Aton menyalahkan dirinya. Dia terlalu lemah melawan nafsu sehingga tergamak melanggar batas susila. Susila yang selama ini dipeliharanya. Susila yang diajarkan oleh Pak Dek sesuai sifatnya sebagai seorang Muslim dan anak kepada temenggung. Aton sering mengutuk dirinya. Kenapakah dia terhumban ke arus ini Oh... Tuhan, kesalnya. Namun kuatnya semarak cinta, naluri dan jiwanya sentiasa bergelora.
Agus telah menawan hatinya. Masakan dia tidak tertawan dengan jejaka tampan yang bersikap aneh. Walaupun Agus pendiam dan berperangai pelik, dia tetap mempunyai karisma yang memikat.
Dan, pada suatu malam dingin, ketika itu Dol35
lah tiada di rumah, tiang arasi telah bergegar kerana kecurangan.
Aton tewas di bawah dada Agus yang rakus. Kecundangan terjadi dan sepasang manusia telah menempah lorong ke neraka.
Dan, Aton... selang beberapa bulan, dia mula berasa lemah dan sering muntah-muntah. Dia cuba mengingati saat terakhir Dollah menidurinya dan dia pasti, sudah sekian purnama dirinya tidak disentuhi Dollah.
Yang nyata, dada Agus sering menjadi bumbung ranjangnya... dan benih yang sedang membesar di dalam perutnya, adakah milik Agus
Aton tahu jawapannya....
KEMUNGKARAN itu telah membunuh suaminya sendiri, dan Agus juga telah pergi menghadap Illahi. Agus pergi memikul dosa yang tidak sempat dipadam di atas kertas dunia.
Yang tinggal hanyalah sekujur tubuh comel yang petah. Kini, dia telah menjadi seorang gadis sunti berusia 15 tahun yang bakal menyambut hari ulang tahun esok.
Dan, Aton tahu, esok adalah hari yang amat menggerunkan kerana esok merupakan ulang tayang daripada kelahiran Ayu dan kematian Agus.
Ini bermakna, sudah 15 tahun Agus pergi dimamah bumi!
Derap tapak telah melontarkan Aton ke alam realiti. Dia berpaling dan terlihat olehnya tubuh lisut yang semakin tua dimamah usia.
Ayu mana Ton
Aton meliarkan mata sekadar patut. Entahlah bah, tadi ada di laman tu! Er... agaknya pergi jumpa 36
kawanlah tu!
Pak Dek menarik nafas. Hai... anak kau tu jangan dilepas sangat, dia tu dah besar panjang, dah sunti... hah, nanti terjadi perkara yang tak elok!
Aton tunduk. Dia mengakui kebenaran kata-kata ayahnya itu.
Er abah... Aton teringatkan tentang esok.
Pak Dek memaling.
Esok hari jadi Si Ayu! Apa kata kita buat majlis hari jadi, pasti Si Ayu gembira memotong kek dan meniup lilin!
Tiup lilin Ada bara di dalam mata Pak Dek. Aku tak setuju! Lagipun, belum pemah Ayu disogok cara begini...
Sebab itulah Aton cadang nak buat! Mesti Ayu gembira dapat potong kek.
Tidak! Aku tak setuju. Itu semua corak hidup Barat dan aku sama sekali tak setuju!
Tapi, semua tu suka-suka saja, abah! Bukannya apa! Ayu selalu sebut yang dia teringin nak sambut hari jadi sambil meniup lilin!
Suka-suka ke, apa ke, yang nyata cara begitu salah di sisi agama... aku tetap tak setuju! Tapi... kalau beriya-iya sangat nak buat, tunggulah apabila aku mati nanti!
Abah! Aton mengetap bibir.
Apa hal riuh benar tu Neng Jenab muncul dari dapur.
Abah ni mak! Esok hari jadi Ayu... Aton cadang nak buat majlis!
Majlis apa
Er...
Tiup lilin! Pak Dek menyampuk dengan ge- ram.37
Neng Jenab tersenyum sambil menarik nafas. Kau ni pun satu Aton. Mana elok begitu, kalau nak sambut pun, macam-macam cara ada. Kan elok dibuat pulut kuning dan adakan majlis doa selamat!
Boleh juga! Aton sejuk hatinya. Kalau abah setuju, kita buat saja pulut kuning sambil baca doa, sekurang-kurangnya ada sambutan!
Ha, kalau macam tu aku setuju!
PARA jemputan semuanya telah pulang dan wajah Ayu bersinar riang. Dia baru sahaja mengecup pipi Pak Dek.
Atuk... Ayu nak ucapkan terima kasih, tak sangka atuk ingat hari jadi Ayu!
Oh... sebenarnya mak kau yang sibuk sangat nak buat!
Tak kisah, tapi Ayu betul-betul gembira dan terharu! Ayu tunduk, dan melalui pelipis matanya, setitik air jemih menjenguk diri.
Sudahlah Ayu... jangan nangis. Kau tu dah besar, dah genap lima belas tahun. Jangan ganggu atuk, atuk nak berborak dengan Tuk Aki! Aton mengusap kepala Ayu sambil membahu anaknya agar meninggalkan Pak Dek dan Tuk Aki berbual.
Pak Dek sengih. Di dalam hatinya dia berasa megah. Cucu tunggalnya telah membesar begitu pan-tas, temyata petah dan ayu.
Dia menyeluk tembakau, menyumbat ke dalam lubang paip. Bilah mancis dicungkil, digores sehingga menyala tetapi padam apabila ditiup angin. Pak Dek mengulang lagi dan setiap kali bilah mancis menyala, ia padam dilanggar angin. Akhir sekali, ia menyala juga dan sedikit cahaya telah menerangi sekitar serambi.38
Dek! Tok Aki bersuara terperanjat.
Kenapa Aki
Nu... Tuk Aki memuncung dan mata Pak Dek menangkap beberapa ekor labah-labah yang sedang merayap.
Jangan diganggu Aki!
Tuk Aki angguk.
Labah-labah di sini, macam penghuni kami, mereka ibarat teman Si Ayu! Pak Dek menarik nafas. Dan Ayu pun begitu menyayangi mereka. Sama... seperti arwah Agus menyayangi labah- labah!
Agus! Entah kenapa Tuk Aki menyebut nama itu. Kisah silam hadir, dan dia terkenang sesuatu yang terjadi antara dirinya dan arwah Dollah. Ya, sesuatu yang menuntut jawapan.
Dan... wajah Ayu lebih kepada mirip Si Agus! Terpacul kata-kata itu dari mulut Pak Dek.
Mungkin Dollah bukan ayahnya! Dan, sepantas itu telapak tangannya menekup mulut sendiri. Terasa cabul benar mulutnya dan dia mengutuk keceluparan. Namun, di hatinya memang timbul rasa ragu apatah lagi menurut arwah Dollah dia tidak meniduri Aton sekian purnama tetapi aneh Aton tetap berbadan dua.
Apa maksud kau Aki Ada saga di biji mata Pak Dek, ada ragu, ada marah dan yang nyata halinya mula terbakar apatah lagi dia sendiri pernah meragui Ayu yang mirip Agus.
Maafkan aku Dek!
Apa maksud kau Aki Pak Dek mengulangi soalan yang sama.
Tuk Aki menarik nafas. Dia berasa serba salah tetapi dia rasa, dia perlu mengeluarkan perkara yang sekian lama terbuku di dada. Lagipun dia bukan berniat buruk. Baginya kebenaran perlu ditegakkan wa-39
laupun perit untuk diterima.
Sebenarnya Dek... Tuk Aki teragak-agak tetapi melihatkan wajah Pak Dek yang sayu dan penuh mengharap dia meneruskan. Beberapa tahun yang lalu, waktu Ayu belum dilahirkan, Dollah pemah datang berubat dengan aku!
Berubat Mata Pak Dek terbelalak. Sakit apa
Dollah sebenarnya mandul!
Pak Dek ternganga, matanya terkebil hampir tersembul. Dadanya terasa sesak dan dia merasakan betapa dugaannya selama ini tentang Agus semakin tepat. Ayu berkemungkinan anak kepada Agus
Apa... betul kata kau ni Aki
Tuk Aki melepaskan nafas. Benar Dek! Apa- bila Dollah dapat tahu Zaiton hamil, dia datang lagi berjumpa aku, katanya dia pasti kandungan Aton bukan daripada benih dia!
Kenapa pulak
Kerana, menurut kata Dollah... beberapa bulan sebelum Aton hamil, katanya dia sudah tidak meni-duri Aton lagi!
Hah Mulut Pak Dek terlopong. Kenapa aku tak diberitahu!
Lelaki itu kelihatan semakin tua apatah lagi dia sedang uzur. Dia terkedu, ketaran di dadanya kencang sekaligus melemahkan sendi.
Bagi Pak Dek itu adalah tamparan yang maha hebat. Dia rela ke medan perjuangan. Dia rela menghadapi ribuan petualang. Dia rela dirinya ditikam keris dihujani peluru. Tapi bukan berita itu. Sifat kehulubalangannya dicabar. Dengan usia yang telah lanjut dia cuba mengumpulkan tenaganya untuk menghadapi berita petaka itu. Nyata, keuzuran menghalangnya daripada dia berbuat demikian. Namun 40
dibulatkan hatinya. Pak Dek diasak dengan persoalan. Persoalannya sendiri sejak 15 tahun yang lalu.
Ayu anak haram Betulkah Agus bapa sebenar bukan Dollah Dadanya semakin sesak dan akhir- nya dia rebah.
Dek!41