DI.AR.TI - 5
OSMAN sudah tercegat di depan pintu bilik Dr Rusdani lima minit lebih awal dari masa temujanji. Dia tidak tahu sama ada Dr Rusdani ada di dalam bilik itu atau tidak. Ingin hatinya menyelesaikan hukuman itu secepat mungkin. Tetapi dia agak sedikit gusar sekiranya terlalu awal mengetuk pintu juga dianggap tidak dapat menepati waktu. Niat itu dimatikan begitu saja. Sambil meneliti kembali naskhah tugasannya, sekali sekala dia melepaskan pandangan pada jam tangan. Terfikir olehnya, apakah waktu yang dia pakai sama dengan jam Dr Rusdani. Awal-awal pagi lagi dia membetulkan jamnya sama dengan waktu RTM.

Tiga puluh saat sebelum 12:45 tengah hari, buku-buku jejarinya memukul pintu kayu cengal yang mengeluarkan bunyi ketukan yang padat. Suara yang terdengar dalam kesayupan membenarkan dia masuk. Seakan-akan penyelam tanpa oksigen, dia menarik nafas dalam sebelum membuka pintu itu. Ucapan selamatnya segera dibalas oleh Dr Rusdani, menandakan bahawa dia berada di dalam mood yang baik. Setelah mempersilakan duduk, Osman menempatkan punggungnya di salah satu kerusi berhadapan Dr Rusdani.

Bagaimana tanya Dr Rusdani pendek. Sudah siap tanyanya lagi.

Osman tidak menjawab tetapi membuat anggukan.

Sila bacakan tugasan awak, perintah Dr Rusdani.

Osman memeriksa lembaran naskhah yang ditulis dengan dakwat hitam. Dipastikan susunan makalah itu berurutan halamannya.

Jam adalah satu alat yang berharga

Tiada tajuk Mencelah Dr Rusdani apabila Osman memulakannya. Osman Cuma menggelengkan kepalanya. Sedikit kesal dengan teguran Dr Rusdani kerana dia menghabiskan masa berjam-jam lamanya membuat tugasan itu tanpa memikirkan tajuknya. Melihat Osman yang sedikit gelabah, Dr Rusdani meminta dia meneruskan bacaannya. Osman tidak meneruskan tetapi memulakan semula.

Jam adalah suatu alat yang amat berharga, dicipta oleh tamadun manusia untuk mencipta masa. Sebelum kita bincangkan mengenai jam pasir, jam pendulum dan jam spring, ada baiknya kita cuba mengklasifikasi bentuk-bentuk jam pada satu, jam tak mekanikal dan dua, jam mekanikal. Jadi, jam pasir digolongkan jam tak mekanikal atau jam natural, sedangkan jam pendulum dan jam spring adalah jam mekanikal yang dibezakan oleh tenaga yang menggerakkan jam-jam tersebut. Jam pendulum digerakkan oleh mekanik pendulum itu sendiri dan jam spring digerakkan oleh tenaga yang terpendam dalam spring.

Jam tak mekanikal atau jam natural. Selain jam pasir, termasuk golongan jam ini adalah jam matahari, jam air, jam lilin, jam gaharu dan jam minyak. Tidak pasti bila jam pasir dicipta. Jam itu amat popular di abad ke-16, diduga dicipta oleh paderi-paderi lebih awal dari kurun ke-15. Mereka memanggilnya sebagai sermon-glass atau gelas khutbah. Jam pasir ini dicipta untuk mengganti jam air yang tidak sesuai untuk digunakan semasa musim salji. Ia didapati dalam berbagai-bagai ukuran masa. Dari jam gelas yang berukuran dua minit lamanya untuk kegunaan di sekolah-sekolah dan di mahkamah-mahkamah. Jam pasir yang terbesar pernah dicipta manusia adalah yang dibuat oleh King Charlemagne yang dapat mengukur masa 12 jam. Keburukan jam pasir sama seperti dengan jam air iaitu terpaksa dialih setiap kali butiran pasir terakhir melalui penyempitan gelas itu.

Sebelum sempat Osman meneruskan, Dr Rusdani segera mencelah.

Boleh awak terangkan sedikit mengenai jam lilin dan jam-jam yang lain. Dr Rusdani menunjukkan kepuasan atas presentasi Osman.

Saya tidak masukkan huraian jam-jam lain dalam tulisan saya tetapi dari apa yang saya baca khususnya buku sejarah, jam lilin dicipta pada kurun pertama oleh King Alfred the Great untuk mengukur masa sepanjang hari dengan menggunakan enam lilin yang sama ukurannya. Lilin-lilin itu menyala secara bergiliran. Jam gaharu pula digunakan secara meluas di China, Korea dan Jepun. Tidak tahu siapa yang mencipta jam ini yang dikenal juga sebagai jam aromatik kerana selain berfungsi sebagai petanda waktu, ia juga mengharumkan rumah. Jam minyak sudah lama digunakan oleh peradaban India tetapi saya kurang pasti bagaimana bentuknya. Pada prinsipnya, minyak dalam bekas yang tetap isipadunya, dibakar dengan sumbu yang sentiasa sama saiznya.

Buku sejarah apa yang anda baca tanya Dr Rusdani.

Buku sejarah adik saya, Osman menambah kebohongannya.

Apakah namanya tanya Dr Rusdani penuh minat.

Tak pula saya perhatikan, doktor, jawabnya yakin.

Kalau anda bahagikan jam kepada mekanikal dan non-mekanikal, di mana nak diletakkan jam elektrik, jam elektronik yang menggunakan bateri, tenaga solar dan jam digital yang menggunakan mikrocip,

Pembahagian itu dibuat untuk memenuhi tugasan yang hanya membahas ketiga-tiga jam tadi, jawab osman menjelaskan.

Dr Rusdani kemudiannya meminta naskhah itu. Nampaknya dia berpuas hati. Sasaran hukuman mencapai matlamatnya. Dia tidak mahu masanya dibazirkan lagi. Naskhah itu dapat dibaca olehnya pada suatu masa yang sesuai. Dia teringat untuk bertanya sesuatu kepada Osman. Anda mendapat keputusan SPM yang membanggakan.

Mengapa tidak ke seberang laut melanjutkan pelajaran

Abah saya tidak benarkan, katanya berdalih. Sesungguhnya tidak mahu ke seberang laut kerana ingin bersama Zaleha, gadis kesayangannya.

Kenapa bapak awak tidak benarkan tanya Dr Rusdani musykil.

Dia bimbang tentang kejutan budaya.

Ah! Takkan urbanis macam awak akan menghadapi kejutan budaya. Kalau anda dari kampung, saya dapat terima. Kadang-kadang saya berasa orang Kuala Lumpur lebih kebaratan dari orang Barat.

Kejutan yang abah saya khuatirkan bukan dari budaya Barat tetapi budaya Timur Tengah. Kami telah kehilangan seorang abang.

Kehilangan yang bagaimana tanya Dr Rusdani.

Abang saya tidak menamatkan pengajian undang-undangnya di U.K. Dia menjadi pendakwah tabligh. Abah sungguh kecewa sebab itu tak ingin saya terjerumus di bidang dakwah.

Kebangkitan Islam perlu dilihat denga kaca mata yang luas, kelas Dr Rusdani seakan-akan membela pergerakan dakwah.

Tetapi kalau berdakwah sampai melupakan anak isteri, meninggal isteri yang sarat mengandung, berdakwah sehingga ke Pakistan yang tidak memerlukan khidmat beliau sedangkan di sekitar Kuala Lumpur ini masih banyak orang-orang bukan Islam yang belum diislamkan. Malah hutan-hutan belantara kita masih dipenuhi dengan penganut animisme, kata Osman dengan penuh bersemangat.

Dia sudah berumahtangga

Ya. Dari apa yang saya dengar. Bila dinasihatkan jangan meninggal anak isteri dan menumpukan perhatian kepada kebajikan keluarganya, dia mengatakan tuhan berada di sisi mereka. Segala keperluan akan disediakan oleh Allah sedangkan isterinya terpaksa mengharapkan sedekah jiran-jiran bila abang saya keluar negeri berdakwah. Dia macam tamakkan pahala seolah-olah ingin menmpah tempat di syurga tanpa menyedari yang dia mengabai tanggungjawab sebegai ketua keluarga.

Seperti yang saya katakan kebangkitan Islam memerlukan pengamatan yang seimbang. Sebenarnya manusia ini terdiri dari tiga unsur yang tidak mungkin dipisahkan iaitu jasad, jiwa dan roh. Jasad adalah badan-badan kita yang menampung jiwa dan roh. Jasad itu dapat dalam keadaan sihat atau sakit dari segi badaniah. Kalau sakit manusia mendapatkan rawatan dari doktor, tabib, homeopati atau singse untuk mengembalikan jasad itu ke keadaan normal. Begitu juga dengan jiwa. Dapat sihat dan sakit pula dari segi kejiwaan. Apabila sakit jiwa, kita mengunjungi psiakiatris, bomoh atau dukun dengan harapan mengembalikan ketidakseimbangan jiwa ke paras kewarasan yang dapat diterima. Demikian juga dengan roh. Ada roh yang diubati oleh ulama-ulama atau badan-badan rasmi Islam melalui penerangan dengan menggunakan unsur-unsur rohaniah juga. Seperti pesakit kita, kita perlu mengasihani mereka kerana mereka memerlukan rawatan kerohanian agar kembali kepada kerohanian yang sihat.

Penjelasan panjang lebar Dr Rusdani mempesonakan Osman. Suatu pandangan yang lain dari yang lain. Kebanyakan pendapat yang diminta mengenai abangnya Karim, selalu negatif. Sedikit sebanyak pendapat Dr Rusdani membuka fikiran. Abangnya perlu bantuan, bukan cemuhan. Melihat Osman yang kehabisan kata, Dr Rusdani menyambung semula.

Penyakit kerohanian memerlukan rawatan kepakaran yang tersendiri. Seorang ulama yang mahir dalam bidang kejiwaan merupakan tokoh yang paling sesuai untuk menangani penyakit kerohanian. Kelainan kerohanian membelenggu seseorang dari menggunakan akal sebagai fungsi otak dari komponen jasad. Ianya juga memadam rasa emosi dengan membelakangi sifat-sifat perimanusiaan dari komponen jiwa. Semua kesusahan yang dialami adalah suatu cubaan dari tuhan dan suatu pengorbanan untuk Ilahi. Pendeknya, dalam keadaan itu, komponen roh menguasai komponen-komponen lain sehingga ketiga-tiga kekuatan itu tidak lagi seimbang.

Jadi bagaimana dengan osteometri itu tanya Osman memindahkan topik perbincangan. Osman cuba menggunakan hubungan yang sedang pulih untuk meminta dia dibebaskan dari hukuman kedua.

Maksud sedara, bagaimana hendak mengerjakannya, Dr Rusdani menduga Osman cuba mempengaruhinya, cepat-cepat bangun dan mengambil beberapa alat pengukur dari kabinet di belakangnya.

Untuk apa ini doktor tanya Osman berpura-pura.

Ini kaliper, ini pita pengukur dan ini pembaris pengukur. Anda tahu di mana Stor Osteologi, bukan jawapannya bernada sarkastik yang diikuti dengan pertanyaan dengan nada yang serupa.

Di belakang Muzium Antropologi.

Ya, di sebelah makmal Dr Jalani.

Dr Rusdani mengeluarkan kertas bercetak dan menulis alat-alat tadi, namanya dan jumlahnya. Kemudian menghulurkan kertas itu sambil memusingkannya supaya Osman dapat menandatangani surat penyerahan barang-barang milik jabatan. Tangan Osman mencari-cari tempat yang hendak ditandatangani. Dr Rusdani menunjukkan tempat itu dengan ibu jari kanannya. Seolah-olah menerai suatu perjanjian lagaknya.

Stor itu tidak dikunci doktor tanya Osman.

Oh ya, hampir terlupa. Dr Rusdani membuka lacinya dan mengeluarkan seutas kunci. Dia menambah ,Anda bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dari stor. Jangan membawa sesiapa ke situ karana itu akan meningkatkan kejadian kehilangan tulang-tulang dari situ. Saya akan memberitahu penjaga muzium agar hanya menutup muzium pada jam enam petang. Jadi setiap hari dari jam lima ke enam petang, anda boleh mengukur tulang-tulang itu dan mencatatkan ukurannnya pada borang-borang yang telah saya berikan. Setaip kali anda bekerja di stor, sebaiknya anda menghubungi encik Rusli. Anda kenal dia bukan

Osman cuma mengangguk. Dia kenal encik Rusli sebagai penjaga muzium. Osman mengambil alat-alat itu dan dimasukkannya ke dalam beg yang diletakkan di atas lantai bersebelahan kerusi yang didudukinya. Osman terus berdiri. Gerakan itu menolak kerusi ke belakang sehingga terdengar bunyi geseran yang kuat. Mereka saling bertukar salam, menandakan pertemuan mereka sudah berakhir.

Bagi Dr Rusdani tampak kepuasan yang mendalam. Kepuasan kerana hukuman yang mengena sasarannya. Tidak diduganya, diam atau nakalnya Osman ada isinya. Memang Osman biasanya agak diam semasa sesi diseksi atau tutorial. Barangkali tidak suka menunjuk-nunjuk kehebatannya. Biar pun Osman telah menghilang dari pandangannya, fikirannya bertanya-tanya, berapa banyakkah lagi mahasiswa semacam Osman