ASKAR BERJALAN KAKI - 5
Seperti mana pepatah yang sering menyebut bahawa kepuasan bukanlah bergantung kepada apa yang kita capai tetapi bergantung kepada usaha kita. Aku sendiri merasa begitu puas terhadap apa yang aku alami sepanjang tempoh latihan setahun mulai Ogos 1988 hingga Julai 1989.

Pentadbiran di kem hanya satu hari sahaja kerana kami menjalani latihan perbarisan hari pentaulihan. Pada saat ini pun belum terjamin kami akan ditauliahkan kerana sebarang kecuaian atau kesilapan boleh menyebabkan kami tersingkir. Begitu tinggi tahap kualiti serta komitmen yang di tuntut dari kami demi menghasilkan pegawai tentera yang benar-benar terbaik.

Keseluruhan perbarisan adalah selama I jam sahaja tetapi untuk mendapatkan mutu perbarisan yang baik dan kemas ia hanya akan terhasil dari latihan yang cukup. Jurulatih tidak memberi peluang langsung. Walaupun dah baik pergerakan kawad kami, mereka masih lagi tidak puas hati.

Ketika latihan berjalan lalu keluar padang semua jurulatih lain-lain pangkat perlu memberi tabik hormat kepada kami tapi seorang daripada mereka menegur kami celaka engkau kadet, belum commission aku dah hormat engkau namun kami senyum sendiri dengan telatah tersebut.

Kami masih lagi dikerah pagi, tengahari dan petang. Di samping itu pentadbiran dan rutin lain sebagai Pegawai Kadet perlu kami lalui seperti biasa.

Seminggu sebelum hari pentauliahan, telah diadakan upacara penyampaian hadiah untuk pemenang hadiah Komandan. Ia meliputi pencapaian di dalam bidang akedemik yang kami pelajari sepanjang tempoh kami berada di Maktab Tentera Diraja .

Aku berjaya menggondol hadiah ilmu medan perang terbaik dan dihadiahkan 2 buah buku cerita perang dalam bahasa Inggeris. Aku hampir mendapat akedemik keseluruhan terbaik tetapi tewas beberapa mata dengan skot aku, Pegawai Kadet Nor Azila .

Inipun merupakan satu pencapaian buatku. Dari seratus Pegawai Kadet aku berjaya menggondol satu daripada hadiah yang disediakan. Kalau aku berkerja kuat sedikit, insyAllah keputusan akan berubah.

Sebelah petang kami terus menjalani latihan kawad. Kulit yang telah sedia gelap terus berbelang. Entah berapa banyak keringat yang mencurah membasahi padang kawad.

Aku tidak akan lupa perit jerih yang telah aku lalui untuk menghasilkan satu perbarisan yang terbaik seperti ini. Ia mestilah yang terbaik kerana tetamu kehormat bukan calang-calang .

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia akan hadir memberikan tauliah tersebut. Inilah saat yang aku nantikan bersama semua Pegawai Kadet. Kami selalu berdoa akan tidak tersingkir di saat akhir.

Pada hari terakhir kami tidak turun ke padang bagi membuat persiapan terahir kami tidak turun ke padang bagi membuat persiapan akhir dan pentadbiran yang lain. Persiapan di padang kawad sungguh hebat. Dari segi persiapan pentas DiRaja hinggalah ke tempat duduk biasa dihiasi dengan bunga dan benar.

Semua pihak kelihatan sangat sibuk membuat persiapan terakhir. Kami juga terpaksa menjalani pemeriksaan pakaian yang akan dipakai pada hari tersebut. Dua jenis pakaian akan diguna iaitu pakaian istiadat di padang kawad dan pakaian Istiadat berwarna putih dan berbutang emas bagi penganugerahan watikah di Balai Rong Seri.

Malam tersebut kami diwajibkan tidur awal supaya segar untuk menghadapi perbarisan pentaulihan tersebut. Memang seronok tidak terkata untuk menghadapi hari yang bersejarah dalam dairi hidup kami. Perbarisan besoknya adalah aktiviti terakhir sebelum kami disahkan sebagai Pegawai yang bertauliah di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Jam 0530 kami dikejutkan untuk persiapan awal. Selepas solat subuh kami diwajibkan berjoging bagi mengeluarkan sedikit peluh agar lebih segar apabila berkawad nanti.

Habis jogging jam 0630 kami terus bersarapan pagi. Makanan juga mempunyai peranan penting bagi mengelakkan kami pitam di padang kawad. Makanan berminyak dan terlalu berlemak boleh menyebabkan kami mengantuk atau mudah pitam.

Cuaca pada pagi itu sungguh nyaman. Seawal jam 0700 kelihatan tetamu serta keluarga mula berkumpul untuk mengambil tempat. Aku sendiri berharap agar ada wakil dari keluargaku datang menyaksikan perbarisan yang amat bersejarah bagiku.

Nak harapkan Ayah mungkin mustahil kerana dia sedang uzur. Hati kecil ini yakin abang sulungku pasti akan datang. Sambil meredakan diri sendiri, aku segera balik ke bilik. Aku ada setegah jam lagi untuk bersiap dan berbaris bagi pemeriksaan terakhir.

Pakaian telahpun aku siapkan sejak semalam lagi. Selepas mandi dan bercukur aku mengenakan pakaian istiadat dengan penuh berhati sebelum kami turun beramai-ramai dari bilik persalinan sambil membawa baju yang satu lagi . Baju tersebut akan dipakai di dewan nanti.

Aku naik ke tingkat atas di mana perbarisan akan diadakan. Memandangkan kami tinggal di banggunan bawah maka baju yang satu lagi terpaksa ditumpang di bilik kawan bernama sofi.

Selepas senjata M16 kami ambil untuk perbarisan, kami terima amanat dan taklimat terakhir dari ketua jurulatih kami. "Hari ini adalah hari kamu dan prestasi yang kamu tunjukan sepanjang latihan kadet selama setahun akan di nilai pada perbarisan yang kamu persembahkan nanti. Be proud of your self. Oleh itu buat yang terbaik Faham kadet!

Orang ramai penuh sesak untuk menyaksikan perbarisan tersebut. Kami tidak ada masa untuk melihat suasana sekeliling kerana tumpuan harus diberi pada perbarisan.

Aku sendiri tidak dapat menjeling siapa wakil keluargaku yang datang menyaksikan aku. Aku ternampak abang aku Sager Ahmad yang bekerja sebagai wartawan sedang membuat liputan perbarisan. Lega rasanya, ada juga wakil keluarga aku.

Kecuaian boleh menggangu pergerakan kawad dan boleh merosakkan perbarisan. Namun hati kecil ku tetap berharap agar adalah sanak saudaraku menyaksikan persembahan seorang anak kampung yang kini telah menjadi seorang pegawai. Anak jin yang dah jadi orang dan telah lulus semua proses ujian serta penilaian sehingga layak di tauliah kan oleh Yang Dipertuan Agong.

Tepat jam 0830 kedegaran bunyi siren pengiring polis yang mengiringi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Paduka Seri Sultan Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Tetamu serta VIP telah mengambil tempat dan bersiap sedia menanti keberangkatan tiba Baginda berdua.

Aku sentiasa mengingatkan diriku agar buat yang terbaik. Tuanku naik ke pentas dan menerima tabik hormat Diraja. Selepas ketua perbarisan melapor baginda membuat pemeriksaan pegawai-pegawai yang akan ditauliahkan .

Kelihatan baginda cukup teliti memeriksa perbarisan. Aku lega bila tiada teguran ke atas diriku ketika baginda melalui perbarisan. Selama satu jam persembahan kawad kami lakukan dan tuanku menyaksikan pegawai-pegawai yang telah ditauliahkan membuat pergerakan perlahan jalan meninggalkan padang kawad. Pada ketika ini, jurulatih lain-lain pangkat akan memberi hormat kepada kami kerana kami telah ditauliahkan.

Sementara Tuanku beristirehat selama lebih kurang 30 minit kami diberi masa 5 minit sahaja untuk menukar pakaian dan terus bergerak ke balai Rong Seri. Di sini watikah pentaulihan akan dikurniakan kepada semua pegawai yang baru ditauliahkan. Hampir satu jam upacara tersebut berjalan di dewan Tun Templer yang telah menjadi Balai Rong Seri.

Tamat upacara tersebut kami berpeluang beramah mesra dengan Tuanku dan Permaisuri. Bila tiba tempat aku berdiri Tuanku bertanya mana keluarga ku kerana setiap pegawai akan didampingi oleh keluarga.

Tapi aku memang tiada wakil. Abang aku sedang bertugas membuat liputan. Tuanku telah memanggil Raja Permaisuri Agong dan menyatakan tentang hal tersebut. Dah jadi satu cerita pulak. Tuanku Bainun cuba memujukku agar tabahkan hati dan tidak bersedih kerana keluargaku tidak bersama. Aku hanya tersenyum tawar. Namun aku berasa bangga kerana kenangan bersama Tuanku dan Permaisuri di rakamkan oleh abangku.

Selepas Tuanku meninggalkan majlis, kelihatan di luar ramai keluarga dan sanak saudara yang sedang bermesra dengan anak-anak mereka yang baru sahaja ditauliah. Aku cuba menempel dengan keluarga teman sebilikku yang bernama Hamidi. Menumpang kasih dan tumpang kongsi kegembiraan.

Beberapa ketika aku meninggalkan majlis dan balik ke bilik ku dan terus tidur. Badan memang terasa letih. Mana tidaknya, sebab tumpuan pada perbarisan boleh memberi keletihan 2 kali ganda. Jam 4 petang baru aku terjaga .

Malam tersebut ada majlis makan beradat di hotel Park Royal di Bukit Bintang. Semua Pegawai yang telah ditauliahkan diwajibkan hadir. Majlis makan beradat malam itu penuh dengan adat istidat Tentera dan dihadiri oleh Pegawai tinggi Angkatan Tentera.

Pada ke esokan harinya awal-awal lagi aku telah bergerak ke Pudu Raya untuk naik teksi balik ke kampung . Aku perlu balik kerana pada keesokan harinya kakakku yang paling bongsu akan melangsungkan perkahwinan .

Aku bertuah kerana dapat balik dan bertemu dengan semua sanak saudaraku . mereka berkumpul kerana majlis Majlis perkahwinan tersebut. Ramai sahabat dan sanak saudara yang hadir. Meriah dan menyeronokkan.

Rombongan pengantin perempuan bertandang ke rumah pengantin lelaki pada hari berikutnya. Aku tidak dapat ikut kerana terpaksa balik untuk membuat sijil penyelesaian di Maktab Tentera. Barang barang perlu di pulang dan sijil penyelesaian perlu ditandatagani bagi membolehkan kami bercuti.

Selepas selesai semuanya, aku bercuti selama 2 minggu di kampung . Rehatkan badan sebelum melapor ke pasukan pertama ku di Kluang Johor. Aku rasa cukup seronok dapat balik ke tanah tumpah darahku. Kampung halamanku yang penuh nostalgia. Di sini lah aku di besarkan dan mengenal kehidupan.

Sepanjang tempoh seminggu aku tidak melepaskan peluang untuk melakukan kerja-kerja yang pernah aku buat dulu. Dari berkebun hinggalah ke surau. Aku lakukan pengisian yang aku suka dan aku dah lama rindui. Abangku di rumah juga tidak menegur jika aku lewat balik. Anak teruna dah ada kerja katakan.

Adek aku (Manzur) juga suka mencuba pakaian tentera yang aku siapkan sebelum melapor ke pasukan baru. Saiz badannya hampir sama denganku membolehkan semua pakaian tersebut di cuba. Satu perkara yang menarik ialah sikap seorang pakcik yang kaya dan sombong di kampungku.

Beliau selalu mengusik dan memandang remeh terhadapku. Sikap egonya menyebabkan ramai orang tidak begitu gemar padanya. Tapi beliau yang ada 2 orang putri yang cantik. Aku memang tertarik pada mereka. Tapi memikirkan mereka anak kepada rimau tu, aku batalkan sahaja.

Keadaan berbeza bila aku pulang sebagai saorang pegawai tentera. Pakcik tersebut cukup baik dengan aku dan anaknya pun suka berbual denganku. Namun demikian persepsi aku terhadap gadis tersebut telah berubah.

Mungkin system latihan selama setahun telah membentuk persepsi dan pemikiran yang lebih matang. Aku tidak lagi minat terhadap mereka. Tapi aku dididik untuk hormat dan berbuat baik dengan semua orang.

Walaupun aku masih belum menghadapi cabaran yang sebenar, namun aku tetap berbangga kerana telah berada pada tahap ini. Pahit getir selama setahun aku hadapi bukan perkara enteng.

Kalau ada yang mengejek dan mentertawakan pencapaianku ini. Ayuh sahutlah cabaran ini. Gagah fizikal belum tentu boleh menghabiskan latihan keras yang di sediakan untuk pegawai kadet sebelum dinobatkan sebagai seorang Leftenan Muda.

Harga yang aku bayar cukup tinggi aku rasakan. Ini bukan omong kosong. Kalau tidak cekal aku sudah lama meninggalkan latihan tersebut. Tapi insyaAllah aku bukan manusia seperti itu. Aku akan tetap bertahan selagi dayaku ada.

Entahlah amat payah untuk digambarkan melalui coretan kata-kata. Walau peritnya masih terasa, aku masih tidak bisa menterjemahkannya dengan sebaiknya dalam buku ini. Hanya mereka yang menghayati dan pernah melalui segala proses yang aku alami ini sahaja akan memahaminya.

Seperti dulu aku gemar ke surau dan aku cukup selesa bergaul dengan orang-orang yang lebih tua dari aku. Aku tetap pandang tinggi dan hormat pada mereka. Kami rapat kerana kami sering berjemaah dan menghadiri aktiviti-aktiviti kebajikan serta gotong royong (di kampungku dipanggil gejhobos atau rewang ketika di adakan majlis perkahwinan) bersama.

Sempat juga aku pergi ke laut sekendi yang jaraknya hanya 4 km dari rumah. Banyak kenangan aku di sini. Tiada lagi riuh rendah orang bersantai, dan tiada lagi kelihatan nelayan menabur jaring. Laut telah rosak dan terhakis kerana tiada usaha unuk memelihara.

Aku sering ke laut berrsama abangku bernama Sager dan membawa pulang berbagai jenis ikan dan hidupan laut. Belat yang dipasang oleh nelayan akan meninggalkan ikan-ikan kecil dan kami akan mengutipnya dari jaring mereka.

Bahasa yang menjadi kegemaran kami bila di Tanya tak ke laut , sampan bocorjala koyak..!

Hubungan baik aku dengan orang kampung sangat baik. Cuma kali ini mereka agak memberi perhatian kepadaku dan tidak lagi dilayan seperti remaja yang masih mentah. Aku juga telah matang dalam menghadapi sesiapa sahaja hasil pendedahan yang aku terima selama ini.

Aku cukup tenang sekali melihat perjalanan di kampungku. Pelajar awal pagi lagi sudah ke sekolah dan orang kampung bergerak ke kedai kopi sebelum ke kebun.

Aku merasa tak puas bercuti kerana ada banyak lagi agenda yang perlu aku kerjakan. Dari hari pertama hingga hari terakhir aku lakukan banyak perkara, namun aku masih seronok duduk di kampung.

Mana boleh ikut suka kan Kini aku sudah punya kerjaya dan aku mesti mematuhi arahan dan peraturan sebagai saorang anggota tentera. Aku kena sabar dalam menghadapi apa juga cabaran hidup kerana kesabaran adalah bunga yang tidak hidup di semua kebun.

Selepas bersalaman dengan orang tua dan adek beradikku aku bertolak ke Kuala Lumpur untuk menaiki keretapi ke Kluang. Aku akan menghadapi satu lagi cabaran yang lebih mencabar iaitu melalui orientasi yang sungguh mencabar. Tunggu dan lihat.!