit yang mengendali kemudi. Angin cukup kencang untuk mengembangkan layar berkembar yang diperkukuh dengan rautan buluh-buluh pipih yang merentang sepanjang layar. Pengkhayal melihat bagaimana orang-orang Ma cepat menyerap teknologi luar daripada orang-orang Utsul dari Pulau Hainan. Begitu juga orang-orang Utsul Hainan yang meniru kepakaran orang-orang Han membina kapal layar. Sifat menerima perubahan melalui peniruan merupakan perbuatan terpuji di mata Pengkhayal. Tidak peduli yang ditiru ialah teknologi primitif ataupun madya, sekalipun meniru kata-kata asing itu tidak menjatuhkan martabat sesuatu bahasa. Pengkhayal melihat bagaimana perkataan luan kapal diserap menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata dalam leksikon mereka. Terbitannya haluan diterima dan diserap tanpa sebarang penolakan. Sejak meninggalkan Dataran Besar, orang-orang Ma terus kekal menjadi manusia pesisir yang mudah menerima perubahan. Hanya perubahan-perubahan yang membina saja diterima dalam korpus bahasa dan budaya orangorang Ma. Sejak sekian lama mereka menolak sinonisasi secara menyeluruh biarpun di Ilha Formosa dan Pulau Lanyu pada zaman moden. Meskipun usaha sinonisasi gigih dilaksanakan dari satu dinasti ke dinasti yang lain, orang-orang Ma kukuh dan kekal dengan korpus bahasanya meskipun dihimpit dari segala penjuru. Sebab itu pelayaran ke Pulau Luzon itu penting di mata Pengkhayal kerana ia merupakan detik bersejarah yang bakal mendedahkan orang-orang Ma Lanyu kepada proses-proses perubahan di luar kuasa orang-orang Han. Pelayaran bersejarah itu sangat bermakna bagi Pengkhayal, bagaimana orang-orang Ma Lanyu itu berubah daripada pelaut yang membina kapal layar; menjadi pembina menara berkembar tertinggi di dunia. Daripada pembina kapal ke pembina monumen, orang-orang Ma Lanyu melalui pelbagai proses transformasi daripada suatu etnik kecil kepada suatu bangsa bermartabat, bermaruah dan berdaulat. Daripada animisme kepada hindunisasi, sanskritinisasi, arabisasi atau islamisasi dan penjawian, feringinisasi holandianisasi, hispanisasi, perumian, dan akhimya anglonisasi. Lahirlah satu bangsa dan bahasa yang matang setelah melalui ribuan tahun pembentukannya. Pletora genetik bangsa yang pelbagai itu menyumbang kekayaan korpus bahasa Pengkhayal yang mulai diragui oleh kalangan yang taasub terhadap kuasa dan pengaruh bahasa dunia pada bumi kini yang adipolar. Bagaimana kata-kata disaring dan dipilih untuk menjadi bahagian daripada korpus bahasa yang memungkinkan bahasa Pengkhayal menjadi matang, unggul dan berima yang sesuai untuk berpantun, bersyair gurindam seloka dalam tambo, talibun, babad dan hikayat. Pengkhayal mengenang betapa gigihnya nenek moyang bangsa Pengkhayal yang menolak sinonisasi dan berjaya teguh mengekalkan ciri-ciri budaya dan bahasa meskipun ditekan melalui paksaan ganas dan lembut. Bagi Pengkhayal, pelayaran bersejarah itu ialah langkah sulung ke arah mentransformasikan suatu etnik kecil kepada sebuah bangsa besar dan berdaulat.
Angin utara dari pedalaman benua meniupkan bayu kejayaan ke layar yang berkembang megah. Kedua-dua kapal layar itu mengharungi Selat Bashi yang tidak lagi bergelora. Pa Ngin terus menari dengan tangan-tangan mendepa bagaikan kibasan sayap burung yang terbang di angkasa. Tidak lama kemudiannya, tampak di langit cerah, sekawan burung bangau terbang tinggi ke arah selatan seolah-olah mengiringi pelayaran penghijrahan etnik asli bangsa Pengkhayal. Pada siang hari, kapal layar Lu Zon mendahului kerana tarian ngajat Pa Ngin yang memberitahu pelaut-pelaut Ma Lanyu bagaimana menambat kedudukan layar sesuai dengan arah tiupan angin yang juga membantu burung-burung penghijrah merentas benua dan lautan. Kapal layar yang dinakhodai Ta Galog mengekori dari belakang. Tetapi, apabila senjakala menjelma tiba, Lu Zon memperlahankan kapalnya dengan menyelaraskan layar agar tidak menentang angin. Dengan kemahiran Pa Ngit membaca langit, kapal layar Ta Galog pula mendahului. Ketika kelam langit dihiasi kerdipan bintang-bintang yang bertaburan, Pa Ngit mencari bintang selatan yang kadang-kadang tersembunyi di balik awan. Kehebatannya hanya dikagumi setelah gemilang cahaya fajar muncul. Ditemani bintang kejora di ufuk timur, sang mentari terbit kemudiannya untuk menampakkan salah satu pulau singgahan dalam pelayaran menuju ke pulau impian. Pulau singgahan itu dikenali Ta Galog sebagai Pulau Bataan. Satu hari satu malam mereka belayar sebagai peneroka lautan yang ingin mencari tanah pertanian di pulau impian. Pulau Bataan hanya pulau singgahan. Sebahagian muatan kapal ialah barang dagangan yang boleh ditukar dengan barang keperluan yang Iain. Bataan terkenal dalam kalangan penghijrah terdahulu sebagai pulau buah-buahan seperti pisang dan mangga. Sedangkan Pulau Lanyu dikenali dalam rumpun Malayonesia sebagai pulau bunga-bungaan, terutamanya bunga anggerik. Gelang dan kalung daripada biji-biji pinang yang dikilatkan menjadi kegemaran orang-orang Bataan. Ta Galog pula ingin menemui saudaranya bernama Maranau, yang ditinggalkan di pulau itu. Ingin diajak saudaranya itu kembali ke Pulau Luzon. Di luar pantai Pulau Bataan, mereka menunggu air surut. Binaan kapal layar Ma Lanyu bagaikan ikan paus yang terdampar di laut cetek, kerangka kapal yang seimbang menghalang kapal itu terbalik meskipun air laut telah surut. Ta Galog tidak sabar-sabar ingin memperkenalkan minuman keras orang-orang Aeta di Pulau Bataan, bernama tuba kepada orang-orang Ma Lanyu. la lebih keras daripada tuak, minuman keras di Pulau Lanyu. Lebih menarik sekali di mata Pengkhayal apabila dia mendapati orang-orang Aeta di Pulau Bataan gemar memakan belacan. Mereka memanggilnya bagoong. Rupa bentuk mereka pula tidak ubah persis anak-anak muridnya bersuku Kensui ketika menjadi guru sandaran di sekolah yang dikendalikan oleh JHEOA.
Bagi Lu Zon, persinggahan di Pulau Bataan hanya sementara. Fikirannya tertumpu untuk membawa Ma Teh yang mengandung itu menyeberang Selat Balintang untuk singgah ke Pulau Babuyan. Sepanjang pelayaran kapal-kapal mereka diiringi sekawan ikan lumba-lumba yang rajin mengekori. Di langit cerah, burung-burung bangau penghijrah ikut terbang dibantu tiupan angin yang sama. Ukiran bangau di haluan kapal seolah-olah bermegah membelah lautan membawa semangat suci ke arah kebahagiaan. Dari Pulau Babuyan, kapal layar menyeberang terus ke selatan mengharungi Selat Babuyan untuk sampai ke pulau impian. Pulau Luzon.