SUATU HARI NANTI MANUSIA AKAN MELUPAKAN TUHAN - 5
Neo-Kuala Lumpur bukanlah tapak asal dataran Kuala Lumpur sahaja, malah jajahan neo-Kuala Lumpur merupakan hamparan luas yang dahulunya dikenali sebagai Semenanjung Malaysia. 80 peratus daripada hamparan neo-Kuala Lumpur dihuni oleh neo-Human dan selebihnya dikhususkan untuk proto-Human. Mereka menggelandangi kawasan tandus di pinggiran ibu kota neo-Kuala Lumpur dengan rumah-rumah kecil yang beratapkan zink-zink zaman purba. Begitu jelik jika disampingkan bersama dengan kemajuan megalopolis neo-Kuala Lumpur yang begitu majestik; terlimpah mewah dengan acuan sains dan keunggulan teknologi.

Tuan Pemerintah tidak pernah menyukai protoHuman, mereka berbahaya dan mengimami tokoh-tokoh pujaan mereka. Namun begitu, proto-Humanlah yang membekalkan hasil keluaran makanan mereka kepada neoHuman, seolah kuli di milenia baharu sahaja lagaknya. Dari kaca jendela Inter-Global Corporation, Razief-XII melihat dengan jelas bagaimana setiap Hari Ketiga, berbondongbondong proto-Human berjalan kaki merentasi Tembok Pembahagi untuk menghantar hasil makanan kepada neoHuman. Mereka tidak menginginkan matawang (walau dihadiahkan sedikit jumplahnya kepada mereka), kerana nilai neo-Ringgit Malaysia (nRM) tidak pernah terpakai untuk umat proto-Human sebenarnya.

Mereka hanya mahukan nyawa daripada neo-Human. Hanya nyawa dan udara.

Proto-Human tidak ubah seperti umat-umat

lemah dan lemas bergelandangan, dengan dirian khemahkhemah mengerumuni pohon-pohon kurma. Keliaran kambing biri-biri dan unta serta kaum-kaum proletar yang lelah mengabdikan diri pada Tuan Pemerintah untuk jaminan hirupan udara bersih yang dijana oleh Kubah Gemawan merupakan situasi normal pada mereka. Wanitawanita proto-Human melabuhkan pakaian mereka dengan lilitan kain di atas kepala dan berdedai-dedai turun bertani sambil menggendong anak kecil yang masih menyusu. Jubah yang berbau hapak itu tidak menjadi masalah utama kerana persoalan paling penting yang terancang di dalam minda mereka adalah mungkinkah hidangan seterusnya akan tiba minggu itu. Kaum lelaki proto-Human adalah lelaki-lelaki yang gagah bekerja untuk membayar hutang udara yang takkan pernah dicukupkan oleh Tuan Pemerintah.

Nyatanya Tuan Pemerintah itu adalah Tuhan; dia membahagi-bahagi nyawa dan mencukaikan benda percuma seolah-olah dialah yang mencipta segala-galanya. Namun begitu, amalan membahagi-bahagi nyawa dan mencukaikan barangan percuma bukanlah ritual ciptaan neo-Human pada asalnya. Bukankah manusia pada zama kuno dahulu sudah pandai berlagak Tuhan dan menghukum manusia Mungkinkah itu sebabnya Tuhan menghantar askaraskar-Nya berupa Gempa Mega dan Tsunami Raya untuk menghapus noda mereka

Iris mata Razief-XII masih fokus memerhati. Ada seorang wanita proto-Human bersendiri.

Wanita-wanita proto-Human (yang melilit kain melindungi kepala mereka, hairan ya; apa tidak panaskah) menggendong bayi mereka sambil mengheret hasil tani dan beberapa kepingan daging segar. Mereka menjualnya secara murah kepada Tuan Pemerintah agar Kubah Gemawan terus mengeluarkan oksigen ke kawasan rumah mereka yang tandus dan tercemar dengan sisa buangan megalopolis neoKuala Lumpur.

Kubah Gemawan itu terbina dengan kemajmukan pelbagai fungsi, salah satunya adalah untuk mencuci dosa pencemaran udara yang melaknat kaum proto-Human dengan merembeskan oksigen maha segar, terima kasih kepada kepintaran Mama Juwita yang membangunkan neoKuala Lumpur bersama-sama dengan Tuan Pemerintah.

Mata Razief-XII yang tertancap sedari tadi, menarik minat Lynn untuk mendekati.

Khusyuknya... kenapa

Oh, Lynn! Khusyuk

Iya. Aku tengok kau sedari tadi khusyuk melihat mereka. Apa, kau mimpi lagi

Ya, bahkan makin teruk! Seorang wanita protoHuman telah ditampar oleh Cyborg.

Kenapa hari ini tiba-tiba khusyuk saja kau renung Tembok Pembahagi

Aku sebenarnya ada juga terfikir tentang Kubah Gemawan, dari tingkap jendela mereka, wanita proto-Human itu telah rebah dan berdarah, anaknya menangis.

Kenapa dengan Kubah Gemawan

Dahulu mama mencipta Kubah Gemawan kerana kita diancam bahaya. Kamu pasti tak lupa ribut solar dahulu, bagaimana sebahagian dataran neo-Kuala Lumpur ini terkena puing-puing hempasannya, habis termusnah sebahagian dataran kita. Lihat sahaja Kesatuan Amerika Rusia yang kini tinggal berhampiran International Space Station untuk mengelakkan ancaman kali kedua. Di bumi ini, hanya tinggal tamadun yang meningkat naik seperti kita semua, masih lagi berjuang untuk hidup.

Betul Zief, tapi... kenapa dengan Kubah Gemawan

Kubah Gemawan tidak sempurna. Ciptaan

manusia tidak sempurna.

Zief, mama kamu itu neo-Human. Takkan terpakai pemikiran sebegitu!

Tuhan, apa Tuhan itu sempurna, Lynn Cyborg mula memukul anak kecil itu.

Ah, manusia yang dicipta-Nya pun tidak sempurna.

Kubah Gemawan itu, selainnya apa Wanita itu mula menolak Cyborg, tetapi gagal.

Itukan tempat bersemayam Tuan Pemerintah. Ish kamu ni, macam baru lahir sahaja. Apa cip dalam cakera kamu itu masih rosak

Lynn, kamu percaya sama Tuhan

Kenapa harus aku

Temankan aku...

Kamu jangan nak buat kerja gila, Zief. Bahaya!

Demi aku Lynn, temankanlah. Air-car mama boleh terbang di bawah lingkup radar, takkan terkesan oleh jalur pemantau dan Kubah Gemawan.

Kamu nak buat apa, Zief

Cari Tuhan! Dari luar jendela mereka, Cyborg telah menikam wanita proto-Human itu dengan laser stick. Seorang anak kecil proto-Human menjadi yatim hari ini.

***

Jemari runcing Mama Juwita menolak daun pintu Makmal Keabadian Manusia perlahan-lahan. Sebetulnya dia sudah tidak perlu lagi kembali ke sini, tetapi demi Tuhan Alif Lam Lam Ha yang begitu misteri itu, dia kembali lagi. Sekumpulan saintis muda terpegun melihat kelibat Mama Juwita; barangkali mereka juga sebenarnya ingin menyembah lantai yang diinjak Saintis diRaja itu. Persalinan Kebaya labuh dan kecopong ringkas seolah penari Mak Yong terletak indah di atas kepala Juwita seolah Puteri dari hikayat zaman purba.

Kecuali Mama Juwita bukanlah seorang puteri; bahkan permaisuri!

Dia tahu, Tuan Pemerintah seorang yang bermisteri. Malah Laksamana Jaafar al-Hussein sendiri belum pernah melihat Tuan Pemerintah dari dekat. Kalaupun fizikalnya ingin bersemuka di dalam persidangan, sekadar pancaran 4D Hologram itulah yang menjadi pengantara. Lalu biarkanlah Tuan Pemerintah bersemayam di Singgahsana Kubah Gemawan, sedang Juwita di sini dilagakkan seperti seorang pemaisuri oleh neo-Human yang menyanjung tinggi.

Menghadap Srikandi MahaMencipta Mama

Juwita, apa khilaf yang kami lakukan sampai berkenan Dr Juwita menghadap kami yang hina Cincip, ketua saintis merapati Mama Juwita. Cincip sudah lima belas kali dikemaskini, tetapi tetap tidak hilang darah gemuruhnya.

Ah, macam-macam!

Sesungguhnya aku, Srikandi MahaMencipta Mama Juwita, adapun ingin memanggil kalian berdamping, mahu aku khabarkan sesuatu yang bisa melucut riwayatmu serta-merta!

Ketegasan lunak suara Juwita seolah cucuhan api yang panas membahang, berdedai-dedai saintis yang khusyuk mendengar sedari tadi, berkumpul di hadapan Mama Juwita yang berdiri tegak di atas platform serba putih. Cincip dan semua anak buahnya melutut di hadapan Mama Juwita. Kepala mereka tertunduk, telapak tangan kanan menyentuh dada kiri mereka. Juwita mulai bersurah tegas;

Adapun aku menjadi tersangat marah sampai aku bisa sahaja mendidihkan kamu, seperti menjadi neraka seperti di dalam dogeng Timur Tengah. Adapun aku mahu didihkan kamu sementelah kulitmu ku lapah, biar tersiat pedih, sepedih saat aku mengetahui berlakunya kontaminasi di dalam batang tubuh anakku sendiri. Apa aku ini MahaMencipta, Saintis diRaja malah, layak diperlakukan sehina begini Apa terlucut sudah hormat kalian kepada aku yang menciptakanmu! Aduh celakanya, jawabkan aku!

Cincip sudah mula menggigil ketakutan; kali terakhir dia melihat Mama Juwita berang sebegini adalah ketika serangan ribut solar menghempas neo-Kuala lumpur suatu ketika dahulu. Perkiraan oleh Cincip ternyata salah dalam mentafsir kedatangan ribut solar, sehinggakan sebahagian neo-Kuala Lumpur menjadi musnah dan berbahaya. Berangnya Mama Juwita, sehinggakan Tuan Pemerintah terpaksa memujuknya dengan mengangkat darjat beliau menjadi permaisuri daratan neo-Kuala Lumpur.

Mama Juwita adalah seorang pencipta yang agung dan ulung. Walaupun perkiraan Cincip tersilap, beliau masih mampu berusaha membina Kubah Gemawan yang menjadi serampang pelbagai mata untuk tujuan ketenteraan, pusat pentadbiran Tuan Pemerintah dan pengembali kestabilan ekosistem untuk umat neo-Human. Pernah dalam satu persidangan antara galaksi, Mama Juwita dengan berani menjawab segala pertuduhan Kesatuan Israel Palestin (Isratin) dan Kesatuan Amerika Rusia dengan hanya mengangkat jari tengahnya. Aduh, apakah program sindirian sebegitu turut diimplan di dalam cipnya

Cincip menyembah sujud, mencumbu kaki Mama Juwita.

Kami yang hina sanggup berbuat apa sahaja demi Mama Juwita, yang maha agung. Ajari kami. Kami sedia hidup dan menuntut semata-mata untuk Mama Juwita, tiada lain yang layak kami sembah dan patuh. Maka kami pun beriktikad untuk menyerah batang tubuh kami kepada Mama Juwita, khabarkan sahaja.

Tinggalkan makmal ini untuk aku. Tinggal dan tunggalkan ia, hanya untuk aku. Biarlah aku sendiri mencongak kira. Apa kau masih yakin akan diri sendiri setelah perkiraanmu pada temasya ribut solar hampir mendidihkan kita Aku yang ketika itu bersidang di Stesyen Angkasa Lepas, harus menghina duli ke bumi. Apa kalau tiada turun akan aku, menjadi fosil kalian semua, bukankah Sudah!

Maafkan sahaya Mama Juwita, tetapi bukankah piagam persekutuan mengatakan bahawa Tuan Pemerintah tidak mengizinkan sesiapa pun meninggalkan makmal, dan menunggalkannya begitu sahaja

Apa kamu ini sebenarnya proto-Human wahai Cincip Apa yang telah kamu makan, sehingga menjadi bodoh dan hina sebegini Dengan hanya satu tekanan pada punat, aku hapuskan kamu menjadi debu-debu dihirup kontang manusia hina semata-mata. Apa kamu mahu, dengan tegarnya kamu melawan aku MahaMencipta Urusan aku dengan Tuan Pemerintah menjadi hal aku. Tidak layak kamu, malah menyebut namaku pun tiada layak kamu, sebenarnya. Adapaun aku ini Saintis diRaja, maka kebodohan apakah saintis jika tidak punyai makmal

Maafkan kami, Srikandi MahaMencipta Mama

Juwita. Kami menurut perintahmu.

Srikandi MahaMencipta Mama Juwita tersenyum sepuasnya.

***

Kau rasa, dia perasankah kita mencuri sebegini

Ah, ini tidak dikira sebagai mencuri. Lagipun, aku ni kan anak tunggalnya...

Aku bukan apa, bimbang kalau...

Lynn, mama ada 15 air-car, lagipun dia sudah mengurung dirinya di makmal sejak semalam.

Adakah neo-Kuala Lumpur ditimpa bencana

Ribut solar lagi! Bukankah Mama Juwita sudah menyerahkan hampir kesemua tugasannya kepada Dr Cincip

Entah. Pagi tadi mama kelihatan begitu marah, mungkin sahaja dia terganggu dengan tetamu tidur aku.

Maksudmu, Tuhan

Iya, maksud aku Tuhan yang barangkali satu itu!

Air-car itu dibalut dengan lapisan yang disusun hablur atomnya menjadi satu pepejal yang bisa memanipulasi cahaya; lalu tampil seolah halimunan. Megasonic yang terpancar hasil jerkahan piston elektronik dalam dada aircar memustahilkan pergerakan mereka dikesan, apalagi pegawai pengesan itu hanyal sebongkah robot yang tidak punya naluri ataupun adrenalin semulajadi.

Razief, aku ada satu soalan. Agak peribadi... apa kamu selesa

Ah, Lynn, kamu kenapa tiba-tiba segan dengan aku

Apa kamu percaya kita masih ada emosi selayaknya manusia

Maksudmu

Maksudku, cinta. Apa cinta itu masih berbekas

Aku percaya pada sains, Lynn. Dan Evolusi. Dan

Natural Selection.

Maksudmu

Tiba-tiba air-car yang sepatutnya lancar membelah ruang udara neo-Kuala Lumpur membingit; mengeluarkan amaran kecemasan! Tidak pernah sesebuah air-car (lebihlebih lagi milik Mama Juwita) mengalami kecelakaan sebegini rupa.

Zief, kenapa!

Entah! Aku tak tahu! Ini... ini kali pertama air-car mama buat hal!

Zief, cuba baca diagnosis amaran pada papan kawalnya!

Ah, apakah ini serangan Kubah Gemawan!

Mustahil! Kita kan membelah ruang udara di bawah radar...

Lynn, aku rasa kita diserang!

Maksudmu kaum proto-Human Ah, mereka

hanya ada pohon kurma dan biri-biri!

Celaka! Musibah apakah yang menimpa kita!

[Bahaya! Bahaya! Bahaya! Sistem dalam bahaya!]

Lynn sempat menjerit kecil sebelum percikan logam merodok batang tengkuknya, mati terbelalak dia serta merta! Gegaran itu semakin kuat, seolah-olah air-car agung milik Mama Juwita digoncang Tuhan. Dashboard kenderaan itu kemek dihentak kepala Razief, matanya berpinar dan hidupnya terasa musnah. Ada sisa elektrik merenjat batang tubuh Lynn, tersentak dia sambil darah memancut laju dari bukaan tekak yang terkoyak luas. Lidahnya terjelir layu dan wajahnya yang hitam legam memandang tepat ke arah Razief. Ada sedikit sisa air mata yang menjadi kenangan mahupun peninggalan daripada Lynn.

Tunjukkan dirimu, Alif Lam Lam Ha!!! Razief hanya mampu menjerit sekuat hati.

Diam.

Lynn sudah mati terbelalak.

Tuhan, itu... itukah kamu Perlahan-lahan cip yang tertanam di dalam cakera otak Razief-XII mula padam.

Kubah Gemawan diam, tak ketahuan!