Dia melihat kain tutup muka dan pakaian keluarga Rasulullah dirampas. Salih sedih melihat hal ini. Dia pun menangis. Umi Salamah yang melihat pemuda it menangis lalu ditanyanya, Hai orang muda kenapa kamu menangis
Hamba terlalu sedih melihat begitu seksanya keluarga Rasulullah, kata Salih. Tidak pernah dalam sejarah sebelumnya keluarga jadikan begitu hina. Sekiranya Rasulullah masih hidup pasti Baginda akan bersedih juga atas kejadian ini.
Hai orang muda kiranya kamu mengasihi keluarga Rasulullah, aku meminta jasa baikmu agar dapat memberikan sedikit air minuman. Terlalu dahaganya tekak kami untuk meneruskan perjalanan ini.
Baiklah ibu, akan hamba bawakan segera.
Salih segera pergi mengambil air dan diisikan air dalam bekas yang besar. Setelah penuh, dibawanya kepada Umi Salamah. Minumlah seluruh keluarga Rasulullah hingga hilang dahaga mereka. Selepas itu mereka beramai-ramai berdoa dan mengucapkan syukur ke hadrat Allah.
Bagaimana kalau beta menggantikan tempat suami kau itu kata Baginda Yazid kepada Tuan Puteri Syahrul Banun.
Aku tak sudi bersuamikan kamu, hai Yazid laknat, usah kau menaruh hati untuk memilikiku, kata Puteri Syahrul Banun. Kau terlalu kejam Yazid, suamiku kau bunuh, kini anakku pula kau rampas dariku.
Tuan Puteri Syahrul Banun begitu marah. Air matanya jatuh berderai kesedihan.
Panglima, siapa di antara kamu yang merampas anak perempuan ini Baginda menunjuk ke arah Tuan Puteri Syahrul Banun. Serahkan segera, kiranya tidak beta tahulah menghukum kamu.
Dengan segera panglima baginda mengambil Fatimah yang masih kecil lalu menyerahkan pada ibunya Tuan Puteri Syahrul Banun.
Ketika itu seorang pengawal masuk untuk memberitahu bahawa Panglima Umar dan Panglima Ubaidullah berada di luar, meminta keizinan untuk masuk membawa persembahan.
Benarkanlah kedua panglima beta yang gagah berani itu menghadap, titah Baginda Yazid.
Baiklah tuanku.
Kedua-dua panglima itu segera masuk. Ditangan mereka terdapat dulang emas yang bertudung dengan kain sulaman emas.
Buka tudung itu wahai panglima beta, agar semuanya dapat melihat apakah persembahan yang panglima bawa.
Kedua-dua panglima terus membuka tutup dulang itu. Seluruh keluarga Rasulullah menjerit apabila melihat persembahan dalam dulang emas itu ialah kepala Baginda Husin. Pengsan anakanda Fatimah dan jatuh ke atas riba Tuan Puteri Syahrul Banun. Semua keluarga Rasulullah menangis.
Pengawal, segera bawakan semua tawanan ini ke penjara, titah Baginda Yazid.
Baiklah, sahut pengawal.
Pada ketika itu Zainal Abidin juga dimasukkan ke dalam penjara kerana mengutuk Baginda Yazid. Pada suatu hari Jumaat Baginda Yazid menyuruh Zainal Abidin membaca khutbah Jumaat. Khutbah yang disediakan itu memuji-muji Baginda Yazid.
Ketahuilah panglima, hamba tidak akan membacanya, kerana itu adalah dosa besar. Hamba tidak akan menyebutnya walaupun hamba dibunuh sekalipun.
Janganlah tuan hamba berdegil, kelak tuan hamba juga yang susah. Hamba kasihan pada tuan hamba, tapi apa yang hamba dapat lakukan. Kerana Yazid adalah raja kita, kata panglima memujuk.
Tidak, hamba tidak dapat menyebutnya kerana Yazid hanyalah anak gundik dan anak zina pula.
Zainal Abidin terus berkeras tidak mahu menyebut nama Yazid. Marahlah Baginda Yazid mendengarnya.
Baiklah, sekiranya kamu tidak mahu menyebut namaku dengan puji-pujian, bersiap-siaplah kamu menerima akibatnya. Hanya satu sahaja bagi orang yang degil sepertimu, kamu harus dibunuh, kata Baginda Yazid dengan marah sambil menghentak kakinya.
Melihat kemarahan Baginda Yazid yang begitu memuncak menteri Marwan segera pergi berjumpa dengan keluarga Rasulullah. Dia meminta mereka menerima kehendak Baginda Yazid supaya mereka akan terselamat.
Umi Salamah segera berjumpa dengan Zainal Abidin dan menasihatinya agar menurut sahaja apa yang diperintahkan. Anakanda jangan risau, keluarga Rasulullah masih mempunyai kekuatan kerana masih ada Maharaja Muhammad Hanafiah, bapa saudaramu sendiri.
Ikutlah kehendaknya hai anakanda, kata Umi Salamah lagi.
Bonda masih ingat lagi akan sabda junjungan Rasulullah bahawa bapa saudaramu dilahirkan untuk membela kematian saudaranya Hasan dan Husin.
Bacalah khutbah itu sebagaimana kehendak Baginda Yazid.
Sementara itu utusan yang membawa surat Baginda Husin sampai di negeri Buniara. Sesampainya utusan itu di pintu kota segera ditanya oleh pengawal kota, Siapa tuan hamba yang begitu tergopoh-gapah Hamba lihat tuan hamba tidak bermaya sekali. Tentulah jauh sekali perjalanan tuan hamba
Benar seperti yang tuan hamba sangkakan. Hamba utusan Baginda Husin saudara Maharaja Muhammad Hanafiah, jawab utusan itu.
Kalau begitu berhentilah tuan hamba sebentar di sini, berehatlah.
Baiklah hamba pergi menghadap maharaja hamba dahulu.
Persilakan, tuan hamba.
Pengawal kota itu terus menghadap Maharaja Muhammad Hanafiah, lalu menceritakan tujuan seorang utusan saudaranya Saidina Husin. Oh utusan saudara beta. Benarkan dia menghadap pengawal.
Baiklah tuanku.
Terpinga-pinga utusan itu melihat seluruh penduduk negeri dalam keadaan bersukaria. Masuklah utusan itu menghadap Maharaja Muhammad Hanafiah.
Tuanku, patik bawakan surat dari saudara paduka. Surat yang terlalu mustahak untuk disampaikan.
Memanda Menteri, segera bacakan surat saudara beta itu. Terlalu rindu beta untuk mendengar dari saudara beta dan keluarga Rasulullah.
Memanda Menteri membuka surat itu dan terus dibacakannya. Suaranya begitu sayu sekali.
Apa, saudara beta Saidina Hasan telah wafat Diracun oleh Yazid celaka itu. Apakah keluarga Rasulullah dan saudara Husin terkepung di Padang Karbala Benarkah itu utusan
Benar tuanku. Seluruh keluarga Rasulullah dan saudara tuanku kini berada dalam keazaban di Padang Karbala tanpa setitik air pun yang dapat diminum.
Oh!
Baginda Muhammah Hanafiah pun pengsanlah.