TRAGEDI TSUNAMI DAN GEMPA BUMI - 5
Tsunami merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa erti ombak pelabuhan. Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut. Gelombong tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar yang membawa kemusnahan kepada bangunan tepi pantai.

Kita perlu tahu mengenai bencana alam, memahami bumi dan aktiviti serta ancaman tsunami dan gunung berapi kerana kemungkinan ia memberi kesan serta mudarat kepada kita tidak dapat dielakkan. Di Indonesia, Pulau Jawa, pantai yang sering dilanda tsunami adalah Pantai Selatan Jawa Barat, Pantai Selatan Cilacap dan Pantai Selatan Jawa Timur. Sejak tahun 1990, Indonesia mencatat 16 kali bencana alam dilanda tsunami yang berlaku di sepanjang zon mendak zone aktif seismuk.