Travelling it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.
- Ibn Battuta
Sekali lagi aku bangkit dari tidur sebelum alarm berbunyi. Pelik juga kerana setiap kali mengembara aku pasti mampu bangun pagi. Mungkin sebab berada di suasana asing dan bukan di zon selesaku. Aku lihat katil sebelah, Haeri sudah tiada. Eh, hilang dah budak ni Dah keluar sarap kot. Bisikku dalam hati sambil membangunkan diri, capai tuala dan ke bilik air. Tepat jangkaanku yang Haeri sudah pun bersarapan bersama Wilco, Barbra dan Stefan. Mereka melambai dan mengucapkan selamat pagi. Aku membalasnya dengan senyuman mamai.
Usai mandi aku menyertai mereka. Seperti biasa sarapan aku hanya roti bakar dan kopi tradisional Indonesia. Tu je yang ada, maklumlah percuma.
Morning! So you guys will be in Bali today. That must be great! aku membuka bicara sebaik menggigit roti bakarku.
Yea, definitely. Cant wait to be there! Barbra membalas sambil Wilco mengangguk.
By the way, I am sorry if I said something bad about you two being weird. Whatever it is we respect all cultural differences between us and all the similarities, secara tibatiba Wilco membuat ucapan begitu. Pelik. Macam ucapan perpisahan. Namun aku tak kisah apa yang dikatakannya mengenai orang Malaysia lepak tak minum bir. Nak minum kena pergi bar atau kelab-kelab malam. Aku faham negara diorang ni takde kedai mamak yang orang melepak minum sampai pagi-pagi buta. Sebab tu diorang tak faham kot camne budaya Malaysia lepak tak minum bir.
Come on, Wilco. Not a big deal. As long as we
respect each other than everything will be just fine. katakata itu diluahkan sambil aku menongkat dagu di tangan kiri. As I told you, Haeri dont drink and I drink occassionally only. Actually I wish to quit drinking but it all depends. For me, drinking habit is kind of expensive addiction. It is really expensive in Malaysia and I am a Muslim. Drinking alcohol is prohibited in our religion, but looks like I broke the law yesterday right Haha. But I wish I could quit and thankfully, it is hard for Muslim to buy an alcohol at grocery store in Malaysia. We have to show our identity card and the word Islam is stated in our ID card. The seller will deny our purchase. However, isolated cases might still be occurred. Hehe, aku menambah.
Ya, pada aku minuman keras adalah ketagihan yang mahal. Sama seperti rokok, dadah, shopping dan lain-lain. Kesemua ketagihan memerlukan kau untuk mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk jangka masa pendek dan panjang. Cuma di Indonesia ni harga rokok masih murah. Harga minuman keras adalah murah sedikit berbanding Malaysia. Kalau di Thailand dan Kemboja rasanya harga minuman keras jauh lebih murah berbanding mana-mana negara Asia Tenggara. Pada masa yang sama juga aku rasa bersalah kerana minum bir. Terasa berdosa. Beginilah manusia, sentiasa sedar tapi kemudian buat lagi dosa. Namun, aku rasa lebih baik ada kesedaran, walaupun sebentar dari tak ada langsung. Betul ke konsep aku ni Pandai-pandailah pilih mana yang baik dan buruk dalam hidup.
So you dont have any problem with your friend drinking alcohol Wilco bertanya kepada Haeri.
No. It is his right. I know that he knows that drinking alcohol is prohibited in Islam, but who am I to judge him. It is between him and God. As a Muslim, I could advice him but I will never discriminate the other Muslim who committed sins or because they have committed the sins that I never do, Haeri berhujah. Aku tersenyum mendengar penjelasan Haeri itu. Seorang yang open-minded namun jarang aku melihat Haeri meninggalkan solat. Selalu saja dia bersolat. Terasa kerdil pula. Aku dah lama tak solat. Kalau solat, jarang lengkap satu hari. Apa yang aku respect pasal Haeri ialah dia tak cuba hukum orang lain seperti sesetengah orang. Ada yang hanya tahu mengherdik, mencerca mereka yang buat maksiat. Apa yang mereka tahu cuma maki-hamun dan mencaci dari membimbing. Adakala mereka ini menyalak kerana dosa yang sesetengah orang buat tu adalah dosa yang mereka tak buat. Ada pula yang melenting apabila mereka ditegur ketika membuat dosa yang digemari. Ada yang nak jadi Tuhan barangkali atau pesuruh Tuhan. Namun apa yang pasti aku masih percaya kepada Tuhan yang satu itu. Moga aku diberi kekuatan untuk berubah sepenuhnya suatu hari nanti. Golongan seperti ini yang membuatkan mereka yang bergelumang dalam dosa terus menjauhi agama. Enggan mengenali agama sendiri, berjauhan dengan Tuhan. Itu hanyalah pendapat aku yang tak seberapa.
Setelah beberapa ketika, semua selesai bersarapan. Salah seorang pekerja Citi Residence memaklumkan teksi untuk Wilco dan Barbra ke airport sudah sampai. Usai bertukar-tukar nama Facebook, mereka berdua pun mengangkut bagasi sambil dibantu oleh pekerja tersebut. Kami menyelusuri kaunter receptionist untuk ke depan di mana teksi mereka berhenti. Kemudian mereka mengucapkan salam perpisahan kepada kami. Kami bersalam-salaman serta berpeluk-pelukan. Have a safe trip! See you again somewhere around the world, ujar kami kepada mereka. Mereka memasuki teksi Blue Bird tersebut dan perlahanlahan ia bergerak meninggalkan kami.
Pada tengahari yang hampir petang ini, aku dan
Haeri keluar bersiar di bandar untuk melihat suasana hujung minggu. Manakala Stefan keluar sendirian kerana ingin menuju ke tempat lain. Namun dia berjanji untuk makan bersama pada pukul 6 petang nanti. Hari Ahad adalah hari tanpa kenderaan di Jakarta. Ternyata memang tiada kenderaan di jalan raya. Hari Ahad di Jakarta memang terasa lengang. Tidak seperti kebiasaan yang selalunya machet dengan timbunan kenderaan pelbagai jenis yang bersepah. Kami pun tak tahu nak buat apa hari Ahad tu, cuma nak pergi ke stesen keretapi untuk membeli tiket ke Bandung. Di kota Jakarta terdapat empat stesen keretapi utama iaitu Gambir, Jatinegara, Manggarai dan Pasar Senen. Menurut Tom, tuan punya hostel, kami perlu ke Stasiun
Gambir yang tidak jauh dari sini untuk membeli tiket ke Bandung. Tom kata dia boleh dapatkan tiket untuk kami kerana tiket keretapi di Indonesia kena beli awal kalau tak, habis. Kadang-kadang ini perbuatan ulat tiket. Masalah yang sama dihadapi di Malaysia. Bila banyak tiket dah habis, ulat tiket akan menjual dengan harga yang terlalu mahal. Namun kami memilih untuk membeli sendiri untuk merasa pengalaman seperti orang tempatan. Kami menaiki busway untuk ke stesen Monumen Nasional atau MONAS. Walaupun hari Ahad adalah hari tanpa kenderaan di Jakarta namun perkhidmatan pengangkutan awam berjalan seperti biasa.
Tidak seperti hari sebelumnya, kepala terasa serabut dengan kesesakan di kota Jakarta tapi tidak hari ini. Hari ini kepala otak terasa nyaman saja. Cuaca pula cerah tidak hujan seperti hari sebelumnya. Sampai di Stesen MONAS, kami berjalan kaki. Kelihatan ramai juga warga tempatan yang mengambil kesempatan berbasikal ramai-ramai di tengah jalan raya yang kosong. Bebas seperti helang di langit. Bebas seperti ikan-ikan yang berenang di lautan. Kanak-kanak berkejaran sesama mereka di atas jalan. Ada yang tergolek-golek, ada yang mencangkung, melompat, memanjat papan tanda tepi jalan dan bermacam lagi. Di samping itu ada juga pesta-pesta jalanan. Patung-patung pelik kelihatan di tepi jalan dan pengunjung serta pelancong boleh mengambil gambar. Haeri mengeluarkan Nokia 808 yang dilengkapi dengan kamera 41 megapixels mengambil gambar di sekitar untuk dijadikan memori. Kamera 41 megapixels lawan kamera fon aku yang hanya 8 megapixels, memang gambar dari fonnya lagi superb!
Beberapa minit berjalan kaki, kami pun sampai di bawah satu jambatan. Terdapat seorang anggota polis berpakaian seragam sedang melepak di persimpangan jalan di bawah jambatan. Permisi pak, bagaimana mau pergi ke Stasiun Gambir tanya Haeri kepada polis itu.
Dekat aja. Kalian berdua jalan terus aja. Di depan ini aja, balas polis itu ringkas sambil kami ternampak papan tanda bertulis Stasiun sebalik rimbunan daun-daun pokok yang menghalang papan tanda. Mungkin di situ lokasinya. Kami pun meneruskan perjalanan.
Sampai di Stesen MONAS itu, kelihatan sedikit sesak. Kami mencari perkataan kaunter di situ, tak jumpa. Yang ada hanya perkataan loket di mana terdapat pekerja di sebalik kaca seakan kaunter dan orang beratur sepanjang tiga depa orang dewasa. Aku beranggapan loket itu adalah kaunter dalam Bahasa Indonesia. Pada paparan skrin yang diletakkan di atas kaunter menunjukkan tiket ke Bandung untuk keesokan harinya, 16 Disember masih ada. Berdasarkan pengamatan aku, ada empat barisan yang menuju ke kaunter di hadapan. Kesemua mereka yang beratur ada memegang sekeping kertas. Nampaknya ada beberapa prosedur perlu dilakukan dalam pembelian tiket. Ternyata aku sedikit lembab melakukan perkara yang melibatkan prosedur. Tapi apakan daya aku kena buat juga. Aku menghampiri seorang gadis yang beratur, bertanyakan di mana mahu mendapatkan kertas itu. Dia menunjukkan ke arah satu meja seperti meja bank di mana terdapat helaian-helaian borang yang perlu diisi. Aku menuju ke arah meja tersebut.
Helaian kertas itu aku ambil, beberapa butiran perlu diisi. Lebih banyak prosedur berbanding menaiki keretapi antara bandar di Malaysia. Di Malaysia aku beli je tiket lepas tu chow. Tunggu tarikh, naik train. Aku isi setiap butiran seperti warga tempatan yang berdiri di sebelahku. Aku curi tengok dia tulis macam curi tengok ketika menjawab ujian dalam kelas. Nombor pasport juga diminta. Kemudian aku pun bergegas ke kaunter.
Setelah kira-kira 10 minit aku dan Haeri beratur, kami pun tiba di kaunter. Tiket kelas bisnes berharga Rp70,000 seorang manakala kelas ekonomi berharga Rp50,000. Kami memilih tiket ekonomi kerana kami di sini akan cuba berjimat sejimat mungkin. Di Indonesia, keretapi dipanggil kereta dan kereta dipanggil mobil. Kadang-kadang tercengang juga bila berbual dengan orang tempatan. Adakala kena gelak juga. Tapi biasalah tu bila kau bertembung dengan budaya yang berbeza. Dalam persamaan yang ada antara Malaysia dan Indonesia, masih banyak juga perbezaannya. Tiket keretapi kami pada pukul 3.55 pm keesokan harinya. Selesai membeli tiket, kami bersiar-siar ke kawasan MONAS. Ramai orang di kawasan tersebut seakan suasana di Dataran Merdeka pada hujung minggu. Terdapat beberapa jualan cenderahati dan pakaian diadakan di sekitar kawasan itu. Boleh juga bergambar dengan kuda padi yang telah dihias seakan pertandingan ratu cantik. Monumen itu berbentuk seakan menara dan merupakan bangunan tertinggi di Jakarta. Ianya seakan monumen di Memorial Park Washington bercampur dengan menara KL. Tiket bagi orang dewasa adalah Rp5,000 dan kanak-kanak Rp2,000. Boleh lihat seluruh kota Jakarta dari atas. Di ruangan bawahnya ada ditayangkan ucapan Presiden pertama Indonesia, Soekarno mengenai kemerdekaan negara Indonesia. Namun malangnya, ketika itu lif sedang diselenggarakan dan pengunjung tidak dapat naik ke atas. Kami hanya duduk saja di bawah membeli air teh botol dalam bentuk kotak. Pelik pula teh botol dalam bentuk kotak minuman.
Sedang melepak di tepi kawasan yang redup sambil angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, terdapat beberapa orang kanak-kanak seronok bermain layang-layang. Terserlah kegembiraan di wajah mereka melihat layang-layang pelbagai bentuk berterbangan di ruang angkasa. Ada bentuk sotong, empat segi, ikan tongkol, pisang dan segala macam bentuk. Apabila melepak, aku apa lagi, merokoklah. Haeri juga merokok. Kali ini aku nak tukar selera sikit lalu aku meminta sebatang Djarum yang Haeri beli di Indomaret. Sebaik kami membakar rokok, datang seorang warga tempatan menawarkan pakej ke Taman Mini Indonesia.
Menurut penerangan mas yang menawarkan pakej tersebut, Taman Mini Indonesia ini terletak di timur Jakarta. Lebih kurang 1 jam perjalanan dari MONAS. Harga tiket adalah berlainan mengikut apa yang kita nak buat di sana. Ada kereta kabel untuk melihat seluruh kawasan taman mini tersebut. Pakej yang ditawarkan mas itu adalah Rp150,000 seorang siap makan, hantar pergi dan pulang. Dikatakan Taman Mini Indonesia itu menunjukkan kesemua seni dan kebudayaan yang wujud dan lahir di Indonesia. Dari barat hingga ke timur Indonesia. Menyeluruh dan tiada satu pun yang tertinggal. Diibaratkan jika pergi ke Taman Mini Indonesia itu seakan dah selasai menjelajah Indonesia. Bunyi yang menarik namun kami menolaknya sambil menghirup teh botol dalam kotak dan menghisap rokok. Bukan apa, kami mahu berjimat dan tak mahu awal-awal dah tahu segala macam perkara di Indonesia. Kami masih mahu unsur-unsur teruja. Haeri melihat jam di henfonnya menunjukkan jam 4 petang. MONAS akan ditutup pada jam 5 petang pada hari Ahad. Maka kami pun menggerakkan langkah menuju ke busway untuk pulang ke hostel. Kami dah berjanji untuk berjumpa dengan Stefan di sana pada jam 6 petang nanti.
Jam sudah pun menunjukkan jam 6 petang. Aku dan Haeri duduk di ruangan tengah hostel. Kelihatan beberapa orang asing yang lalu lalang keluar masuk tandas dan kembali ke bilik. Kami pun orang asing juga. Ada gadis berambut merah asli yang menyapa kami dan berlalu pergi dengan teman lelakinya (barangkali). Kemudian Stefan datang menegur untuk mengajak kami keluar makan malam. Dari berlima kini bertiga.
So you want to go to the bar or just eat at the restaurant or stall Haeri bertanya.
I dont mind. But I think just go with the restaurant, no more bar, Stefan membalas.
What if the restaurant we go does not serve alcohol tambah Haeri lagi seakan melayan Stefan seperti tetamu di negaranya.
Oh, not a big deal! I want to eat like locals! Haha! I can buy beer later and drink it here or in my room, balas Stefan tidak kisah. Lalu kami pun keluar. Haeri yang bertanya kepada Tom di mana restoran yang sedap untuk dimakan. Tom menunjukkan restoran di lorong belakang. Sebuah restoran padang ada di situ. Usai mengucapkan terima kasih, kami pun lalu lorong sempit lagi gelap yang berada tiga blok dari premis kami. Terdapat sebuah restoran nasi padang. Maka merasalah Stefan untuk makan secara lokal. Di restoran padang, aku cuma memesan minuman teh botol saja. Tak habis-habis teh botol. Sebenarnya aku nak cari teh buah tapi tak jumpa lagi. Mungkin belum nasib lagi agaknya. Semuanya teh botol. Teh buah yang aku maksudkan itu punya rasa buah. Pertama kali aku merasanya ketika aku pergi ke Medan beberapa bulan yang lalu. Aku beralih ke lauk-pauk yang tersusun. Menjamu nasi padang di kota Jakarta. Aku ambil ayam, kuah pedas, begedil, sedikit sayur masak lemak, beberapa jenis sambal dan perbuatan itu diperhatikan oleh Stefan dengan khusyuk sambil tersengih. Selepas itu dia juga membuat perkara yang sama.
Pick what do you want to eat, ujar Haeri yang berada di belakang Stefan. Aku duduk di kerusi setelah meletakkan pinggan yang sudah penuh lauk dan nasi. Teringat pula dulu ketika makan di Medan. Pelayan di restoran yang aku pergi waktu tu meletakkan banyak lauk di atas meja. Aku menyentuh beberapa mangkuk lauk dan ditegur oleh supir yang membawa aku ke restoran itu. Dia bilang jangan sentuh. Sentuh mana-mana lauk yang memang aku nak makan saja. Ada tempat, lauk yang disentuh tu kau kena bayar juga walaupun tak makan. Ya, bayar walaupun hanya disentuh dan memang aku kena bayar waktu tu. Adakala jangan menjadi terlalu ignorant apabila kau datang melawat ke tempat orang. Itu pengajaran untuk aku pada waktu itu. Tak salah untuk merasa beberapa kejutan di tempat asing tapi jangan sampai langsung tak ambil kisah seperti orang yang bodoh sombong. Tapi untuk hidangan nasi padang, tiada masalah seperti itu.
Stefan yang tadi mengambil sudu dan garfu, meletakkan kembali sudu dan garfu. Dia cuba untuk makan menggunakan tangan seperti kami. Agak kekok tapi dia meneruskannya sehingga habis licin pinggannya. Yang tersisa cuma tulang-tulang binatang yang dijadikan santapan serta sambal yang dia tak mampu habiskan. Peluh-peluh kelihatan jelas di muka dan kepalanya yang botak akibat masakan yang pedas. Terdapat perbezaan warna kulit di kepala botak dan mukanya. Ini kerana petang tadi dia memakai bandana yang menutupi kepala botaknya dan wajahnya berjemur di tengah panas menyebabkan perkara tersebut terjadi. Dia yang sedar perkara itu tergelak dan meminjam topi yang dipakai Haeri untuk mengcover kepala botaknya yang berlainan warna dari wajah.
Selesai makan kami berborak-borak kosong. Dari cerita mengenai kereta sehinggalah ke sukan. Walaupun berasal dari Jerman, Stefan kurang menggemari bola sepak seperti kebanyakan rakyat Jerman. Sifatnya agak berlawanan dengan status negara Jerman sebagai antara pasukan yang ternama bola sepak. Dia lebih meminati sukan bola keranjang dan berenang. Selain itu, dia juga menceritakan plannya ke Bali untuk mendaki sebuah gunung di sana. Nama gunungnya tidak kami ketahui dan mungkin akan diketahui setelah sampai nanti. Berdasarkan penjelasannya, dia akan bertemu kawan yang berasal dari Sepanyol di Bali dan kemudian akan mendaki gunung. Tambahnya, kawannya lebih gemar mendaki bukit atau gunung berbanding aktivitiaktiviti air seperti yang dia gemar, namun dia layankan aje. Selepas Bali, mereka seterusnya akan mendaki Gunung Ijen dan Bromo dalam perjalanan ke Jogjakarta dari Bali. Kami berharap dapat terserempak memandangkan akan melalui route yang bertentangan nanti.
Perut sudah kenyang. Kami bertiga kembali melepak di ruangan tengah hostel kami. Jam sudah pukul 11 malam. Stefan sempat membeli dua botol Bir Bintang. Kami membayar makan malamnya tadi memandangkan dia telah belanja kami di bar semalam. Mulanya dia menolak untuk kami belanja tapi menerimanya juga. Dia juga membeli buah belimbing. Buah belimbing 3 biji itu dipotong dan diletakkan di atas meja. Gadis rambut merah tadi dan teman lelakinya yang melepak selang semeja dari kami itu kami jemput. Namun mereka menolak dengan senyuman. Mungkin mereka kurang fasih berbahasa Inggeris atau mereka memang kurang bergaul, itu aku tak pasti. Maka teruslah kami bertiga melepak. Malam itu lebih banyak dihabiskan dengan bercerita tentang kehidupan kami termasuk pekerjaan, belajar apa, kisah cinta, keluarga dan bermacam-macam lagi. Kemudian Stefan berkongsi pengalamannya yang pernah menetap dan bekerja di Amerika Syarikat suatu ketika dahulu. Dia sambil bergurau berkata bahawa sekiranya dia terus menjadi rakyat Amerika, pasti dia sudah mengidap obesiti. Terlalu banyak drive-thru. Mesin ATM di sana juga ada perkhidmatan pandulalu. Di samping itu dia memuji beberapa tokoh Amerika yang berjasa kepada dunia. Namun masih berpendapat sesetengah orang Amerika yang bodoh memang benarbenar bodoh dan yang pandai memang benar-benar pandai. Dia berceritakan tentang seorang perempuan yang pernah melepak dengannya di Detroit yang bertanya kepadanya Does German women have period like American women sambil tergelak besar, dia mengatakan takkan perempuan Amerika je yang boleh datang haid.
Selain itu dia juga menceritakan permasalahan budak-budak punk dan skinhead berfahaman neo-nazi yang bencikan orang asing di Jerman. Pada mereka orang asing ini mengacau peluang pekerjaan mereka. Namun Stefan kata mereka ini yang malas dan tak sanggup nak buat kerja yang imigran buat. Tapi mahu menuntut hak itu serta menghalau para imigran. Dalam hati aku terfikir masalah imigran ini ada di mana-mana. Di Jerman kebanyakannya buruh-buruh binaan adalah orang Poland. Orang Poland dikatakan ramai juga menjadi imigran di Jerman selain Turki. Kebanyakan mereka memang kesempitan hidup. Sama seperti di Malaysia yang dipenuhi oleh warga-warga Indonesia, Myanmar, Vietnam, Bangladesh dan lain-lain yang datang mencuba rezeki. Kebanyakan kerja mereka ini memang orang Malaysia tak mahu buat dan kenyataan ini juga mungkin terpalit kepada aku. Tapi kita memandang hina kepada mereka yang mengadu nasib di negara orang untuk mencari rezeki buat diri sendiri dan keluarga yang jauh terpisah.
Setelah beberapa ketika berdiskusi, gadis berambut merah dan teman lelakinya itu sudah pun naik ke bilik. Stefan juga mahu meminta diri memandangkan flightnya jam 7 pagi. Kami bertukar-tukar Facebook untuk mudah berhubung kemudian.
I guess this is goodbye for now. I am leaving very early in the morning. By the time you guys having a breakfast I will be gone. Maybe already in Bali. Haha, ujar Stefan menghulur salam.
Sure! Have a safe journey dude. If you ever come to Malaysia please let us know, aku bersuara sambil membalas salamnya dan diikuti Haeri.
You already booked for a taxi early in the morning for tomorrow tanya Haeri.
No. Thankfully that Tom is such a nice person. He will give me a ride because he also want to go to the airport early in the morning too, Stefan menambah.
OK guys. You two have a nice journey too. See you again. Good night, Stefan memberi ucapan selamat malam lalu melangkah ke biliknya yang berada di tingkat atas. Haeri juga masuk ke dalam bilik meninggalkan aku keseorangan di ruangan tengah yang semakin sunyi ketika ini. Dia meminta tolong aku untuk menempah tempat tinggal di Bandung secara online. Tiada sebarang entiti kelihatan waktu ini. Aku mengeluarkan sebatang lagi rokok untuk dihisap dan membuka laman web hostelworld.com. Hanya selepas itu aku masuk tidur.