Adam masuk tujuh tahun.
Sudah bersekolah. Namun dia masih lagi dengan dunianya. Aku cuba unruk jenguk dalamannya, tetapi tidak mampii. I idak tahu apa yang dia Hkir. Tetapi dia sememangnya istimewa pada aku. Sesekali dia pandang mata aku. Aku tahu dia memandang aku sebab dia Adam. Aku biarkan dia dengan dunianya. Kadang-kadang dia tempat aku mengadu masalah. Walau dia seperti tidak tahu apa-apa, tetapi setiap kali aku bersembang dengannya aku percaya batin dia faham dan mengerti. Dia terlalu suci pada aku. Aku pernah menangis apabila mengenangkan nasib dia yang tidak seakan " budak-budak lain. Tetapi aku rcdha - ini semua takdir. Mungkin juga karma. Aku tidak mahu menjadi seperti Seri Rama yang terpaksa menebus dosa dengan menjadi pertapa dan orang kebanyakan lantaran malu mengaku Hanuman itu anaknya kerana lahirnya sebagai seekor kera putih. Terapi dia tidak sedar semuanya adalah kesilapannya dan isterinya Sita Dewi yang pergi minum di tasik yang jernih walau telah diingatkan oleh para dewa supaya minum di air yang keruh. Sekarang Adam sudah nampak banyak peningkatannya. Dia boleh menguruskan diri kalau di rumah. Aku tidak letakkan apa-apa harapan padanya. Aku terima seadanya. Tetapi dia memang suka kalau aku main giiar dan menyanyi. Dia akan teruja. Jadi aku cuba menyelami untuk melihat apakah yang dapat menarik minatnya; komputer atau muzik...atau pun lukisan. Adam suka sembahyang. Dia selalu mengikut ibunya ketika ibunya bersembahyang. Kalau dia solat sendirian lagaknya amat tertib dan adabnya seboleh-boleh dibetulkan. Ini adalah kerana dia hidup dengan memori dan dia serius dengan apa yang dibuatnya. Biarkanlah dia dengan dunianya. Album aku yang ketiga, Itu Padang...Aku di Situ ", aku mengambil gambar Adam sebagai gambar kulit sebab dia suka berlari di padang. Dia merasakan bebas sebebas-bebasnya tanpa henti seakan tidak ada penghujung. Lari dan berlari. Sayup dia hilang di pandangan mata. Tetapi aku tahu dia akan kembali ke induknya. Dia ada di sini. Memang teka-teki sebab aku tak dapat untuk melihat dalamannya. Aku seboleh-bolehnya mahu masuk ke dalam dunianya kalau berkemampuan, tetapi malang aku bukan Hanuman yang dikurniakan keistimewaan masuk ke dalam mimpi orang-orang yang disayang. Sebagaimana dia bebas berlari, begitulah juga pandanganku pada alam ini. Alam yang penuh teka-teki dan tidak berpenghujung. Aku tatap wajahnya sehinggalah batinku menangis dan menangis. Walau jawapan itu ada di sini tetapi kita dikurniakan perasaan. Rasa kemanusiaan dan kasih sayang, maka itu aku akan menangis pada waktu-waktu yang ditetapkan untuk aku berada di situ - di wilayah perasaan, berserta rasa. Adam adalah alasan untuk aku terus berada di sini. Sebagaimana Adam yang pertama lahir ke dunia. Atas sebab itu, aku masih punya alasan untuk terus hidup dan hidup walau semuanya telali ditentukan.