Ahhhh... aku ni kalau bermadah hal Takaful memang boleh buat Takaful-Haters muntah.
Ya. Takaful-Haters. Golongan ini juga wujud. Level mereka atas sikit daripada golongan Takaful-NonBelievers. Kedua-dua golongan ini muncul dari pelbagai lapisan masyarakat, daripada kerani hinggalah kepada guru besar, daripada technician sampailah ke principle engineer juga daripada pembantu am membawa ke CEO.
Lagi satu golongan ialah Takaful-NonPeduliable. Golongan ini tak ambil peduli langsung dan pergi mati lah pada apa juga jenis benda berbayar lebih-lebih lagi hal berkaitan bayaran untuk kepentingan masa depan.
Golongan yang power, semestinya mereka yang mempercayai bahawa Takaful itu membantu, bukan membazir, apatah lagi menganiaya. Ya, mereka tahu Takaful adalah alat keperluan, macam telefon, peti ais dan juga Facebook.
Untuk masuk dalam golongan ini tidak memerlukan SPM 15A, cukuplah dengan merendahkan ego serta percaya semua sakitsembuh datang dari Allah, dan Takaful ni cumalah alat kemudahan dalam menghadapi ujian.