SAYA BUKAN FANATIK - 5
Seorang kenalan pernah berkata bahawa dia solat lima kali sehari, puasa dan bayar zakat, maka dia sudah cukup bagus. Dia mengganggap dirinya Muslim yang baik. Tambahnya lagi, kalau tidak menyusahkan orang lain maka dia boleh mengganggap dirinya sebagai ideal Muslim. Betul ke

Ketika itu, saya tidak memberikan apa-apa komen. Saya hanya senyum sahaja. Kenapa Bukan saya setuju dengan pendapatnya, saja saya tak ingin argue mengenai agama. Saya sendiri belum cukup ilmu dan masih belajar. Saya bukanlah Islamic scholar yang tersohor atau dihormati. Saya adalah seorang pelajar dalam bidang Islam, yang masih mempunyai banyak untuk dipelajari. Jadi apa-apa pendapat saya adalah pendapat peribadi. Saya tahu kenalan itu tidak akan suka mendengar pendapat peribadi saya.

Sabda Rasulullah SAW, Orang yang paling dibenci Allah adalah yang suka berdebat.

Riwayat Bukhari dan Muslim

Sabda Rasulullah SAW, Aku akan menjamin sebuah rumah di tepi syurga bagi siapa sahaja yang meninggalkan perdebatan meskipun dia yang benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi siapa sahaja yang meninggalkan kedustaan walaupun dia sedang bergurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi siapa sahaja yang berakhlak baik.

Riwayat Abu Daud

Kenyataan kenalan saya itu membuat saya berfikir. Adakah ia cukup Bagi saya, semua itu masih belum cukup untuk menjaminkan tempat kita di Jannah. Kalau kita lakukan perkara wajib paling minimum sekalipun, adakah kita pasti bahawa minimum act kita itu cukup padat dengan pahala Adakah solat kita sempurna Adakah puasa kita perfect tanpa cacat cela Adakah zakat yang kita bayar itu cukup Ada banyak jenis zakat bukan sahaja zakat pendapatan, terdapat juga zakat emas, perak, wang simpanan dan lain-lain.

Perlukah kita melakukan lebih dari perkaraperkara yang wajib sahaja

Setiap seorang dari kita mempunyai buku sendiri. Kita juga mempunyai dua jurutulis yang mencatat setiap perbuatan kita without omission. Buku kita mengandungi account kita. Semua perkara baik dan buruk akan ditulis.

Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

Surah Al-Infitar 82:10-12

Tetapi buku yang disimpan oleh malaikatmalaikat ini bukan macam buku biasa. Kita sendiri tidak boleh melihat apa yang ditulis. Kita tidak boleh membuat check and balance untuk memastikan sama ada lebih pahala daripada dosa atau tidak.

Mungkin kita tak sedar pun buat dosa. Sebagai contoh, secara tak sedar kita telah ter-mengumpat tentang seseorang atau secara tak sengaja ter-ambil harta kepunyaan orang lain. Satu lagi contoh, kalau kehilangan kasut di masjid selepas solat Jumaat, adakah anda akan balik kaki ayam atau mengambil kasut yang ada walaupun kasut tersebut bukan milik anda Walaupun perkara itu dianggap remeh atau kecil kerana berapa sangatlah harga selipar jepun yang anda ambil tu. Akan tetapi, hakikatnya, perbuatan anda itu sebenarnya mencuri.

Kadangkala kita mengambil ringan dosadosa kecil tapi hakikatnya, perbuatan itu boleh menjejaskan kedudukan di mata Tuhan.

Kadangkala kita mengambil ringan dosa-dosa kecil yang dilakukan setiap hari kerana merasakan ianya kecil dan remeh. Kita rasa dengan meminta ampun dari Tuhan semua dosa-dosa kecil akan diampunkan kerana Tuhan Maha Pengampun. Tetapi, kadangkala, dosa-dosa kecil itu juga boleh terkumpul menjadi gunung yang tinggi.

Salah satu dosa yang tidak akan diampunkan oleh Tuhan ialah dosa terhadap orang lain. Hanya orang itu sahaja yang boleh memaafkan kita. Kalau kita tidak sempat untuk meminta maaf, besar kemungkinan, hasanat atau pahala kita akan diberikan kepada orang yang kita buat salah tu. Silap haribulan, di akhirat nanti, ketika dosa dan pahala dihitung, kita dapati telah bankrupt kerana pahala habis diberikan kepada orang lain. Lagi teruk, kalau kita tak ada lagi pahala untuk diberikan, terpaksa mengambil dosa orang itu pula. Bayangkanlah jika kita kena humban masuk neraka kerana dosa orang lain

Jadi, moral of the story, kita tidak boleh terlalu angkuh atau leka dan menganggap apa jua ibadah yang kita lakukan mencukupi. Kita tidak boleh take for granted dan menganggap sudah mempunyai tempat di Jannah. Tak seorang pun dari kita yang tahu sama ada terselamat dari api neraka atau tidak. Jadi, bukan kita yang harus membuat keputusan sudah cukup baik atau alim. Bukan kita juga yang berhak mengakui diri kita sebagai hamba Allah yang baik atau ideal Muslim. Hanya Allah SWT saja yang layak menentukannya.