Lebih kurang pukul tiga. Abang lupa nak tengok jam. Sayang pada masa itu sedang tidur lena, mengerekot; kesejukan agaknya. Abang dapat bunuh empat ekor sahaja, dua jantan, dua betina, si suami menerangkan sambil makan pagi.
Macam mana abang boleh tahun jantan betinanya
Dua ekor yang jantan tu sedang makan gula dalam piring yang tinggal terdedah di atas meja ini. Sayang makan pisang goreng petang semalam bukan Terlupa agaknya nak kemaskan piring itu. Dua ekor yang betina itu abang jumpa sedang melekap pada cermin muka di bilik mandi. Jawab suami yang berasal dari sebuah kampung di Hulu Sungai Perak, berkahwin dengan wanita yang berasal dari Kelang, Selangor, pekerja kilang elektronik di Petaling Jaya.
Abang menyindir saya agaknya tak Saya memang suka bersolek, bang. Tapi takkanlah lipas-lipas dalam zaman moden ini pandai bersolek juga. Tapi bergurau senda saja tak mengapalah. Soal besarnya ialah bagaimana kita hendak menghapuskan serangga-serangga yang semakin banyak dalam rumah kita ini Beberapa helai kain baju saya dalam almari besar tu, yang mahal-mahal belaka, dah berlubang-lubang dimakan gegat. Ada ubat sembur antigegatkah, bang
Kain baju zaman sekarang memang begitu. Gegat dan ulat perak gemar sangat memakannya, seperti manusia zaman ini gemar makan burger. Tetapi kain-kain dari kapas tidak dimakan oleh gegat. Di kampung saya kain baju boleh dipakai turuntemurun. Kalau kita pindah ke kampung bagaimana Sawah ladang ayah saya luas. Dusunnya pun luas. Anaknya hanya saya seorang saja. Emak saya sudah meninggal. Duduk di kampung lebih aman damai, tak banyak masalah; mandi air sungai, tak kena bayar apa-apa. Makanan banyak, ikan-ikan sungai masih banyak; rusa, pelanduk, kijang dan lain-Iain masih banyak. Burung-burung jangan dikatalah. Kerja memandu kereta macam abang ni tentulah tak boleh kaya. Macam mana
Duduk di bandar besar seperti Kuala Lumpur ini, abang bukan tak tahu, seronok, bang. Hiburan banyak, pemandangan sentiasa berubah, dan saya sudah dapat lesen memandu kereta, bang. Tetapi nak beli kereta duit simpanan kita belum cukup. Hisy, daripada membeli kereta lebih baiklah melabur, Nab. Nanti kita boleh ke Makkah. Hidup dalam dunia ini bukan lama sangat.
Zainab, pekerja kilang yang menjadi isteri orang Hulu Perak yang bekerja memandu teksi itu tidak membuat apa-apa komen.
Besok saya kerja malam bang, masuk pukul sepuluh, balik pukul enam pagi. Abang kena baliklah awal-awal sikit. Dekat Tahun Baru Cina ni abang tahu-tahulah. Nanti habis harta benda kita kena curi, katanya sebelum keluar rumah pergi ke tempat kerjanya.
Di sebuah belukar kecil dalam Taman Templer, di kaki sebuah bukit, dalam satu kawasan bekas lombong, seekor tikus sedang menghasut seekor lipas, seekor labah-labah dan beberapa ekor semut api.
Awak semua tak usah percaya sangatlah kepada pimpinan Profesor Doktor Mentadak Mentadu yang kononnya berangan-angan hendak menubuhkan satu persatuan atau parti politik bagi kaum serangga. Dia tu lembap sangat, tidak radikal macam aku ini. Apakah yang boleh dibuatnya untuk mempertahankan untung nasib dan hak-hak kaum serangga. Janganlah awak semua campur tangan dalam persatuan atau parti politik. Lagipun kaum manusia tidak akan dapat menghapuskan kaumkaum serangga. Bahkan mengikut ramalan para pendeta manusia, kalau pun berlaku sekali lagi perang dunia, kaum aku dan beberapa jenis serangga akan terus ada di bumi Allah ini. Demikian Sang Tikus menghasut.
Yang saya hairan sangat ialah kaum saya labahlabah yang banyak membantu manusia, hendak dibunuh juga oleh manusia, di sembur juga oleh mereka dengan racun-racun serangga.
Umat Islam dalam bandar-bandar besar, istimewa orang-orang Melayu dalam bandar raya, dalam Wilayah Persekutuan ini, nampaknya sudah ramai yang lupa bahawa pada suatu masa ketika nabi junjungan mereka, Muhammad s.a.w. terpaksa bersembunyi di dalam gua daripada musuh-musuh baginda dan menutup kesan-kesan tapak kaki baginda di atas pasir di luar gua itu.
Apabila musuh-musuh Rasulullah sampai ke pintu gua itu mereka tidak syak sedikit jua pun bahawa Rasulullah ada bersembunyi dalam gua itu sebab sarang kami yang terbentang pada pintu gua itu tidak koyak, tidak rosak sedikit jua pun dan juga tidak ada kesan-kesan tapak kakinya di luar gua itu.
Tetapi sekarang, dalam zaman moden sekarang ini, kami juga hendak dibunuh habis-habisan oleh manusia dengan menyembur kami dengan racunracun serangga, sebab kami, kata mereka itu, mengotorkan jendela-jendela dan tingkap-tingkap kediaman mereka yang dihiasi dengan kain-kain langsir berharga mahal. Demikian labah-labah memberikan pendapatnya.
Jadi, awak hendak menyertailah persatuan yang ditaja oleh Profesor Doktor Mentadak Mentadu dan kawan-kawannya itu tanya Sang Tikus.
Tentulah, tegas labah-labah.
Engkau bagaimana pula, wahai Semut Api Sang Tikus bertanya lagi.
Kami kaum Semut Api, yang hitam, yang merah dan yang kuning tidak takut kepada manusia. Kami gigit manusia dan pada mulut kami ada racun yang bisa. Bila kena gigit oleh kaum kami maka manusia, lebih-lebih lagi yang betina, akan menjerit-jerit kesakitan.
Jadinya kaum awak tidak payahlah menyokong gagasan Profesor Doktor Mentadak Mentadu itu
Apa pula salahnya menyertai pakatan serangga ltu bukan baik untuk kami sekalian kaum serangga yang melata di bumi Allah ini, yang bersayap, berkepak, yang hidup dalam tanah, dalam lubang-lubang kayu mati. Yang awak ni menghasut supaya jangan kami menyertai PSS, apa fasal, apa tujuan
Aku ini bukankah Tikus Rahmat! kata Sang Tikus dengan megah. Awak semua belum bacakah buku Tikus Rahmat, oleh Datuk Hassan Ibrahim tambahnya.
Awak Sang Lipas bagaimana pula soal Sang Tikus. Oh, kami kaum lipas wajib menyertai pakatan yang ditaja oleh pemimpin agung kami itu. Kami yakin kepada kebijaksanaan Profesor Doktor Mentadak Mentadu, jawab Sang Lipas.
Kami perlu kepada perlindungan, sebab hampirhampir semua rumah-rumah dalam ibu kota ini, rumah pangsa, rumah teres, rumah banglo, rumah pemandu teksi, kerani, pekerja-pekerja kilang yang menyewa bilik-bilik, kini ada menyimpan penyembur racun-racun serangga. Yang awak menghasut kami supaya memboikot usaha pemimpin besar kami itu apa pasal, apa tujuan Awak barangkali menjadi ejen, atau perisik ataupun spy bagi Sang Harimau, Sang Beruang atau Sang Singa kah Menuduh Sang Lipas yang kaumnya sedang terancam itu.
Tiba-tiba Sang Semut Api naik geram kepada tikus buruk yang mahu ganggu dan rosakkan cita-cita murni sekalian kaum dan bangsa serangga. Kaki tikus celaka itu digigitnya dan sekaligus diracunnya. Si tikus yang mengaku dia itu tikus rahmat, melompat kesakitan, berdecit-decit lari entah ke mana.
Sambil tersenyum-senyum cara lipas, yang lebih hebat dari senyum kambing maka berkatalah Sang Lipas.
Memang betul dan tepat kata peribahasa Melayu: Seperti tikus membaiki labu. Kaumnya bukan seperti kaum kita serangga. Mereka tidak kena semburan racun-racun serangga. Mereka hanya diperangkap oleh manusia dan biasanya satu perangkap hanya mengena satu ekor tikus sahaja. Musuhnya ialah kucing, tetapi kucing-kucing dalam ibu kota dan Wilayah Persekutuan kebanyakannya sudah tidak pandai menangkap tikus.
Kucing Parsi, kucing-kucing peliharaan orangorang kota, yang dimanjakan seperti anak, tentulah tidak mahu menangkap tikus, kata Semut Api.
Tak lama kemudian mereka pun beredar dari situ. Kawasan Taman Templer menjadi kawasan mewah bagi bermacam-macam jenis serangga, istimewa lipas, sebab pada tiap-tiap hari minggu ramai manusia membuangkan sampah sarap dan remahremah dari berbagai-bagai jenis makanan; nasi lemak, ayam goreng, roti canai, burger, keropok, kacang goreng, ikan sadin dan lain-lain lagi.
Beberapa hari kemudian, pada suatu pagi, di rumah Jenab pekerja kilang dan suaminya Jahidin yang berasal dari Hulu Perak, di Taman Seri Petaling yang sentiasa bising sebab dekat sangat dengan lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban, satu perkelahian berlaku.
Mana perginya, bang, kucing siam saya Mengapa abang tak jaga dia. Saya pelihara dia lagi kecil, saya beli mahal, bang. Saya sayang padanya lebih daripada saya sayang abang.
Manalah saya tahu ke mana perginya! Agaknya dia pergi mencari kucing jantan tak Kucing pun, bila cukup besar, mesti berasmara. Agaknya dia pergi dating tak Tapi nak buat apalah Nab pelihara kucing macam tu Dia tidak mahu tangkap tikus dan tikus nampaknya tidak takut kepadanya. Ujar Jahidin yang tidak mengerti mengapa dan kenapa Jenab sangat-sangat sayang kepada kucing baka siam itu.
Abang rupanya tidak tahu apa gunanya kucing kesayangan saya itu. Bila dia beranak kelak kita boleh jual anaknya, seekor $300.00. Kalau tiga ekor Hampir seribu ringgit! Boleh cepat boleh beli kereta, bang, Jenab menerangkan.
Menurut cerita selanjutnya, beberapa hari kemudian Jahidin telah balik ke kampung dekat Grik, di Hulu Perak. Teksi yang disewanya daripada Tan Sri telah diserahkannya balik. Maka tinggallah Jenab bergantung tidak bertali.
Bagi Jahidin perkahwinannya dengan pekerja kilang dari Kelang itu adalah satu pelajaran. Tetapi bagi Jenab, perpisahan itu hanyalah satu pengalaman.
Satu pergi, dua tiga mudah dicari. Wallahuaklam.