Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya, yang sejak saya kecil selalu mengatakan bahawa semua lukisan saya setara dengan karya Picasso. Dan setiap kali saya dalam kesukaran, ibu selalu berkata, Jodi, kamu pasti boleh mengatasinya, jangan khuatir. Ayat itulah yang selalu terngiang-ngiang di benak saya hingga akhirnya saya yakin dan mampu untuk menjadi seorang seniman sehebat Picasso.
Terbayangkah apa yang terjadi jika yang diucapkan ibunya seperti ini, Jodi, jangan ganggu pekerjaan ibu lagi dengan lukisan-lukisan burukmu itu. Sudahlah Jodi, kamu tidak akan mampu untuk menjadi seniman. Cepat selesaikan kerja sekolahmu sebelum ibu berubah fikiran.
Kalimat negatif seperti ini akan meninggalkan kesan dan luka yang lama pada diri seorang anak, boleh jadi malah kalimat tersebut akan terbawa-bawa dalam benaknya sepanjang hidup. Bahkan, dalam beberapa kes didapati bahawa pengaruh kata-kata lebih menghancurkan hidup seorang anak daripada kekerasan fizikal.
Kata-kata yang kita ucapkan kepada anak membawa pengaruh besar dalam hidupnya kerana tiap kata atau kalimat yang kita sampaikan sekaligus membawa pesanan tersirat tentang dirinya, berhubung dengan kemampuan dan ketidakmampuannya. Apabila si anak menyimpan pesanan itu dalam batinnya, maka pesanan itu lamakelamaan akan menjadi suatu keyakinan dan kenyataan atas setiap kegagalan yang dialaminya. Bahkan, sering kali kata negatif terserap di dalam minda bawah sedarnya yang tetap bekerja walaupun dia tidak menyedarinya.
Ketika melakukan kajian terhadap kekuatan kalimat positif, Douglas Bloch mewawancara dua kelompok iaitu orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang tinggal di penjara. Ternyata ada perbezaan besar sekali mengenai kata-kata yang dulu sering mereka dengar dari ibu bapa mereka.
Inilah kata-kata yang dulu sering didengarkan oleh sebahagian besar kelompok banduan di penjara: Kamu memang anak jahanam, lihat sahaja nanti hidupmu akan berakhir di penjara!
Sementara itu, inilah kata-kata yang dulu sering didengar oleh kelompok orang-orang yang berjaya.
Kalimat penghargaan: Lihat, betapa bagusnya kamu melakukan
itu.
Kalimat semangat: Mama yakin kamu akan mampu mengatasinya, tidak ada yang perlu dikhuatirkan.
Sungguh dahsyatnya kesan dari kalimat negatif bagi masa depan seorang anak. Namun, berita baiknya adalah ternyata pengaruh kalimat negatif tersebut masih boleh dihapuskan melalui kalimat positif. Apalagi jika yang mengucapkannya adalah ibu bapa atau gurunya sendiri. Jadi, segeralah gantikan kata-kata anda yang selama ini bernuansa negatif dengan kalimat positif.
Berikut adalah beberapa contoh ayat-ayat negatif yang mungkin sering kita dengar dari guru dan ibu bapa.
1. Mengapa susah sangat mahu mengajar kamu Cuba ganti dengan, Cikgu yakin kamu sebenarnya mampu menyiapkannya, kamu hanya perlu waktu sahaja. Ayuh kita cuba lagi ....
2. Kamu seperti tak pernah mendapat markah bagus, ya Cuba ganti dengan Cikgu yakin kalau kamu mahu, pasti kamu boleh meraih markah lebih baik dari yang sekarang kamu perolehi. Cikgu tahu betul kemampuan kamu yang sebenarnya.
3. Mengapa ini sahaja tidak boleh! Cuba ganti dengan, Ayuh, kita cuba lagi, kamu sudah hampir boleh, tinggal sedikit sahaja.
4. Kamu memang anak yang suka bikin malu. Cuba ganti dengan, Sayang, jangan khuatir, setiap orang pasti pernah berbuat salah. Mama yakin kamu pasti boleh berubah kerana sejak kecil kamu anak Mama yang selalu berkelakuan baik ....
5. Dasar pemalas! Cuba ganti dengan, Eh, kamu tahu tak, sewaktu masih kecil, kamu anak yang rajin sekali, jadi Mama yakin yang sekarang ini bukan kamu yang sebenarnya. Ayuh kita kemaskan tempat tidur.
Ingat, kalimat mana yang kita pilih, maka masa depan itulah yang akan terjadi pada anak-anak kita yang tercinta. Demi masa depan anak-anak kita yang lebih baik, mulai hari ini mari kita biasakan untuk selalu mengucapkan kalimat positif kepada mereka setiap hari.
Betapa dahsyatnya kesan dari kalimat-kalimat negatif bagi masa depan seorang anak.