Rasa janggal. Rasa pelik.
Rasa hilang. Rasa kelabu.
Rasa sunyi tapi riuh. Rasa pitam dalam terang.
Rasa keras tapi rapuh. Rasa lemas dalam sorang. Rasa yang entah apa-apa.
Seperti ada roh tanpa jasad. Tinggal segan, pergi tak mahu. Macam badan yang terbinasa, tinggal jiwa habis luruh. Seperti ada yang tak kena. Macam rasa yang tak ada rasa.
Alih-alih buntu. Jantung dah tak lagi laju. Rasa sayu dalam sendu. Tunduk sendu dalam kelambu. Cuma tinggal satu harap bila tidur nanti biar lena, biar rasa larut sama. Esok bangun, harap sempurna.
Aku benci setiap kali tengok muka sendiri dalam cermin. Muka mula mengeluarkan nanahnanah darah. Seingat aku, hanya dua tiga kali saja tidur dalam seminggu. Malam-malam tidur ditemani air mata seperti ada yang menggaru-garu muka. Teringat cerita Indonesia yang bertajuk Santet, kisah perempuan yang disihir orang.
Jauh sangat aku fikir rasanya.
Karut.
Ada saja nanah baru yang keluar setiap hari. Antara salah satu sebabnya kerana pergi dan balik kelas tanpa menegur sesiapa pun. Banyak air dah diminum, makan pun macam biasa. Apa benda semua ni
Aku kumpul duit dan pergi jumpa doktor. Doktor kata sebabnya adalah kekurangan tidur dan stress. Dua faktor yang nampak logik tapi doktor sendiri pelik sebab acne ini macam jauh sekali kerana faktor perubahan hormon. Hello, aku period umur 14 tahun. It doesnt make any sense!
Setiap minggu, aku dah jarang balik rumah. Hati dan hidup tak tenang apabila setiap kali balik, disoal-soal benda tak perlu sedangkan kepala tersangkut pada benda lain. Sama saja situasinya bila setiap kali terjumpa dengan kawan-kawan dia di universiti.
Eh, boyfriend kau mana Lama tak nampak
Dia out station. Busy sekarang.
Untunglah. Kirim salam dia eh.
Setiap kali pun aku akan gunakan alasan yang sama bila jumpa kawan-kawan kami, saudara-mara yang pernah kenal, lagi-lagi bila jumpa kawan-kawan becok Mak.
Boyfriendnya mana Lama nau tak nampak
batang hidung
Dia kerja lah Cik Hendon.
Besar nau ke gaji dia asyik out-stesen tak balik-
7 T A H U N 7 H A R I
balik tu.
Mak akan selamatkan keadaan setiap kali terperangkap dalam keadaan sebegitu. Tapi Mak sendiri pun tak tahu ke mana dia pergi sebenarnya sebab aku tak pernah buka mulut. Macam drama Melayu betul.
***
Are you Vina
Err... No. No one named Vina here.
So who are you
Errr
Thank you very much and nice to meet you. Itu kali pertama rasanya gila aku sampai tahap baru. Aku mengikut satu jiran yang sama sekolah menengah untuk ke pejabatnya. Pada mulanya, tak suka nak percaya orang. Lagi-lagi orang yang tak berapa nak baik sejak sekolah. Tapi kali itu, aku iyakan saja. Dengan sarung beg silang, lupa bawa IC, lupa bawa duit, terus ikut dia ke MAS Airlines, Subang Jaya tepat pukul 9 malam.
Hari ini dia kerja shift. Aku tak ingat bila kali terakhir dia telefon. WhatsApp pun cuma read. Hati dah tak keruan.
Aku cuma boleh bagi kau name tag aku. Aku tak boleh masuk kalau bukan shift aku. Sampai sini je boleh tolong kau. Aku tolong pun sebab kesian.
Benda ni dah lama orang lain perhati.
Okay, terima kasih banyak-banyak. Dalam kepala, cuma ada satu benda. Kalau jumpa apa yang nak jumpa, aku akan berhenti. Aku terus panjat dinding untuk sampai tangga, mengelak dari pandangan pak guard. Naik tangga sampai tingkat yang dituju, swipe name tag, terus menuju ke meja supervisor yang dimaksudkan.
Dan, aku balik dengan tangan kosong, hati kosong. Kepala, hati, muka, kaki dan tangan rasa kebas. Kemudian, aku terima WhatsApp sejurus menjejakkan kaki ke rumah. Mak tanya ke mana pergi dan aku cuma diam, tundukkan muka.
Aku dah cakap, jangan kacau periuk nasi aku. Kau kacau kerja aku. Aku kerja cari duit setiap hari nak bagi kau makan. Sekarang satu office dah kecoh, puas hati kau Kau ni memang menyusahkan hidup akulah. Mesej tu tak dibalas dulu tapi terus tanya kawan satu office dia yang on shift pada waktu sama.
Aku sendiri tak berapa kenal tapi dia cuba tolong.
Ada benda, kecoh ke kat office Tak ada pun. Semua okay je. Cuma tadi
nampak Vina pergi meja Nazreen dan diorang keluar. Bangsat. Aku seludup masuk dapur Mak dan capai pisau, masuk ke dalam beg silang. Terus telefon kawan dan upah dia untuk hantar ke Shah Alam.
Aku dah sedia.